Nadim yang baru pulang sahaja ke rumah dikejutkan dengan kepulangan mamanya. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana suasana sedikit tegang di ruang tamu itu. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Terhenti langkah apabila namanya diseru.
"Muhammad Nadim Asyraf." Bangkit Puan Nelydia dan menghampiri anak tunggalnya. Pang! Tadi di sekolah dia telah ditampar oleh Qaiffa, sekarang mamanya pula menampar wajahnya. Terasa pijar pipinya. Dia menatap Puan Nelydia yang menatap tajam ke arahnya.
"Kenapa ni ma..?"
"What you have done?" Nadim mendiamkan diri.
"Aku tanya kau! Apa yang kau dah buat dengan anak orang!?" Jerkah mamanya. Dia dapat merasakan mamanya telah mengetahui tentang kejadian di sekolah namun orang lain yang memukul Harith bukan dirinya. Jadi, maksudnya dia bersih bukan? Tiada bukti mengatakan dia dalang semua itu.
"Buat apa, ma?" Lakonan diteruskan. Puan Nelydia mengambil sampul yang diterima sejurus dia pulang tadi. Sampul surat itu dicampakkan ke wajah anaknya. Sungguh amarahnya telah naik mendadak! Terkejut Nadim apabila diperlakukan sebegitu. Dia mengutip sampul surat tadi dan mengeluarkan surat. Macam surat dari mahkamah.
Nadim membaca isi kandungan surat tersebut. Terdiam seribu bahasa apabila membaca surat saman itu. 5 juta. Tetapi dia hairan siapa pula yang menyaman keluarganya. Harith bukan anak yatim ke? Atau .... Terus ingatannya kembali kepada amaran yang diberikan Qaiffa. Perempuan tu....!
"Siapa nak bayar 5 juta tu! Kenapa buat mama macam ni!! Jumlah yang diminta bukan sedikit tahu tak?! "
"Tapi mereka tak ada bukti Nadim yang buat semua perkara tu."
"Really?" Puan Nelydia memainkan satu rekod suara pengakuan seseorang.
"Na..dim yang minta kami pukul dia. Dia cakap kalau kami tolong dia, dia akan padamkan rekod kesalahan kami." Rekod suara itu ditutup kembali. Sudahlah menjadi dalang tentang kejadian malang itu, malah tidak mengakui kesalahan yang dilakukan.
"Mama nak kamu cari cara untuk bayar sendiri saman tu. I will not help you this time! Kalau kau masuk penjara pun, itu atas kesalahan kamu sendiri." Puan Nelydia berlalu keluar dari rumah. Dia hendak berjumpa dengan kliennya sebentar. Nadim dibiarkan sahaja begitu di ruang tamu. Tangan digenggam erat menahan amarah.
'Sial! Kau memang sial, Harith!'
***
Dato' Qaisar hanya mendiamkan diri sahaja sepanjang perjalanan mereka pulang. Dia faham anaknya sedang mengalami masalah cuma dia belum tahu apa masalahnya. Setibanya sahaja mereka di rumah, dia terus mendukung Qaiffa yang telah terlelap bersama buku lukisan dalam pelukan ke atas.
"Lambat balik. Pergi mana?" Dia menggelengkan kepala memberi isyarat kepada isterinya untuk tidak bertanya apa-apa sekarang. Dato' Qaisar meletakkan anaknya ke atas katil. Dia cuba untuk menarik buku lukisan yang terdapat dalam pelukan Qaiffa namun tidak berjaya apabila gadis itu bertindak mengeratkan pelukan.
"Sleep well dear." Dia keluar dari bilik anaknya dan menapak turun ke bawah. Isterinya menunggu dengan sabar. Nampak sahaja Dato' Qaisar telah turun, terus dia menghampiri suaminya.
"Kenapa Iffa tu abang?"
"Tak tahulah. Tadi dia jumpa kawan, lepastu naik kereta sahaja terus nangis. Mungkin bergaduh?" Teka Dato' Qaisar. Puan Leana ingin melihat anak perempuannya namun dihalang oleh suaminya.
"Jangan kacau dia. Emosi tengah tak stabil tu. Biarkan sahaja. Nanti dia nak bercerita, dia sendiri akan buka mulut." Tegah Dato' Qaisar. Puan Leana hanya menganggukkan kepala mendengar kata-kata itu. Dia juga tidak mahu Qaiffa terganggu.
"Ryn, mana?"
"Ada dekat atas abang." Dato' Qaisar terus melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomanceCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...