Dahinya dijatuhkan ke atas sejadah sebagai tanda sembah sujud kepada Allah SWT. Doa-doa diucapkan sebelum kepalanya diangkat untuk selama tahiyat akhir. Salam diberikan dan tangan ditadah memohon keampunan. Sekarang jam menunjukkan 3.30 pagi. Harith terjaga dari lenanya tadi, jadi dia memilih untuk melakukan solat sunat tahajud. Perkara itu selalu menjadi rutin harian baginya.Dia melipat sejadah dan meletakkannya semula di atas meja. Pintu balkoni dibuka dan angin pagi itu menyapa wajahnya. Tenang rasanya setelah beribadah. Kata-kata Firash beberapa hari lepas masih mengganggu fikirannya. Harith tersenyum tawar. Mungkin bukan namanya yang tercatat di Lauhul Mahfudz untuk bersama dengan Qaiffa. Raef pun apa kurangnya, baik, kacak, kaya senang kata cukup pakej.
"Tak apa lah Harith. Tak ada jodoh." Pujuknya sendiri. Telefon yang berdering dilihat.
Umi❤️ is calling.... Panggilan diangkat serta-merta. Sudah lama tidak mendengar suara uminya. Rindu pula. Kedengaran suara Puan Akira membebel.
"Ha tahu pula nak angkat! Tak telefon umi pun selama ni.." Harith tergelak mendengar suara uminya. Baru angkat panggilan dah terdengar suara bebelan Puan Akira.
"Bila Daichi telefon umi, umi tak angkat kata sibuk lah, jangan kacaulah..."
"Hm! Ye la!"
"Kenapa ambil cuti tiba-tiba?" Tanya Puan Akira. Dia sebenarnya menelefon Harith untuk menanyakan hal tersebut. Terkejut dia mendengar CEO syarikat keluarga mereka pergi bercuti ke Malaysia. Harith tak ada langsung beritahu kepadanya.
"Saja. Lama tak balik sini. Jumpa Firash dengan kawan lagi satu."
"Ohhh..."
"Umi macam mana dekat sana? Okay ke?" Tanya Harith. Puan Akira pergi ke Turki untuk bercuti bersama pak ciknya, Encik Mizaki memandang dia telah mengambil alih syarikat. Uminya mula menceritakan kisah dirinya di Turki. Seronok Harith mendengar cerita itu sehingga tidak sedar dirinya diperhatikan seseorang.
"Hmm...happy ya kau sekarang?"
***
Majlis makan-makan di rumah keluarga Raef dihadiri ramai orang, terutamanya rakan-rakan ayahnya. Ibu Raef, Datin Raiza begitu seronok melayani tetamu. Tak menang tangan dia walaupun dibantu oleh ramai pembantu rumah. Raef menunggu kehadiran seseorang di hadapan pintu rumahnya. Siapa lagi kalau bukan cik tunang yang dia sukai.
Kadang - kadang dia bersalam dengan tetamu yang hadir di hadapan pintu ataupun hanya senyuman sahaja dilemparkan. Baju dirapikan sambil menunggu kedatangan Qaiffa. Kereta Mini Cooper berwarna hitam itu menarik perhatiannya. Senyuman terukir pada wajahnya. Dah sampai pun!
Qaiffa keluar dari keretanya setelah memarkir Mini Coopernya di kawasan yang redup. Takut keretanya panas nanti. Langkah diatur memasuki perkarangan rumah Raef. Dari jauh dia dapat melihat jejaka itu memakai baju kemeja berwarna kelabu manakala dirinya memakai blouse berwarna biru gelap yang dipadankan dengan tudung bawal berwarna cream. Sangat kontra.
"Hai awak!" Hanya anggukan dan senyuman nipis sahaja diberikan. Walaupun begitu, Raef tidak terasa hati pun kerana sudah terbiasa dengan sikap Qaiffa yang 'dry' itu. Mata jejaka itu tertuju pada dua orang rakannya bersama seorang wanita yang baru sahaja tiba tanpa disedari Qaiffa. Badan gadis itu membelakangi tiga figura yang mendekati ke arah Raef.
"Harith! Firash!" Nama yang disebut itu membuatkan dia menoleh. Setelah sekian lama tidak bertemu, akhirnya mereka bersua kembali. Harith tanpa sengaja menatap wajah Qaiffa begitu juga dengan gadis itu. Masing-masing saling menatap sehingga suara seorang wanita menyedarkan mereka. Tersirat pelbagai maksud disebalik mata mereka berdua.
"Qaiffa!" Hadrah memeluk tubuh Qaiffa. Qaiffa membalas pelukan Hadrah dan berdiri di samping wanita mengandung itu. Raef, Harith dan Firash bersalaman sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Hadrah dan Qaiffa turut masuk setelah mereka bertiga masuk.
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomanceCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...