Bab 23 ✓

24 9 0
                                    

Setelah selesai solat asar Isyak, Qaiffa duduk berteleku dihadapan sejadah. Bacaan zikir diteruskan. Dengan mengingati Allah SWT sahaja hatinya akan menjadi tenang. Sejujurnya, dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya. Saat mendengar Harith sudah tiada di sini, hatinya seakan retak seribu. Macam orang putus... Ehh apa dia mengarut ni!

Qaiffa melipat sejadahnya dan diletakkan ke ampaian kecil di biliknya. Telekung turut dibuka. Dia duduk di atas katil sambil merenung buku lukisan dihadapannya. Entah kenapa dia begitu ingin melihat buku lukisan tersebut. Halaman pertama dibuka.

"Untukmu yang hanya mampu dilihat dari kejauhan, izinkan diriku melakar segala memori saat bersamamu walaupun keberadaan diriku tidak disedari dirimu..." Berdegup kencang jantungnya membaca butir kata yang terdapat pada halaman pertama.

Halaman kedua dibuka. Lakaran wajah seorang kanak-kanak perempuan yang sedang bermain bersama rakan - rakannya. Sekejap, kenapa dia seperti mengecam wajah tersebut.... Halaman demi halaman diselak. Dari kanak-kanak ke sekolah rendah dan akhirnya sekali sekolah menengah. Wajah seorang gadis yang sedang lelap bersama buku diatas meja. Gadis itu.... adalah dirinya sendiri. Matanya mulai berair. Qaiffa menguatkan dirinya. Halaman terakhir dibukanya.

"Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu. " Mulut ditekup untuk mengelakkan suara tangisannya kedengaran. Ya, dia menangis. Siapa sangka jejaka itu diam-diam mencintai dirinya sejak dahulu. Dia merasakan ketulusan disebalik lukisan-lukisan tersebut. Dia memeluk kembali buku lukisan itu. Seakan-akan tidak mahu melepaskannya.

"I want to see you again.." Lirihnya sendirian. Qaiffa tahu dia telah menyukai Harith tanpa dia sedar. Namun, semuanya tidak bermakna sekarang. Dia tidak akan dapat berjumpa dengan Harith lagi.

"He love her without knowing that she is also falling for him."

***

Bip! Bip! Bip! Mesin talian hayat yang berbunyi itu mengejutkan Firash yang sedang berada disamping Harith. Dia perlu menjaga rakannya walaupun esok sekolah. Hiraukan tentang sekolah! Nanti sahaja dia pergi. Firash terus menekan butang kecemasan untuk memanggil doktor dan jururawat memeriksa keadaan Harith.

"Tolong beri laluan." Firash berganjak ke tepi untuk membenarkan doktor tersebut memeriksa keadaan Harith.

"Sila tunggu di luar." Dia hanya mengikuti sahaja arahan jururawat yang diberikan. Sungguh dia risau sekarang! Bagaimana kalau sesuatu yang buruk terjadi pada Harith? Dia berdoa semoga semuanya dipermudahkan.

"Firash!" Dia berpaling ke arah Puan Akira dan Encik Mizaki yang berlari-lari anak mendekatinya. Dia telah mendengar perihal anaknya sebentar tadi daripada salah seorang anak buahnya.

"Puan Akira." Kepala ditundukkan.

"Tadi Harith... tiba-tiba..mesin tu.." Ingin sahaja dia menepuk mulutnya yang tiba-tiba gagap. Riak wajah wanita di hadapannya penuh kerisauan. Tiba-tiba, pintu wad Harith dibuka. Terus Puan Akira menerpa ke arah doktor tersebut.

"Macam mana dengan keadaan anak saya?" Tanya Puan Akira dengan pelat Jepunnya. Dia telah belajar sedikit demi sedikit bahasa Melayu untuk berbual dengan Harith nanti. Doktor yang bernama Darwisy itu tersenyum sedikit.

"Dia dah sedarkan diri." Ayat yang mampu membuatkan semua di situ mengucapkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa. Puan Akira memeluk adiknya dengan erat. Encik Mizaki mengusap belakang badan kakaknya untuk menenangkannya. Firash begitu teruja mendengar berita tersebut.

"Tapi keadaan dia masih lagi lemah. "

"Can I transfer him to another hospital? Dekat luar negara?" Tanya Puan Akira. Dia hendak membawa Harith pulang ke Jepun bersamanya.

"Sure. Since he already open his eyes, I think there shouldn't be a problem then."

"Thank you." Kepala ditundukkan sedikit sebagai tanda terima kasih kepada doktor muda itu. Firash yang mendengar Harith akan dipindahkan ke luar negara membuatkan dia sedikit sedih. Selepas ini, dia akan kehilangan sahabat yang cukup rapat dengannya.

Encik Mizaki yang perasan wajah kelat Firash, menepuk bahunya untuk memujuk budak lelaki itu. Dia tahu mereka berdua merupakan sahabat baik sejak kecil berdasarkan maklumat tentang Harith yang dia peroleh. Namun, kasihan juga pada kakaknya yang tidak dapat melihat Harith membesar langsung.

Pintu wad ditolak. Harith yang masih belum sedar sepenuhnya merasakan pipinya diusap seseorang. Wanita. Dia tidak pasti siapa gerangan tersebut. Pandangannya kabur sahaja.

"Anak umi...." Umi? Mata dikelipkan menandakan dia tidak mengenali wanita dihadapannya. Kepalanya semakin berat seperti ingin melelapkan mata. Mungkin akibat ubat tidur yang diberikan supaya dia berehat.

"Have a nice dream, Daichi." Mata terkatup dan belayar dia ke alam mimpi.

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now