Bab 29 ✓

26 6 2
                                    


Jam tangan dilihat berkali-kali. Hari itu beria mengingatkan dirinya tentang fitting baju. Sekarang, batang hidung pun tidak kelihatan. Penat Qaiffa menunggu kedatangan Raef di luar butik perkahwinan itu. Telefonnya berdering menandakan panggilan masuk.

'Panjang umur!' Getus hatinya. Telefon ditekapkan pada telinga.

"Awak! Maaf, saya lupa nak beritahu hari ini saya ada meeting. Tak dapat nak pergi fitting baju." Berasap pula telinganya mendengar butir kata yang dikeluarkan oleh Raef.

"Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau macam tu, baik saya tak payah datang dari tadi."

"Awak tunggu saya dah lama ke? Maaf sangat-sangat tau! Tak apa, saya hantar kawan saya untuk teman awak. Saiz badan dia sama sahaja dengan saya." Kata Raef.

'Macam tu je? Eh mamat ni!' Mendidih hatinya.

"Okay." Panggilan ditamatkan. Takut nanti dirinya hilang sabar dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Qaiffa cuba untuk menyabarkan dirinya. Sekarang, nak tunggu kawan si Raef pula. Macam-macam dugaanlah !

Dia masuk ke dalam butik terlebih dahulu untuk mencuba pakaiannya. Tersenyum pemilik butik itu melihat kehadiran Qaiffa.

"Iffa!"

"Hadrah." Masing-masing berpelukan. Sudah lama mereka tidak bersua. Teruja Hadrah bertemu dengan Qaiffa. Dia menarik rakannya itu untuk mengambil baju yang telah ditempah. Baju pengantin itu cukup cantik untuk dilihat namun ada sesuatu yang lebih menarik untuk dilihat. Perut Hadrah yang semakin membesar. Qaiffa mengusap perut rakannya sedang mengandung itu.

"Dah kahwin?"

"Dah. Alhamdulillah." Kata Hadrah sambil tersenyum.

"Dengan siapa?"

"Dengan...."

"Assalamualaikum..." Mereka berpaling menghadap ke arah jejaka yang baru sahaja masuk ke dalam butik. Suasana tiba-tiba menjadi sunyi.

"Inilah suami saya." Qaiffa terdiam memandang jejaka yang turut memandang ke arahnya.

***

"Kenapa mengeluh daripada tadi?" Tegur Harith. Raef tersenyum memandang rakannya itu. Mereka baru sahaja selesai bermesyuarat.

Syarikatnya ingin berkolaborasi dengan syarikat Harith, jadi banyak perkara perlu diselesaikan. Sekejap lagi, dia perlu pergi melawat kawasan pembinaan pusat beli-belah yang akan dibangunkan.

"Sedih."

"Kenapa?"

"Tak dapat jumpa tunang aku." Harith menggelengkan kepala. Ingatkan apalah tadi.

"Nanti dah kahwin, kau jumpalah dia hari-hari." Kata Harith sambil tersenyum. Untunglah rakannya ini. Sudah mahu berkahwin. Dirinya yang sudah suku abad ini pun masih belum berpunya. Lebih tepat lagi, dia masih belum boleh melupakan seseorang.

"Harith. Bila kau nak ada peneman hidup?"

"Tak tahu lagi. Kenapa?" Tanya Harith.

"Saja. Sebab aku tak pernah nampak kau dengan sesiapa pun." Harith hanya tersenyum mendengar kata-kata Raef.

'Ada. Tapi aku tak pasti kalau takdir kami berdua akan bertaut.' Katanya di dalam hati.

Maaf sikit sahaja hari ini. Rasa macam bosan pula cerita ni kan?

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now