Harith melepaskan keluhan. Dia yang diam membisu akhirnya mulai bersuara. Kalau berlama-lama di sini nanti apa pula orang kata. Sudah hampir waktu rehat dan dia ingin bergegas pergi supaya Firash tidak menunggunya terlalu lama.
"Ye?" Qaiffa tersenyum memandang Harith. Akhirnya! Tangannya menyeluk poket baju kurung untuk mengambil sesuatu. Kad pelajar dikeluarkan dan ditunjukkan kepada Harith.
"Ni kau punya kan?" Harith yang melihat kad pelajar miliknya terus sahaja mengambil kad tersebut daripada Qaiffa. Jadi, selama ini kadnya yang hilang rupanya disimpan oleh crush sendiri. Terkelu lidahnya untuk berkata. Belum sempat dia berbicara, Qaiffa telah mengutarakan permintaan.
"I don't want to accept only the word 'thank you' from you. Aku nak kau jadi tutor aku untuk subjek addmath, boleh? Aku rasa permintaan aku ni tak berat pun." Tak berat? Bagi Qaiffa bukan baginya. Dia berdehem bagi menghilangkan rasa gugupnya. Gadis di hadapannya ini memandang dengan penuh harapan. Dia memberikan jawapan dan berlari meninggalkan Qaiffa.
"No." Tercengang Qaiffa mendengar jawapannya. What! Baru sahaja dia hendak memanggil Harith semula, bayangan pelajar lelaki itu telah lesap dari pandangannya. Dengan rasa geram menggebu di dada, dia berjalan pulang ke kelasnya sendiri. Perlukah dia mengalah untuk meminta Harith menjadi guru mudanya?
Sudah semestinya.....TIDAK! Dia akan mencari jalan supaya Harith akan mengajarnya subjek addmath tidak dikira bagaimanapun.
"Tak apa-apa. Esok masih ada lagi. Tunggu kau nanti." Katanya perlahan sambil berjalan melewati koridor yang lenggang itu.
***
Harith yang masuk ke dalam kelas dengan keadaan berpeluh membuatkan Puan Zaharah tertanya-tanya. Anak muridnya ini pergi bersukan ke tadi? Setahunya Harith pergi ke bilik guru.
"Kamu pergi ke padang ke tadi, Harith?" Tanya guru bahasa Melayu yang telah berusia itu. Harith menunduk sedikit dan menarik nafasnya. Oksigen cepatlah masuk! Dia menayangkan senyuman nipis.
"Tak adalah,cikgu." Katanya dengan sopan. Namun, ada suara seseorang yang cukup nyaring melontarkan kata-kata yang cukup menyakitkan hatinya.
"Yelah tu. Entah-entah dia tipu cikgu. Sudahlah peniru, nak jadi penipu pula." Kata Tiara diselang seli dengan ejekan dua orang rakannya. Tentu sahaja Harith terasa dengan kata-kata gadis itu walaupun sudah pasti dia bukan penirunya.
'Ya Allah, kau bukalah pintu hati orang yang menyakitiku untuk berubah.' Bisiknya dalam hati. Dia hanya menghiraukan mereka dan duduk di mejanya. Tiara dengan sengaja membaling segumpal kertas yang ditulis dengan penuh makian ke arah Harith. Kertas tersebut terkena pada kepalanya. Sebelum sempat Harith mengutip kertas itu, Firash mengambil kertas tersebut dan memasukkan sesuatu. Kemudian, dia melontarkannya kembali kepada Tiara.
"Hey!" Marah gadis itu. Namun, dia mendiamkan diri apabila ditenung oleh guru Bahasa Melayunya. Sakit mukanya terkena lontaran Firash walaupun hanya segumpal kertas. Firash sempat meletakkan sebuah magnet besi untuk memberatkan gumpalan kertas tadi.
"Kamu kalau rasa dah pandai sangat, boleh keluar dari kelas saya sekarang. Daripada tadi sibuk bising sahaja." Kata Puan Zaharah. Dia memang tidak gemar dengan sikap segelintir pelajar yang bersikap seolah mereka lebih hebat daripada guru mereka sedangkan ilmu yang ada di dalam diri belum tentu cukup.
"Biasalah cikgu. Keluarga kaya elit, jaga adab sulit." Sindir Firash tanpa rasa bersalah. Kata-kata mendapat perhatian pelajar kelasnya yang menahan tawa mereka supaya tidak didengari oleh Tiara. Gadis itu merasakan dirinya disindir teman sekelasnya yang lain. Tiara menghentak meja dan berlalu keluar dari kelas.
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomantikCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...