Katayama Akira, atau nama Islamnya Nurul Ain memandang sayu ke arah Harith yang sedang terbaring bersama wayar yang berselirat ditubuhnya. Dia meninggalkan Harith bersama arwah bekas suaminya ketika masih muda. Siapa sangka, arwah Fadzli berjaya membesarkan anak mereka dengan baik bersama isterinya sehingga ke hujung nyawa mereka. Kalau tidak disebabkan beberapa kekangan, tentu sahaja dialah yang akan menjaga Harith."Gaman shite ne, onēsan,-go de kare wa kitto shōki ni modoru yo." Kata Mizaki.
"Sōda to ī."
Firash telah pulang bersama dengan ayahnya. Terngiang-ngiang kata-kata Firash tadi. Amarah dalam dirinya meningkat mendadak. Berani mereka memukul seseorang disebabkan sesuatu yang tidak munasabah. Seperti minyak ke dalam api, video yang viral itu telah dilihat oleh Puan Akira. Lapan orang pelajar senior memukul seorang pelajar junior. Heh! Pengecut! Dia menelefon seseorang.
"Sayumi. Make sure all those stupid students will pay for everything that they have done to my son. If their family try to help them...." Senyuman sinis menghiasi wajahnya.
"Drag them down as well." Panggilan dimatikan. Dia akan pastikan semuanya mendapat balasan setimpal supaya tiada yang berani menyentuh Harith lagi. Puan Akira telah menguruskan pemindahan Harith ke hospital Jepun untuk dirawat lebih lanjut setelah keadaan Harith membaik. Hampir- hampir sahaja dia kehilangan satu-satunya permata yang dijaga dari jarak jauh selama ini.
"You want to bring him to Japan?" Tanya adiknya.
"Yes." Dia sendiri yang akan menjaga Harith. Puan Akira pasti anaknya tidak pernah tahu kewujudannya. Dia melangkah keluar dari kawasan wad tersebut bersama Mizaki untuk menguruskan beberapa perkara.
***
Sebaik sahaja loceng berbunyi, Qaiffa segera keluar dari kelas. Kereta Ferrari yang terletak elok sahaja di kawasan letak kenderaan didekatinya. Tersenyum Qaiffa melihat seorang lelaki berusia namun masih lagi kelihatan muda memandangnya.
"Papa!" Ditarik anak perempuannya ke dalam dakapan. Sudah lama tidak bertemu, Dato' Qaisar memeluk kuat Qaiffa. Tahu-tahu sahaja dia hendak pulang ke rumah. Terkejut juga dia saat menerima panggilan daripada Qaiffa yang menyuruhnya untuk menjemput anaknya itu pulang.
"Jom!" Kedua beranak itu masuk ke dalam kereta itu dan laju meninggalkan kawasan sekolah.
"Papa, jom pergi rumah kawan Iffa boleh?"
"Dekat mana tu?" Terus dia menunjukkan arah ke rumah seseorang. Firash. Dia menelefon jejaka itu beberapa kali namun tidak diangkat. Qaiffa ingin mengetahui keadaan Harith tetapi dia tidak tahu di mana wad Harith. Entah kenapa dia berasa risau dengan jejaka itu. Dia takut... kehilangan Harith. Itu yang dirasakan sekarang.
"Situ." Terus berhenti pemanduan Dato' Qaisar. Rumah ni boleh tahan besar juga. Anak perempuannya berlari-lari keluar dari kereta membuatkan dia musykil. Ada apa-apa terjadi ke?
"Assalamualaikum!!" Salam diberi namun tiada yang menyahut. Qaiffa menarik nafasnya.
"Assalamualaikum!" Sekali lagi!
"Assalamualai...." Terhenti dirinya memberi salam apabila pintu di hadapannya terbuka. Terpampang jelas wajah yang dingin menatap kosong ke arahnya.
"Waalaikumussalam." Jawab Firash. Entah kenapa dia berasa marah saat melihat wajah Qaiffa. Sejujurnya, dia telah mengetahui alasan Harith dipukul oleh senior-senior mereka. Semuanya disebabkan buku lukisan Harith. Ya, ada seseorang telah melihat buku tersebut dan orang itu adalah Nadim. Tak hairanlah semasa mereka pulang dari padang, dia sempat melihat ketua pelajar itu baru sahaja keluar dari kelas mereka.
Ramai pelajar lelaki tahu Nadim menyukai seorang pelajar junior perempuan. Adinda Qaiffa. Dia sendiri pun tidak menyangka kawan baiknya turut menaruh perasaan suka kepada gadis itu.
Dia mengetahui hal tersebut kerana mendengar perkataan 'buku lukisan' daripada video pergaduhan yang telah tersebar meluas di media sosial semasa menonton video itu sambil menggunakan earphone. Terus dia menyelongkar beg Harith. Banyak lakaran wajah seseorang yang di dalam buku lukisan itu. Sudah pasti wajah Qaiffa.
"Apa kau nak?" Kasar sahaja bahasa yang digunakan.
"Kau tahu tak wad Harith dekat mana?"
"Kau tak payahlah nak jumpa dia. Kalau kau datang pun, dia tak akan tahu pun kau ada dekat situ." Balas Firash dingin.
"Maksud kau?"
"Dia koma. Keadaan dia kritikal tadi tapi sekarang dah koma." Bagaikan hendak luruh jantungnya mendengar kata-kata Firash. Koma? Tubir matanya mulai panas dan bertakung.
"Boleh aku tahu kenapa dia kena pukul?" Dikuatkan juga semangat untuk bertanya. Qaiffa sedaya upaya menahan diri daripada menghamburkan tangisan di hadapan Firash. Namun, Firash dapat membaca reaksi Qaiffa. Dia mengeluh. Nak marah tapi bukan salah gadis itu pun. Dia masuk ke dalam seketika.
Beberapa saat kemudian, dia keluar dan menghulurkan sesuatu. Buku lukisan milik Harith. Terpinga-pinga Qaiffa saat buku itu dihulurkan.
"Kau akan tahu sendiri dan jangan cari dia lagi. Dia dah tak ada dekat sini lagi." Firash masuk ke dalam rumah dan pintu rumah ditutup kembali. Mutiara jernih Qaiffa mulai menitis. Dia belum membuka lagi buku lukisan tersebut namun dia berasa sayu mendengar keadaan Harith. Langkah kaki kembali menuju ke kereta papanya.
"Ha macam mana jumpa kawan tu?" Diam. Dato' Qaisar memandang ke arah anaknya yang tidak menjawab pertanyaannya. Terkejut dirinya melihat Qaiffa sedang menangis tanpa suara.
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomanceCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...