Ting! Telefonnya berbunyi menandakan satu notifikasi masuk.' Kekanda Harith?' - Unknown.
Dia hanya membiarkan sahaja mesej tersebut. Siapa pula ni? Dia sedang sibuk mencucuk daging ayam dengan lidi sate ni. Ting! Kedengaran lagi bunyi notifikasi masuk.
'Hai, ni Qaiffa. Budak kelas 4ST.' - Unknown.
Ohhhh....Qaiffa. What! Dia membaca semula mesej yang diterimanya itu. Sangkanya, dia berhalusinasi rupanya bukan.
'Tak apa, Harith. Husnuzon dulu. Mungkin ada orang nak permainkan kau?' Soalnya di dalam hati. Tapi, macam tak betul juga. Kalau nak kenakannya, pasti mereka akan menggunakan nama Firash atau orang lain. Atau sebab Qaiffa mencarinya di sekolah tadi?
"Harith. Kalau ya pun nak baca mesej, tengoklah kau cucuk lidi sate tu dekat mana." Kata Firash yang sedang memotong timun. Daripada tadi melihat rakannya itu seperti larut dalam dunia sendiri sehingga tidak sedar bukan daging ayam yang dicucuk, sebaliknya daging sendiri!
Harith memandang tangan kanannya yang mencucuk tapak kirinya yang memegang daging ayam di hujung jari. Patutlah keras semacam sahaja dari tadi. Haih! Nasib baik tak tembus tadi!
***
Qaiffa yang baru sahaja selesai menunaikan solat Asar memandang ke arah skrin telefonnya yang gelap. Tiada mesej yang masuk. Dia rasa betullah nombor telefon yang dia dapat dari Rea. Tak mungkinlah salah. Nama pemilik nombor yang didaftarkan itu pun nama Harith. Jadi, kenapa tiada balasan langsung ?
"Ke dia tak nak balas mesej aku?" Gumamnya sendirian. Ish! Tak guna betul! Penat dia tebalkan muka untuk menghantar mesej kepada orang yang tidak dikenalinya. Ingat tak malu ke hantar mesej kepada lelaki? Disebabkan keinginannya untuk belajar sangat tinggi, dia sanggup bertanyakan kepada rakannya tentang Harith.
Dia memandang ke arah kad pelajar yang digantung di belakang pintu biliknya.
"Haish,kau ni! Balaslah mesej aku. Aku nak belajar addmath ni !" Dia melipat sejadahnya dan membuka kain telekung. Qaiffa bangkit dan membaringkan dirinya ke atas katil. Telefonnya diletakkan ke atas meja kecil berdekatan dengan katilnya.
Novel Seseorang Untuk Aku diambil dan dibuka. Dia membaca halaman demi halaman novel tersebut. Dalam banyak-banyak karya novel, inilah satu-satunya karya yang berjaya untuk menawan hatinya. Karya Rehan Makhtar tidak pernah mengecewakan! Sedang dia larut membaca, telefonnya berbunyi.
'Ting!'
Lekas dia mencapai telefonnya. Namun, lain yang ditunggu, lain pula yang datang.
'Hai, ini Qaiffa kan?' - Nadim.
"Apa pula ni?" Mesej tersebut dibiarkan sahaja tanpa mempunyai niat untuk membalasnya. Diakrib mesej itu supaya dia tidak menekan mesej tersebut tanpa sengaja. Dia mencapai semula novel tadi dan menyambung pembacaannya.
Enjoy!
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomanceCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...