Bab 20 ✓

27 9 0
                                    


Pang! Terdiam satu kelas memandang ke arah pintu kelas mereka. Terteleng kepala Nadim setelah menerima tamparan kuat daripada Qaiffa. Baru sahaja dia berasa gembira saat gadis itu mencarinya di kelasnya. Sangkanya datang pelangi, namun sebaliknya pula yang terjadi. Ribut petir melanda dirinya.

"Iffa, sabar wey!" Terkejut Hadrah melihat Qaiffa menampar seorang senior tingkatan 5. Dialah yang mengikuti Qaiffa sebentar tadi. Wajah Qaiffa memerah seakan menahan amarah yang cukup tinggi dalam dirinya. Menggigil tangannya setelah menampar wajah Nadim. Jejaka itu kembali menoleh ke arahnya sambil mengusap pipi yang merah akibat ditampar.

"Iffa kenapa ni? Cuba cakap dengan abang baik-baik...." Abang? Jijik pula telinganya mendengar perkataan itu keluar dari mulut Nadim.

"Tak payah berabang-abang sangatlah! Kau bukan abang aku pun!" Tempik Qaiffa. Terkedu Nadim mendengar jerkahan daripada gadis muda di hadapannya ini. Selama ini, dia hanya melihat gadis itu sentiasa mendiamkan diri walaupun ada yang berani mengacaunya.

"Jadi, kenapa ni?" Qaiffa menjulingkan matanya ke atas. Buat-buat tak tahu pula! Darahnya semakin naik mendadak. Dia mendengus kuat.
Tiba-tiba, bahunya ditolak kuat oleh seseorang. Hampir sahaja dia tumbang jika Hadrah tidak menyambutnya. Raisha.

"Kau ni dah kenapa?" Marah Raisha kepada Qaiffa. Dia melihat gadis itu memarahi Nadim dan menampar jejaka itu dari kejauhan.

"Kau tu yang kenapa?! Gila?" Lawan Qaiffa. Tidak mahu kalah. Masing - masing menatap tajam antara satu sama lain. Raisha membuat muka meluat memandang Qaiffa. Dia membenci gadis itu! Kalau tidak kerana Qaiffa, pasti senior Nadim  bersamanya sekarang.

"Eh perempuan! Kalau tak disebabkan kau, mesti abang Nadim dah pilih aku! Kau yang tak beritahu tentang pemilik surat tu dulu kan?! Sebab tu dia reject aku!"

"Lah kau yang nak marah sangat kenapa! Aku tak hamaklah jantan macam ni!!" Qaiffa menuding jarinya ke arah Nadim yang tercegat melihat pergaduhan di antara dua orang pelajar perempuan di hadapannya.

"Aku dah kata hantar sendiri! Kau yang tak nak, lepastu nak salahkan aku? Kalau kau hebat sangat, kenapa dia tak pilih kau? Ataupun kau syok sendiri je?" Pedas mulut gadis itu mengeluarkan kata-kata. Raisha menahan geram mendengar kata-kata Qaiffa yang membidasnya. Hadrah segera menepuk bahu Qaiffa untuk menyedarkan gadis itu daripada terus meledak. Sesungguhnya sifat marah itu datang daripada syaitan.

"Iffa, dah jom. Marah-marah pun dah tak guna, benda dah jadi. Jom balik kelas..." Hadrah berusaha menarik tangan Qaiffa untuk mengikutinya.

"Kau....tunggu nasib kau nanti." Amaran diberikan sebelum dia berlalu pergi bersama Hadrah. Nadim tercengang mendengar amaran yang diberikan oleh Qaiffa.

"Abang Nadim..." Raisha dihiraukan. Dia kembali masuk ke dalam kelasnya. Gadis itu menggenggam erat buku limanya apabila diabaikan sebegitu. Dia memandang geram ke arah Qaiffa yang sudah semakin menjauh.

***

Takut pula Firash hendak menghadap ke hadapan. Seorang wanita dan seorang jejaka di hadapannya ini bukan calang-calang orang. Mereka berdua merupakan pemilik syarikat IT yang semakin maju di Jepun. Senang cerita, billionaire Jepun. Ayahnya pula santai sahaja melihat dua orang tersebut.

"So, what happened?" Tanya wanita itu dengan tegas. Kecut perut Firash mendengar pemilik suara tegas itu berbicara. Apatah lagi bila iris amber itu menikam wajahnya. Dia menoleh ke arah ayahnya untuk meminta pertolongan.

'Ayah! Tolong Ash!' Dikelip-kelipkan matanya berkali-kali menghantar isyarat kepada sang ayah, namun ayahnya hanya tersenyum mengejek. Geram pula dia tengok ayahnya!

"Hello? I'm talking with you, boy."

"Erm.. Harith....ernm..." Berterabur terus otaknya menyusun ayat. Haih! Tersenyum jejaka itu melihat karenah Firash yang tak senang duduk.

"Akira, kowagara senaide ne." Tegur jejaka itu. Puan Akira hanya mengeluh. Dia dah hampir pitam sahaja mendengar khabar tentang perkara yang terjadi kepada Harith. Ibu mana sahaja yang tidak risaukan anaknya.

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now