Bab 18 ✓

36 12 0
                                    

Tiga minggu kemudian....

Peperiksaan pertengahan telah dijalankan bagi seluruh tingkatan termasuklah tingkatan 4. Masing-masing mula cemas untuk mengetahui keputusan peperiksaan mereka. Ada yang gembira, ada yang sedih dan ada juga yang tak peduli langsung. Sebaik sahaja Qaiffa mengambil slip keputusannya, dia terus keluar dari kelas 4ST. Langkahnya dilakukan agar dapat bertemu orang tersebut.

Dia meninjau keadaan kelas 4S1 yang agak riuh seperti pasar. Biasalah, kelas mana sahaja yang tidak bising ketika ketiadaan guru. Firash yang sedang bergelak ketawa bersama Harith menangkap figura Qaiffa yang meninjau di luar. Dia menggamit Harith untuk mengikutinya keluar kelas. Harith yang tidak tahu kewujudan Qaiffa di luar kelasnya hanya mengikuti langkah Firash.

"Kekanda!" Terkejut dia saat melihat Qaiffa di hadapannya. Nak lari tapi nanti nampak pelik pula. Entah kenapa Qaiffa suka memanggil nama hadapannya. Sejak tiga minggu yang lalu, Harith telah menjadi guru muda bagi Qaiffa dalam subjek addmath ditemani Firash dan ya... itulah panggilan yang sering digunakan oleh Qaiffa. Dia hanya memandang ke arah lain. Firash pula sudah tersenyum sumbing melihat tingkah laku Harith.

"Thanks to you! Aku dah dapat A untuk addmath!! Cuba kau tengok ni!" Kata Qaiffa dengan ceria sambil menunjukkan slip keputusannya. Harith terpaksa melihat slipa keputusan gadis itu dan agak kagum dengan pencapaian Qaiffa. Straight A.

"Alhamdulillah, baguslah." Balasnya singkat. Dia tak tahu kenapa suara Qaiffa itu sangat lembut di pendengarannya. Ish! Harith terus menggelengkan kepalanya berkali-kali. Hasutan syaitan ni.

"Mana keputusan peperiksaan kau?"

"Kitorang belum dapat lagi." Firash membalas pertanyaan Qaiffa apabila Harith hanya menggelengkan kepala sahaja daripada tadi. Qaiffa mengangguk sahaja. Dia berlalu pergi semula ke kelasnya apabila ada seorang rakannya memanggilnya untuk pulang ke kelas.Firash ralit memerhatikan raut wajah Harith yang nampak biasa namun telinganya merah. Mereka berdua kembali masuk ke dalam kelas.

***

"Tahniah, Harith!" Ucap Puan Nisa apabila menyerahkan slip keputusan milik pelajar lelaki itu. Harith tersenyum melihat slip keputusannya yang agak cemerlang sama seperti Qaiffa. Cuma, bezanya bilangan subjek yang diambil. Dia hanya mengambil 6 sahaja manakala Qaiffa mengambil 9 subjek. Sudah tentu gadis itu jauh lebih cemerlang daripadanya.

"Wahh,semua A! Aku baru 4 A je." Kata Firash. Harith hanya tertawa kecil apabila dipuji oleh rakannya. Dia sudah cukup bersyukur dengan pencapaiannya.

"Tak apa. Bak kata orang putih, everyone has their own process."

"Ye lah. Tak apa aku bersyukur juga. Sekurang-kurangnya tak gagal."

Mereka berdua rancak berbual di dalam kelas, begitu juga dengan rakan sekelas yang lain. Masing-masing begitu seronok kerana mendapat keputusan yang baik dan ada juga yang bersedih. Apa yang penting adalah mereka pulang awal pada hari itu dan tidak apa sesi pembelajaran pun! Lumrah kehidupan seorang pelajar.

"Harith, ada orang bagi kau nota ni." Kata Din, seorang rakan sekelasnya.

'Congrats on your success! I hope that you will always success in you life.' - Secret admire.

Tak berkelip Harith melihat nota tersebut. Peminat rahsia? Sejak bila pula ni? Firash yang sedang berusaha untuk mengintai nota itu ditolak ke tepi. Tanpa mereka sedar, ada yang tersenyum melihat karenah mereka dari luar kelas.

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now