Macam tak percaya pula dirinya telah berkahwin dengan Qaiffa. Sekarang, jam telah menunjukkan pukul 11 malam. Dia naik ke bilik Qaiffa setelah pulang dari masjid untuk menunaikan solat. Sekarang, dia telah berada di bilik wanita itu. Ruangan yang berwarna kelabu itu cukup menarik untuk dilihat, namun ada sesuatu yang lebih menarik minatnya. Buku lukisan lama miliknya yang terletak elok di night stand. Dia membuka buku lukisan tersebut dan tersenyum saat menatap lakaran wajah Qaiffa.
"Kekanda?" Buku lukisan ditutup dan dia berpaling ke arah Qaiffa. Terpegun dia melihat rambut wanita itu yang berwarna keperangan semula jadi pada paras bahu. Dia tersenyum memandang isterinya itu.
"Ya , Adinda?" Tersedu dia tiba-tiba apabila mendengar panggilan yang terbit dibibir jejaka itu. Baru dia perasan nama mereka saling berkait. Adinda dan Kekanda. Seakan dicipta untuk bersatu. Harith menyentuh pipi Qaiffa dan mengusapnya.
"Terima kasih..." Mata ambernya merenung dalam ke iris milik isterinya.
"Sebab jatuh cinta dengan saya...." Serta mereka ciuman dilabuhkan pada dahi wanita itu. Terasa syahdu keadaan mereka ketika itu. Masing-masing merasakan dunia milik mereka sekarang. Dia menjauhkan diri setelah seketika dan berlalu masuk ke dalam bilik air setelah mencapai tuala dan bajunya yang dihantar Firash sebelum dia naik ke sini. Pintu bilik air ditutup.
Qaiffa menekup mukanya. Malunya!!! Dia berbaring ke atas katil dengan perasaan bahagia dan gembira yang bercampur aduk.
'Sweetnya suami aku!!!' jeritnya dalam hati. Dahulu bukan main, kalau boleh mata pun tak nak lihat. Mungkin kerana Harith menjaga batasnya dengan yang bukan mahram. Mengingat bahawa suaminya itu menahan perasaan terlalu lama hanya untuk dirinya, membuatkan dia terharu.
Dia melihat telefonnya yang berbunyi. Ramai orang menghantar ucapan tahniah atas perkahwinannya. Ting! Sebuah mesej dari nombor tidak dikenali masuk.
Unknown
-Sampai hati awak kahwin dengan dia!
-Saya cintakan awakk!
-Tapi awak pilih dia daripada saya!
-Jangan menyesal kalau perkara buruk jadi nanti?!Mesej itu hanya dibaca dan dia memilih untuk memblok nombor tersebut. Qaiffa hanya beranggapan orang itu tersalah nombor. Dia membuka media sosialnya untuk memuat naik gambar dirinya yang telah berkahwin hari ini. Pada mulanya, dia ingin memuat naik gambar dirinya dan Harith, namun sekarang suaminya dah hensem! Tak boleh! Dia hanya memuat naik gambar dirinya serta gambar Harith yang sedang membelakangi kamera ketika melafazkan akad nikah. Siap!
"Buat apa tu?" Qaiffa memalingkan muka ke arah Harith yang baru sahaja keluar dari bilik air. Terdiam dia melihat tubuh suaminya yang mempunyai sixpack. Benarlah Harith yang dia kenal dahulu telah berubah menjadi seorang lelaki dewasa yang matang dan hensem. Suaminya hanya bertuala separas pinggang sahaja ketika itu. Tiba-tiba dia rasa nak buat kerja gila pula.
Harith yang perasan akan pandangan Qaiffa itu segera melarikan diri untuk memakai baju. Risau pula dia dengan renungan isterinya itu. Belum sempat memakai baju, Qaiffa telah berada dihadapannya. Wanita itu menyentuh sixpacknya kemudian naik pada bahagian dadanya. Dia cuba menegah perbuatan Qaiffa namun isterinya menolak dia hingga terduduk di atas katil. Takut pula dia dengan perbuatan isterinya sekarang.
'Umi tolong Harith!'
***
Air matanya tidak berhenti mengalir sejak tadi. Sakit? Teramat. Qairyn merenung dirinya di hadapan cermin. Apa kurangnya dia? Adakah dia tidak setanding dengan Firash? Setiap hari nama jejaka itu sentiasa di langit kan supaya menjadi takdirnya namun akhirnya jejaka itu dimiliki oleh wanita lain.
Doa-doa yang dia langitkan kalah dengan wanita yang bernama Hadrah. Kecewa yang dirasai amat dalam. Hari ini adalah hari yang bahagia buat kakaknya namun hari yang yang paling menyedihkan buat dirinya. Dia cuba untuk mengatur nafas supaya dapat menenangkan diri. Qairyn mengambil tempat di katilnya dan berbaring untuk tidur.
Migrain menyerang dirinya ketika itu. Nafas yang sesak juga cuba untuk dikawal. Rasa macam nak mati sahaja. Qairyn segera beristighfar supaya tidak terikut-ikut dengan emosi yang sedang hanyut dalam kesedihan. Dia masih lagi seorang muslimah dan dia tahu bunuh diri itu adalah haram baginya.
"Ya Allah... tenangkanlah hambaMu ini. Sesungguhnya kepada engkau aku memohon pertolongan...Ya Allah..." Dia berpusing-pusing di atas katil sehingga akhirnya dia lelah. Lelah melawan sakit. Lama kelamaan Qairyn tertidur bersama kepahitan yang dirasainya hari itu. Kakaknya bahagia dengan si suami sementara dia dilanda dugaan yang berat.
Maaflah kalau bab yang ni tak sesuai dan buatkan reader tak selesa ;)
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomanceCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...