Beberapa tahun berlalu...."Umi..." Qaiffa memandang ke arah dua orang kanak-kanak yang menghampirinya. Dia sedang sibuk melihat dokumen-dokumen yang memerlukan tandatangannya. Setelah pemergian Harith, dia telah mengambil alih syarikat IT milik arwah suaminya. Dia melihat jam menunjukkan pukul 11 malam. Tak tidur lagi ke budak-budak ni?
"Qaf, Qay sini." Dia mengangkat kedua orang anaknya ke atas pangkunya. Wajah kedua orang anaknya saling tak tumpah seperti wajah arwah Harith. Terubat sedikit rindunya. Dia menepuk belakang badan anak-anaknya untuk menidurkan mereka. Terhenti pekerjaannya seketika.
"Qay nak tanya umi sesuatu boleh?" Mata kanak-kanak berusia 5 tahun itu merenung ke arah uminya. Amber. Persis milik arwah Harith. Sementara Qaf pula hanya menguap sahaja daripada tadi. Qaiffa tersenyum melihat kedua orang anak kembarnya.
"Tanyalah."
"Kenapa Qay tak pernah nampak Abi?" Soalan itu menyebabkan Qaiffa tersentak. Dia berdehem cuba menghilangkan rasa gemuruhnya untuk menjawab persoalan anaknya. Mungkin sudah tiba waktunya dia memberitahu Qay dan Qaf di mana arwah Harith sebenarnya.
"Esok umi bawa korang jumpa Abi , okay?" Kata Qaiffa. Qay tersenyum melihatnya dan Qaf sudah tertidur dipangkuannya. Dia segera bangun untuk menghantar kedua orang anaknya ke bilik tidur mereka. Pintu bilik tidur dibuka. Perlahan-lahan dia meletakkan anak kembarnya ke atas katil. Qaiffa menyelimuti dan mengucup dahi anak-anaknya. Dia mengalunkan bacaan zikir untuk menidurkan Qay yang masih lagi segar. Lama-kelamaan mata anak kecil itu lelap jua.
Qaiffa keluar dari bilik tidur anaknya dan menuju ke bilik pejabatnya tadi. Dia melabuhkan punggungnya semula ke atas kerusi. Matanya menatap gambar perkahwinan dirinya dan arwah Harith. Gambar itu dikeluarkan. Dia membaca butir kata yang ada dibelakang gambar tersebut.
"Sejauh mana kita berpisah, aku akan tetap mencintaimu." - Kekanda Harith.
Itulah yang selalu dilakukannya apabila bersendirian di dalam bilik pejabat itu. Dia menjumpai pesanan yang ditinggalkan tersebut kerana pernah sekali bingkai gambar itu pecah. Secara tidak sengaja dia terbaca akan pesanan itu. Matanya melihat bulan penuh yang menyinari keheningan malam itu.
"Jatuh cinta itu sekali dan kaulah yang membuatkan aku merasai apa itu cinta." Katanya sendirian. Walaupun hampir 6 tahun arwah Harith meninggalkannya, tak pernah sekali pun rasa cintanya padam. Tipulah jika dia tidak merindui sosok yang dahulu mendampinginya. Dua orang anak kembarnya menjadi penguat dan semangat untuk dirinya meneruskan kehidupan.
Raef dan Saffiyah telah menimang cahaya mata yang pertama begitu dengan adiknya. Hadrah dan Firash pula bahagia dengan keluarga kecil mereka. Nadim pula ditemukan mati di dalam penjara akibat dibunuh. Tidak tahu angkara siapa. Apa yang dia tahu masing-masing telah mempunyai kehidupan mereka sendiri.
***
"Assalamualaikum...." Salam diberikan saat Qaiffa berada di hadapan kubur Harith. Dia duduk di atas tikar yang dibentang bersama Qay dan Qaf. Alunan surah yasin mula kedengaran di situ. Anak perempuannya kelihatan bingung manakala anak lelakinya hanya tenang dan mendiamkan diri. Dia membacakan surah yasin sehingga tamat.
"Awak apa khabar? Saya sihat walafiat sahaja. Hari ni saya tak datang seorang tau. Saya bawa anak-anak kita sekali. Ini Qay Haura dan yang ni pula Qaf Haufiq. Sedapkan nama diorang. Saya cuba gabungkan huruf nama kita. Q dan H. Sweetkan saya? Syarikat awak sekarang dah semakin maju tau! Saya yang uruskan. Hebatkan isteri awak ni?" Katanya sambil membersihkan kubur Harith.
"Qay dengan Qaf nak cakap apa-apa tak dekat Abi?" Tanya Qaiffa dengan lembut.
"Qay rindu sangat dengan Abi! Tapi sekarang Qay dah faham kenapa kita tak boleh jumpa Abi. Abi dah ada rumah sendiri. Tak apa! Nanti setiap minggu Qay ajak umi untuk bawa Qay jumpa Abi tau!" Kata kanak-kanak perempuan itu dengan teruja. Walaupun dia masih lagi kanak-kanak, dia tahu apa maksud uminya membawa dia ke kubur. Saat dia menatap kubur yang ada dihadapannya , tahulah dia di mana Abinya sekarang.
"Qaf doakan Abi bahagia dekat sini. Jangan lupa doakan Qaf tau? Qaf sayang Abi! Walaupun kita tak pernah berjumpa tapi Abi sentiasa ada di hati Qaf." Singkat sahaja ucapan anak lelakinya. Qaiffa mengusap kepala kedua orang anaknya. Dia menyiram kubur Harith dengan jag air yang dibawanya tadi.
Dia bangun dan menggulung semula tikar yang digunakan sebagai alas. Dia mengajak kedua orang anaknya untuk meninggalkan tanah perkuburan itu. Qaiffa memandang kubur Harith seketika sebelum dia memandu keretanya beredar dari kawasan tersebut.
Sad ending?
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomanceCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...