Bab 24 ✓

21 7 0
                                    

"Panas badan kamu ni." Tapak tangan diletakkan ke atas dahi Qaiffa. Dia tidak ke sekolah hari ini berikutan demam panas yang tiba-tiba sahaja melanda dirinya. Sudah hampir 3 hari dia demam sejak hari itu. Demam rindu? Mungkin.

"Nak apa-apa tak sayang?" Lembut sahaja Puan Leana bertanya. Qaiffa hanya menggelengkan kepala sambil melelapkan mata. Dia hendak tidur sahaja.

Puan Leana keluar perlahan-lahan daripada bilik anaknya. Dia mengeluh. Risau dirinya melihat keadaan Qaiffa yang seakan lemah semangat. Qairyn yang sedang berjalan menuju ke biliknya dipanggil.

"Ryn." Qairyn memandang ke arah ibunya dan mendekatinya. Dia baru sahaja pulang sekolah. Hari ini, dia dibenarkan pulang awal kerana ada program untuk pelajar tingkatan 5. Jadi, semua pelajar dibenarkan pulang awal selain pelajar tingkatan 5.

"Ibu nak tanya ni, ada apa-apa ke jadi dekat kakak kamu tiga hari lepas?" Tanya Puan Leana.

"Tak ada pula ibu. Kenapa?" Tanya Qairyn. Pelik pula dia mendengar soalan yang ditanya oleh ibunya.

"Tak adalah. Kakak kamu tu demam. Tapi macam hilang semangat pun ada. Sebab itu ibu tanya kamu." Qairyn mengangguk kepalanya. Dia pun tidak tahu kenapa dengan kakaknya. Dia kembali masuk ke dalam biliknya. Qairyn mengeluh. Dia menatap gambar seseorang yang diambil secara diam-diam. Senyuman kelat menghiasi wajahnya.

"I hope you are fine." Katanya sendirian. Siapa sangka dia akan diuji dengan perasaan 'cinta' pada usianya yang muda. Namun sejak menyukai orang itu, dia mulai berubah sedikit demi sedikit. Daripada tidak menutup aurat, perlahan-lahan dia menutup auratnya. Al-Quran yang hanya terletak di atas meja mulai dibaca setiap hari. Seperti perasaan suka kepada orang itu membuatkan dia menjadi jauh lebih baik.

"Semoga kita bertemu lagi di masa hadapan."

***

Harith memandang ke arah seseorang yang sedang mengelap mukanya menggunakan kain basah. Wanita yang kelihatan muda namun dia yakin jauh lebih tua daripadanya. Dia menolak tangan wanita itu.

"Biar umi buat." Ayat wanita itu sentiasa menyebut dirinya sebagai 'umi' . Siapa sebenarnya wanita di hadapannya ini? Harith cuba bangkit dari perbaringannya. Firash yang baru sahaja sampai terus membantu dirinya.

"Fir." Tersenyum Firash mendengar suara Harith memanggil namanya. Sudah lama dia tidak mendengar suara rakannya berbicara. Dia terus duduk di kerusi pelawat bahagian kanan. Buah-buahan yang sempat dibeli diletakkan di atas meja.

"Nasib baik kau dah bangun. Risau aku tengok kau koma lama-lama."

"Kalau aku tak bangun ?" Tanya Harith.

"Tinggal tanam je lah." Kata Firash sambil ketawa. Harith turut ketawa mendengar jawapan rakannya itu. Dia tahu Firash bergurau dengannya. Puan Akira tersenyum melihat telatah dua orang remaja di hadapannya.

"Seronok umi tengok kamu ketawa." Terus Harith memalingkan wajahnya ke arah Puan Akira. Dia memandang sekilas Firash dengan penuh tanda tanya. Rakannya itu menghantar isyarat untuk menanyakan perihal itu kepada Puan Akira.

"Puan ni siapa?" Tanya Harith. Pada mulanya, dia ingin memanggil 'mak cik' tapi takut salah pula. Jadi, lebih baik menjadi lebih formal. Puan Akira tersenyum mendengar pertanyaan anaknya.

"Umi...ibu kandung kamu." Terdiam dia mendengar jawapan itu. Ibu kandung? Sebelum ini, ibu yang selalu menjaganya itu bukan ibu kandungnya? Kenapa ayahnya tidak memberitahu tentang kewujudan wanita di hadapannya ini sebelum pergi menghadap Ilahi? Wajah Harith yang mempunyai seribu satu soalan itu ditatapnya.

Puan Akira mengeluarkan gambar perkahwinannya bersama Fadzil. Dia menghulurkan gambar itu kepada Harith. Harith menatap gambar perkahwinan itu dengan teliti. Ya, wajah arwah ayahnya bersama Puan Akira.

"Tak percaya lagi? Bukti yang kukuh ada pada diri kamu." Puan Akira menarik cermin matanya dan menampakkan iris matanya yang berwarna amber persis milik Harith. Terjawab sudah persoalan Harith tentang matanya. Dia pernah melihat mata ibu dan ayahnya dahulu , namun tidak sama langsung dengannya.

"Umi." Satu kata yang cukup untuk membuatkan Puan Akira terharu. Sudah lama dia ingin mendengar perkataan itu keluar daripada mulut anaknya. Akhirnya, hari itu telah tiba. Dia mengelap air matanya yang bertakung di tubir mata.

"Dah.. janganlah buat jejak kasih dekat sini. Nanti saya pun ikut nangis." Kata Firash.

"Lepas ni, aku dah tak boleh jumpa kau lagi."

"Kenapa pula?" Tanya Harith kehairanan.

"Kau kena ikut umi kau balik Jepun." Harith memandang Puan Akira. Uminya hanya tersenyum nipis sahaja. Dia amat berat untuk meninggalkan Firash namun dia juga ingin lebih mengenali uminya.

"Tak apa wey. Nanti kalau tak sibuk, kau datanglah jenguk aku kat sini. Jangan tak datang pula! Aku tunggu tau!" Kata Firash sambil tersengih. Harith mengangguk mengiyakan kata-kata Firash. Mana mungkin dia melupakan seseorang yang telah menjadi temannya sejak kecil. Susah senang sama-sama.

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now