Bab 39 ✓

20 6 0
                                    


Qaiffa membuka matanya perlahan-lahan. Dia menoleh ke sisinya. Kosong. Mana Harith? Dia bangun dari perbaringannya dan melihat suaminya sedang berdoa. Keadaan sekitarnya telah menjadi kemas. Hmm... Berbahang mukanya apabila mengingati perbuatannya semalam. Dia yang mulakan?! Baju kemeja putih yang tersarung pada tubuhnya dilihat seketika.

"Kenapa termenung?" Dia mengangkat kepala dan memandang Harith yang melipat sejadah. Dia kemudian mendekati Qaiffa yang kelihatan terpegun melihat dirinya. Suami? Dia suka akan gelaran itu.

"Tak ada apa-apa." Melihat wajah isterinya yang kelihatan merah menahan malu membuatkan dia tertawa. Itulah orang tak nak dekat dengan dia semalam, dia yang tiba-tiba mulakan langkah. Tergeleng-geleng kepala Harith. Dia mengusap kepala Qaiffa sebelum dia bangun dan bergerak ke balkoni bilik isterinya untuk mengambil angin. Sudah rutinnya seperti ini. Lepas solat diri, ambil angin pagi. Sangat menyegarkan.

Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang. Alahai kecil betul tangan yang memeluknya sekarang. Dia memusingkan badan dan memandang Qaiffa yang mendongak ke arahnya. Pendek. Ketinggian mereka berdua sangat berbeza. Dia tinggi, isteri pendek. Namun, mereka berdua seakan saling melengkapi antara satu sama lain. Qaiffa menyembamkan mukanya pada bahagian jantung Harith. Dup! Dap! Dup! Dap!

"Dengar tak?"

"Ha?"

"Ritma jantung saya berdegup laju hanya untuk Adinda..." Lengan Harith ditampar. Sebenarnya dia malu. Dia tidak menyangka mulut suaminya sangat manis bila berkata-kata. Qaiffa juga tidak menyangkal bahawa dia sangat suka mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Harrith.

"Tak nak tidur ke?"

"Awak tak tidur ke?" Serentak pula mereka bertanya. Masing-masing diam sebelum pecah ketawa mereka. Rambut ikal isterinya yang ditiup angin dibetulkan sedikit. Tangan diambil dan dikucup kekura tangan Qaiffa. Semakin merah wajah wanita kesayangannya.

"Eyy...comellah!" Dia mencubit pipi Qaiffa yang tembam itu. Kemudian, Harith memusingkan badan isterinya dan memeluknya dari belakang. Dia berjalan masuk ke dalam bilik sambil memeluk isterinya. Dia membaringkan Qaiffa di atas katil lalu mengambil tempat di sebelahnya. Masing-masing bertatapan sebelum Harith menarik Qaiffa ke dalam pelukannya. Bahagian belakang badan ditepuk perlahan untuk mendodoikan isterinya.

"Have a nice sleep, my adinda."


***



Firash yang sedang nyenyak tidur dikejutkan oleh Hadrah. Terpisat-pisat matanya melihat wajah isterinya yang sedang dibanjiri air mata. Terus segar matanya. Firash memegang wajah Hadrah.

"Kenapa ni sayang?"

"Nak...." Mulutnya dikemam takut Firash tidak dapat menunaikan keinginannya sekarang. Dia betul-betul mengidam ni. Daripada tadi dia menahan kerana suaminya sedang tidur, namun Hadrah tidak mahu menahan lagi. Firash begitu risau dengan keadaan Hadrah sekarang. Dia tahu isterinya mengidam sesuatu.

"Mengidam apa sayang?"

"Nak jumpa Qaiffa...." Firash mengerling jam di dinding. Pukul 4.30 pagi. Dia meraup wajahnya, bukan kerana marah. Dia hendak ketawa sebenarnya. Tak tahulah kenapa. Kawannya itu mesti sedang sibuk. Harap-harap masa dia telefon sekejap lagi, panggilan dia berjawab lah.

"Abang... janganlah marah..." Tersebik-sebik wajah Hadrah yang sudah merah. Dia mengidam nak jumpa Qaiffa sebab nak wanita itu menyentuh perutnya. Dia mahukannya sekarang! Firash menarik tubuh Hadrah dan memeluknya erat. Alunan zikir kedengaran ditelinga isterinya.

"Nanti kita jumpa dia okay? Waktu subuh nanti."  Hadrah hanya menganggukkan kepala. Yeay! Dapat jumpa Qaiffa. Dia menyembamkan mukanya di ceruk leher Firash sambil jejaka itu menidurkannya. Dia begitu suka dengan keadaan ini. Perlahan-lahan dia terlelap dalam pelukan suaminya. Firash meletakkan Hadrah ke atas katil sebelum dia mendail nombor seseorang. Beberapa saat kemudian, panggilannya diangkat.

"Assalamualaikum. Kenapa kau telefon aku pagi-pagi ni?" Tanya orang yang ditelefonnya.

"Waalaikumussalam,Harith. Maaf ganggu kau. Boleh kau pergi masjid yang selalu kita pergi tu dengan Qaiffa?"

"Boleh tapi kenapa?" Tanya Harith.

"Hadrah. Dia mengidam nak jumpa Qaiffa. Dia nak sekarang tapi aku dah tidurkan dia tadi. Nanti dia bangun, dia ingat balik apa yang ngidam tadi." Kata Firash. Dia hanya mampu melengahkan masa sahaja. Kedengaran suara Harith tertawa.

"Ohh... okay. Nanti aku pergi sana dengan Qaiffa."

"Baik. Terima kasih!" Panggilan ditutup. Dia tersenyum melihat ke arah isterinya yang sedang lena. Macam bayi sahaja.



Huhu tidur pun ada orang dodoikan. Aku tidur dengan mendodoikan diri sendiri je HAHAHAHA 😭

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now