Bab 36 ✓

26 6 1
                                    


Kedatangan keluarga Raef disambut meriah oleh Dato' Qaisar. Masing- masing telah duduk di tempat masing-masing sambil menunggu kedatangan pengantin lelaki. Qaiffa yang telah siap telah turun dan mengambil tempat di pelamin yang disediakan. Pelamin yang bercorak bunga ros biru langsung tidak menarik perhatiannya. Tok kadi juga telah tiba dan mengambil tempat. Dia dapat mendengar suara tetamu memuji kecantikannya namun matanya tertuju pada seseorang yang sedang duduk bersama wanita yang kelihatan muda.

Harith menyibukkan dirinya supaya tidak memandang ke arah Qaiffa. Sekejap dia berbicara dengan Firash, sekejap dengan uminya. Semalam Puan Akira pulang ke rumah kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan Raef. Dia hanya menanti kedatangan Raef untuk melafazkan akad sebelum dia beredar dari situ. Dia.... hanya ingin melihat wanita yang dicintainya bahagia bersama dengan rakannya.

Lama mereka menunggu kedatangan Raef namun bayangnya langsung tidak kelihatan. Semua tetamu kelihatan hairan begitu juga dengan ibu bapa Raef. Mereka mendekati Harith dan Firash.

"Harith, mana Raef?" Harith menggelengkan kepala menandakan dia tidak tahu. Hatinya mula berasa pelik kerana semalam Raef berkata dia akan pulang pada malam esok. Hari ini lesap pula jejaka itu.

"Semalam dia kata dia akan datang sendiri." Balas Firash pula. Hadrah yang disampingnya ditarik sedikit untuk menghampiri dirinya sebelum tangannya diletakkan ke atas perut isterinya yang bulat itu. Dia mengusap perlahan perut Hadrah. Qairyn menyaksikan perbuatan Firash. Gadis itu terdiam seribu bahasa.

Harith mula menelefon Raef namun panggilannya tidak diangkat. Firash juga cuba menelefon jejaka itu namun hasilnya tetap sama. Panggilan tidak diangkat. Ramai orang berusaha untuk menghubungi jejaka itu sehingga akhirnya panggilan Harith dijawab.

"Raef, kau dekat mana?"

"Aku nak batalkan perkahwinan ni." Soalan tidak dijawab malah Raef memberikan penyataan yang mengejutkan. Datin Raiza segera mengambil telefon Harith apabila dia mendengar kata-kata Raef.

"Raef dah gila ke?! Kenapa buat mama macam ni! Tetamu semua dah tunggu. Raef, balik sekarang!!"

"Maaf ma. Raef rasa Raef tak boleh jadi suami yang baik untuk Iffa."

"Apa maksud kamu!" Jerkah Datin Razia. Dia agak bengang dengan sikap Raef yang secara tiba-tiba ingin memalukan keluarganya.

Tutt... panggilan ditamatkan. Hampir rebah sahaja wanita itu di hadapan suaminya. Dia kesal dengan sikap Raef. Dato' Qaisar menghampiri Dato' Razali untuk menanyakan perkara yang berlaku.

"Raef nak batalkan perkahwinan ni...."

"Habis tu, air muka kami nak letak mana?!" Marah Dato' Qaisar. Hari ini sepatutnya menjadi hari bahagia buat anaknya namun perkara yang disebaliknya pula yang berlaku. Dia buntu harus melakukan apa. Tiba-tiba, suara seseorang mencelah di kala ketegangan sedang berlaku di situ.

"Kalau tak keberatan, izinkan saya....."

***

"Kekanda Harith bin Fadzli."

"Ya, saya." Tangannya digenggam tok kadi.

"Aku nikahkan engkau dengan Adinda Qaiffa binti Muhammad Qaisar dengan mas kahwin sebanyak RM250 ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Adinda Qaiffa binti Muhammad Qaisar dengan mas kahwin sebanyak RM250 ribu ringgit tunai." Kata Harith dengan sekali lafaz.

"Sah?"

"Sah!" Jawab Firash dengan bersemangat. Tak sangka hari ini kawan baiknya telah berkahwin dengan pujaan hatinya. Tak sia-sia dulu dia mengheret Harith ke kursus perkahwinan semasa dia bercuti di Malaysia 2 tahun lalu.

"Alhamdulillah." Tangan ditadahkan bagi mengaminkan doa yang dibaca. Kemudian, Harith bangun dan pergi ke bilik tetamu untuk menunaikan solat sunat. Qaiffa yang berada di pelamin mendiamkan diri. Sungguh keajaiban untuknya hari ini.

Setelah menunaikan solat sunat tadi, Harith menghampiri Qaiffa dengan langkah yang perlahan. Jantungnya berdegup kencang sama seperti Qaiffa yang turut merasakan getaran jantung yang laju. Dia duduk disebelah wanita itu sebelum mencapai cincin yang sempat dibeli 30 minit lalu oleh pekerjanya. Barang hantaran tadi telah ditukar dengan bantuan pekerjanya. Semuanya dilakukan selama 30 minit sebelum dia melafazkan akad.

Gila bukan? Namun, apa yang lebih gila dia berani meminta restu Dato' Qaisar untuk berkahwin dengan Qaiffa betul-betul dihadapannya. Nasibnya baik apabila Dato' Qaisar memberi kebenaran untuk menggantikan tempat Raef. Uminya tercengang namun pantas bertindak untuk menyiapkan segalanya dalam masa 30 minit.

Harith mencapai tangan Qaiffa dan menyarungkan cincin yang bertatahkan berlian itu ke jari manis gadis itu. Saat Qaiffa menyentuh tangannya dia merasakan seperti ada renjatan elektrik. Cincin turut disarungkan ke jari manisnya. Puan Leana memberi isyarat kepada anaknya untuk menyalam tangan Harith. Qaiffa menyalami tangan jejaka itu sebelum dia merasakan ada ciuman hangat yang dilabuhkan pada dahinya. Perasaan ini.... Dia sangat terharu.

Puan Akira tersenyum melihat anaknya dan menantu ekspressnya yang saling berpandangan antara satu sama lain. Ingatkan datang sini nak tengok kawan anaknya kahwin, alih-alih anaknya pula yang berkahwin. Dia bahagia melihat Harith yang merenung wajah Qaiffa. Dia tahu anaknya jujur dan ikhlas mencintai gadis itu.

Huhu...dah kahwin pulak.

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now