Bab 3 ✓

81 27 3
                                    


Jam di dinding menunjukkan pukul 1 pagi. Lampu masih lagi menyala di bilik seseorang. Bertungkus lumus dia mengulang kaji pelajaran. Tangan Qaiffa terus menerus mencoret jalan kerja latihan matematik tambahan itu. Selain subjek itu, dia mampu untuk mendapatkan markah yang tinggi. Addmath adalah musuh abadinya sehingga sekarang.

Walaupun mereka masih lagi baru sahaja di tingkatan 4, dia tidak mahu membuang masa. Tingkatan 4 bukanlah honeymoon seperti yang diperkatakan kebanyakan orang. Di tahun inilah sepatutnya para pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk menguasai subjek tingkatan 4 sebelum memasuki tingkatan 5.

Pintu yang dibuka sedikit membuatkan dia menoleh. Kelihatan ibunya menjenguk ke dalam biliknya. Puan Leana sangka anak gadisnya ini lupa untuk mematikan lampu, rupanya masih lagi berjaga.

"Iffa tak tidur lagi?" Soal Puan Leana. Dia melihat beberapa kertas latihan yang berselerak di atas meja anak keduanya itu.

" Belum nak siapkan sikit lagi. Tak lama lagi nak exam."

"Ohh. Belajar boleh tapi jangan sampai waktu tidur terganggu. Nanti cepat sakit." Nasihat Puan Leana. Dia risau melihat sikap Qaiffa yang sama persis seperti ayahnya, Dato' Qaisar. Yang suaminya workaholic, yang anaknya pula studyholic mungkin.

"Sikit je ni lagi umi. Nanti Iffa tidur."

" Hm..baiklah. Jangan tak tidur pula." Pesan Puan Leana sebelum keluar dari bilik Qaiffa. Dia menghela nafasnya. Sungguh dia penat! Sekuat mana pun dia belajar, dia belum mampu untuk menguasai subjek yang satu ni.

Dia menutup lampu belajarnya dan merebahkan diri ke atas katil. Qaiffa melelapkan matanya dan beberapa ketika dia telah hanyut ke dalam alam mimpi.

****

Di sisi lain pula, seorang pelajar lelaki masih lagi melakukan latihan subjek sains. Dia melihat jam yang menunjukkan pukul 1.45 pagi. Awal lagi ni. Dia menyiapkan latihan-latihannya sebelum merehatkan kepalanya ke atas meja. Semuanya dilakukan demi biasiswa yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Jadi, dia dapat jimat perbelanjaan sedikit.

Selagi Harith mampu untuk menjaga pointernya dengan cemerlang, perbelanjaannya dan yuran ditanggung dengan biasiswa. Bukan murah semua itu. Seingatnya, peperiksaan yang akan datang ini akan menyusun kedudukan pelajar berdasarkan pointer yang mereka dapat.

"Kalau dapat tempat sepuluh terbaik, mesti dapat biasiswa lagi. Lagi tinggi, lagi bagus." Gumamnya sendirian. Mata Harith memerhatikan bulan dari tingkap biliknya. Bulat dan cerah. Bulan itu seperti seseorang yang menyinari kehidupan orang lain yang gelap dan suram. Seperti Qaiffa yang menyinari kehidupan seorang Harith yang sunyi ini walaupun hanya dari kejauhan.

Cantik dan bersinar namun sukar digapainya. Itulah ungkapan yang sesuai untuk situasinya sekarang. Dia hanya mampu melihat dan mengaguminya dari jarak jauh tanpa memikirkan cara untuk mendekati gadis tersebut.

"Apalah yang dia tengah buat sekarang?" Tangannya mencapai lakaran pagi tadi. Entah ke berapa kali dia melakar wajah yang sama tanpa rasa jemu. Cuma dia tidak terlalu taksub untuk memandang lakarannya itu.

Selesai lakar sahaja, pasti dia terus metutup buku lukisannya. Harith takut kalau dia menatap lama wajah yang dilakarnya itu akan menguatkan lagi perasaan yang telah terbuku di dada. Buku lukisan itu disimpan kembali.Dia kembali menyambung latihannya yang tertangguh tadi.

#Maaflah hambar hari ini:)

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now