Bab 27 ✓

24 6 0
                                    


Qaiffa berjalan beriringan dengan Qairyn di lapangan terbang antarabangsa. Mereka berdua menunggu kedatangan seseorang yang telah lama tidak pulang ke tanah air. Perut Qaiffa yang memulas menyebabkan dia meninggalkan Qairyn sendirian di situ untuk pergi ke tandas. Gadis berniqab itu hanya memandang sekeliling untuk mencari gerangan yang ditunggu mereka.

Saat dia memandang ke suatu arah, Qairyn terpana melihat seseorang yang berjalan menuju ke arahnya. Atau lebih tepat berjalan melepasi sisinya. Orang telah lama dia tunggu kedatangannya. Dia menoleh untuk melihat orang tersebut. Senyuman diukir disebalik niqab yang dipakai.

'Finally, you already coming back.'  Bahunya ditepuk oleh Qaiffa yang baru sahaja keluar dari tandas. Dia memandang ke arah yang adik perempuannya lihat juga. Cuma, bayangan itu telah hilang dari pandangan. Qaiffa berpaling ke belakang untuk melihat jika orang yang ditunggu itu telah memunculkan diri. Tiba-tiba, matanya ditutup oleh seseorang.

"Guess, who am I ?" Tanya pemilik suara itu. Qaiffa yang pada mulanya terkejut, melakar senyuman saat mendengar suara yang dikenali itu. Qairyn turut tersenyum memandang orang yang sedang menutup mata kakaknya.

" Alif Qadriz bin Muhammad Qaisar." Qadriz mengalihkan tangannya tadi dan memeluk adik perempuannya. Sudah lama dia diluar negara, mendengar khabar adiknya yang ini hendak berkahwin membuatkan dia kembali ke Malaysia. Abang mana sahaja tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat adiknya bersanding.

"Dah lama ke tunggu?"

"Tak ada lah." Jawab Qairyn. Tangannya mengelus kepala adik bongsunya. Sejuk mata dia melihat dua orang dihadapannya ini yang telah dewasa dan pandai menjaga diri mereka.

"Jomlah, apa lagi. Balik, jom!" Tangan abangnya ditarik untuk mengikuti langkah mereka. Bagasi Qadriz diserahkan kepada pemandu mereka untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta. Laju kereta mewah itu menyelusuri jalan raya meninggalkan lapangan terbang.

***

Harith memasukkan bagasinya ke dalam bonet kereta. Dia baru sahaja tiba di tanah air. Dia mengucapkan rasa syukur kerana dapat tiba dengan selamat dengan izinNya. Harith memboloskan diri ke dalam kereta dan baru sahaja hendak memulakan pemanduan, seseorang masuk secara tiba-tiba di tempat penumpang.

"Fuh, panas!" Keluh orang dibelakangnya.

"Bang, nanti hantar saya ke bukit bintang ya?" Kata orang tersebut.

"Kau jangan nak mengada. Kau duduk depan ni sekarang, Fir." Firash tergelak mendengar kata-kata Harith. Dia keluar dari perut kereta dan menukar tempatnya yang tadi dibelakang, kini di sebelah rakannya. Dia sendiri yang menunggu kedatangan Harith hari ini, namun jejaka itu tidak perasan kehadiran di situ.

Senyap-senyap dia mengekori Harith sehingga di sini. Kereta Harith ini dihantar oleh orang suruhan jejaka itu semalam. Tali pinggang dipakai. Lafaz bismillah diucapkan terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduan. Matanya meliar melihat suasana yang telah berbeza dari sebelumnya.

"Kau nak pergi makan tak" Tanya Firash secara tiba-tiba.

"Kau lapar ke?"

"Bolehlah. Jom! Aku belanja!" Ajak Firash. Harith yang menggangguk kepala dan menunjukkan arah tempat mereka akan makan tengahari ini. Parkir kenderaan dicari setelah tiba di restoran tersebut. D'Meow. Masuk - masuk sahaja, ada kucing yang berdiri di hadapan mereka seolah menjemput mereka masuk. Harith mengusap kucing itu.

"Terima kasih, cik meow." Langkah mereka memasuki kawasan makan yang telah diasingkan daripada kucing-kucing yang ada di situ supaya tidak mengganggu ketenteraman pelanggan.

"Ya, Encik nak order apa?"

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now