"Harith, kau rasa apa patut aku lukis sekejap lagi?" Tanya Firash. Mereka berdua berjalan seiring ke bilik seni. Kelihatan ramai pelajar sedang lepak di koridor kelas.
"Apa yang kau rasa cantik, kau lukislah." Balas Harith. Dia juga sedang memikirkan tema untuk lukisannya sebentar nanti.
"Banyak benda 'cantik' dekat dunia ni." Kata Firash sambil tersenyum ke arah beberapa orang pelajar perempuan yang memandang mereka, atau lebih tepat ke arah Firash. Harith menjeling rakannya. Dasar gatal ! Dia cungkil biji mata Firash nanti. Tapi dia tidak boleh menafikan fakta bahawa wajah Firash itu agak tampan untuk dilihat. Siapa sahaja tak suka dengan jejaka tampan?
"Mata tu jaga. Nanti aku cungkil, sia-sia je jadi buta." Kata Harith. Dia menutup mata rakannya dengan buku lukisan dan diheret jauh dari koridor itu.
"Ustaz Harith, salahkah saya nak melihat bidadari dunia?" Tanya Firash .
"Kau tahu dari mana diorang bidadari? Entah-entah, disebaliknya." Perli Harith. Miang betul kawan dia ni seorang. Nak kena mandi air zamzam ke macam mana ini?
"Eleh cakap macam kau tak ada suka sesiapa. Mesti ada, betul tak?" Tekaan Firash mengena. Namun, Harith mengawal reaksinya. Dia hanya mendiamkan diri dan membuat wajah selamba.
"Tak ada crush?" Kepala digeleng. Hatinya telah memberontak kerana jawapan yang diberikan berlawanan dengan faktanya.
" Tak." Yakin betul dia menjawab. Padahal hatinya telah berdegup kencang. Firash mengangkat bahunya. Mereka mendaki tangga untuk naik ke tingkat dua. Tiba-tiba, dua orang pelajar lelaki berlari menuruni tangga dengan tergesa-gesa dan melanggar bahu Harith. Habis berterabur barang seni miliknya.
Dia mencangkung dan mengutip semua barang seni itu. Firash juga turut membantu sahabatnya mengutip barang-barang yang telah jatuh. Tangan seseorang menghulurkan berus seninya yang telah jatuh tadi.
"Terima kasih." Ucap Harith.
"Sama-sama." No! Suara ni! Dia melihat kelibat Qaiffa yang melepasi selepas berus seni itu bertukar tangan. Dekatnya tadi ! Dia kaku di situ. Bahunya ditepuk beberapa kali oleh Firash untuk menyedarkan dia dari lamunan.
****
Tangannya ligat melukis pemandangan yang dilihatnya malam semalam. Bulan penuh. Dia mewarnai lukisannya dengan sempurna. Lukisan seninya haruslah dijaga dengan baik. Dia tidak sedar bahawa ada yang meniru lukisannya.
Otak Harith kembali mengingati peristiwa tadi. Malu dia dengan diri sendiri. Tangannya yang berhenti mewarna menyebabkan orang dibelakangnya juga turut terhenti pergerakannya.
'Haih.. kenapa asyik terserempak dengan kau ni?' Soalnya dalam hati. Dia melihat Firash yang sedang khusyuk melukis sesuatu. Tersenyum-senyum wajah rakannya. Apalah yang dilukiskan atas kertas kanvas itu.
Dia kembali menyambung mewarna lukisan sehingga selesai.Tangan Harith mengambil sebuah kain putih untuk menutup lukisannya sebelum meminta izin untuk pergi ke tandas. Seseorang memerhatikannya keluar dengan perasaan geram. Dia baru sahaja mewarna bahagian langit, Harith telah siap menutup lukisannya. Hatinya berdecit sebal.
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomanceCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...