Qaiffa terjaga dari tidurnya. Dia merasakan matanya basah dengan air mata. Tangannya menyentuh sesuatu di sebelahnya. Keras? Macam badan manusia. Tiba-tiba dia menoleh ke arah seseorang yang duduk memerhatikan dirinya. Pang! Satu tamparan diberikan kepada orang disebelahnya.
"Aduh... Adinda. Kenapa tampar muka saya?" tanya Harith sambil mengusap pipinya. Qaiffa bingung sambil memandang ke arah suaminya. Suaminya hidup lagi?! Lantas dia memeluk erat tubuh yang tegap itu. Harith yang melihat kelakuan Qaiffa itu membalas pelukan isterinya. Mesti mimpi buruk ni.
"Awak hidup lagi ke?" tanya Qaiffa.
"Ya sayang. Habis tu siapa depan awak ni?" Redup sahaja pandangannya memandang isterinya yang menangis. Comel pula tengok Qaiffa sekarang. Habis hidung dan matanya merah. Rasa nak gigit pula! Harith tertawa sendiri. Untunglah dapat isteri comel macam ni.
"Tadi saya mimpi awak tinggalkan saya ... Lepastu saya jaga anak-anak kita sorang-sorang.." adu Qaiffa. Harith mengusap belakang badan isterinya. Mesti Qaiffa teringat tentang kejadian 6 tahun lalu di mana dia hampir - hampir sahaja pergi menghadap Ilahi. Dia sangat bersyukur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas dan hidup bersama dengan kekasih hati.
Flashback
"Masa kematian 3.30 petang..." Tiba-tiba monitor vital pesakit itu menunjukkan perubahan vital. Doktor yang berada di situ segera menggunakan defiblirator untuk memberi sokongan kepada jantungnya dan alhamdulillah, dengan izin Allah SWT jantungnya kembali berdegup.
Setelah 2 minggu koma, matanya dibuka perlahan-lahan dan melihat wajah Qaiffa yang menatapnya. Satu nikmat baginya untuk melihat isterinya lagi. Qaiffa segera memanggil doktor untuk memeriksa keadaannya. Dia telah sedar sepenuhnya dan racun yang ada di dalam badannya telah semakin berkurangan. Tempoh penyembuhan Harith mengambil masa setahun. Dapat jugalah dia mengazankan dan mengiqamatkan anak kembarnya.
Sejak itu, Qaiffa begitu takut jika dia meninggalkan wanita itu keseorangan. Ke mana dia pergi, dia akan membawa isterinya juga. Kalau tidak, habis Qaiffa menangis sendirian. Nak memujuk pun susah.
End of Flashback
"Awaknya fikir apa?" tanya Qaiffa. Jauh pula suaminya termenung.
"Fikir nak tambah rezeki lagi ke tidak..." Tangannya diletakkan ke perut isterinya yang sedikit membuncit. Ada isi di dalam itu. Qaiffa berasa malu dan menampar bidang dada suaminya. Ish! Suka mengusik dia! Tetapi dia pun suka diusik!
"Kalau mimpi awak tadi, jadi realiti. Awak akan cari pengganti saya?"
"Tak. Takkan ada yang dapat menggantikan pemilik hati saya. Hati saya selamanya milik Kekanda Harith." kata Qaiffa sambil merebahkan diri ke sisi Harith. Tersenyum Harith mendengar kata-kata Qaiffa. Dah pandai dah isterinya ni! Dia mencubit sedikit pipi wanita itu. Ciuman dilabuhkan ke sisi kepala Qaiffa. Sudah menjadi tabiatnya untuk melakukan perkara tersebut.
***
"Kenapa tutup mata saya ni?" tanya Qaiffa. Hairan sungguh dia apabila Harith mengajaknya bercuti ke Venice. Anak kembar mereka ditinggalkan di rumah ibubapanya. Mereka berdua asyik berjalan sahaja tadi. Malam itu, Harith tiba-tiba mengajaknya untuk keluar lagi namun matanya harus ditutup.
Kakinya dapat merasakan permukaan yang halus dan lembut ketika berjalan. Pergi mana ni? Tiba-tiba Harith berhenti menolaknya. Dia tidak dapat merasakan ada sesiapa di sisinya. Matanya mula berkaca. Tersebik - sebik dia di situ kerana tiada langsung bunyi orang mahupun tapak kaki.
Ikatan kain tadi dibuka dari belakang. Daripada hendak menangis kerana sedih terus bertukar menjadi menangis kerana terharu. Dia memeluk Harith dengan erat. Tepat jam 12 malam bunga api mula menghiasi langit malam mereka. Harith meleraikan pelukan. Dia melutut ke bawah dan menunjukkan sebuah rantai mutiara yang sangat mahal harganya. Hampir sahaja mencecah ratusan ribu ringgit.
"I'm here to propose my wife to be the queen of my life. My wealth, my money, my love even myself are belong to you. So, Adinda Qaiffa... Do you want to be my queen for the entire life? " Qaiffa tersenyum dan mengangguk kepalanya. Dia di kelilingi kelopak bunga ros di pantai itu yang berbentuk hati. Dia dah kata, Harith ni sweet orangnya!
Harith memakaikan rantai mutiara itu ke leher Qaiffa. Kemudian, dia memusingkan tubuh isterinya untuk menghadapnya. Dahinya disatukan dengan dahi wanita kesayangannya. Tatapan penuh kasih sayang diberikan kepada Qaiffa.
"Saya bersyukur sebab Allah takdir Adinda untuk menjadi tulang rusuk saya. Saya cintakan awak kerana Allah SWT. Happy 5th anniversary, Adinda. Semoga perkahwinan kita kekal hingga akhir hayat kita." Harith memeluk erat Qaiffa. Dia sudah tahu isterinya mahu menangis. Dari gadis muda yang dia sukai dalam diam menjadi ibu kepada anak -anaknya. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik.
"I love you..." luah Qaiffa dengan malu-malu. Harith tersenyum sahaja mendengar luahan hati isterinya.
"I love you more and infinity."
"This is our secret love story. Takdir kau dan aku yang menjadi satu membentuk sebuah kisah yang penuh dengan kenangan manis dan pahit di antara kita berdua. Kenangan yang tidak akan sesekali dilupakan sampai bila-bila."
Tamat.
Terima kasih kepada yang sudi membaca karya saya! Jeng-jeng! Ada plot twist tau!! Saya teringin nak buat macam ni. HAHAHAHAH! Terima kasih sentiasa membaca karya saya yang satu ini. Maaf andai ada terguris hati pembaca yang membaca. Maaf juga jikalau ada kekurangan. Menulis ni hobi saya sahaja, jadi kalau macam ada cacat cela tu saya minta maaflah ya?
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomanceCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...