Bab 35 ✓

26 6 0
                                    


Salam diberikan sebagai penutup solat istikharahnya. Dia masih belum mendapatkan jawapannya. Sungguh dia tidak tahu hendak melakukan apa lagi. Tangan ditadah memohon kepada Allah SWT petunjuk yang dia perlukan. Air matanya mengalir deras dan tidak mahu berhenti. Qaiffa ingin menghentikan masa sekarang. Dia tidak mahu hari lusa tiba, di mana dia bakal menjadi milik mutlak kepada seseorang yang tidak memiliki hatinya.

"Just only if you know...aku pun sukakan kau dulu." Esakan pecah. Dia menangis semahu-mahunya. Kekanda Harith. Satu nama yang membuatkan dia tidak keruan. He fall first without knowing she also fall slowly. Dia tahu perasaannya namun disebabkan mereka masih dia hanya lebih fokus kepada pelajaran dan dirinya. Itu bukan sahaja alasannya. Qaiffa takut dia akan ditolak oleh Harith, jadi perasaan itu disimpan rapi.

"Ya Allah....apa patut aku buat...." Dia keliru. Sakit hatinya seperti ditusuk pedang yang tajam.  Dia tak mahukan Raef, dia hanya mahukan Harith. Seketika itu, dia melihat ke arah telefon pintarnya yang memaparkan mesej daripada seseorang.

Raef
-Can't wait to see you tmr!
-Saya akan balik malam ni tau!
-Kita jumpa esok!

Semakin deras air matanya jatuh. Sakit kepala menyerang dirinya. Migraine. Dia membaringkan dirinya ke atas sejadah. Mulutnya bergerak berzikir agar dirinya dapat bertenang. Lama- kelamaan dia mulai tenang dan terlena. Saling mencintai namun mereka tidak mengetahui bahawa perasaan mereka saling berpaut antara satu sama lain.

***

Riuh keadaan di ruang tamu itu dengan ramai orang. Masing-masing sedang sibuk untuk menerima kedatangan pihak lelaki untuk datang bertandang ke rumah mereka. Wajah Dato' Qaisar begitu ceria hari ini, akhirnya salah seorang anaknya akan berkahwin. Tetamu yang hadir dilayani dengan cukup mesra. Begitu juga dengan Qadriz. Dia agak gembira kerana Qaiffa bakal mendirikan rumahtangga hari ini. Dia merasakan suasana di sekitarnya seperti dejavu.

'Aku rindu sangat dengan kau...' Bisiknya dalam hati.

Qairyn menjenguk ke dalam bilik kakaknya. Sangkanya Qaiffa telah bersiap namun sebaliknya. Dia melihat kakaknya tidur di atas katil dengan wajah yang sembab. Dia menggoyangkan badan Qaiffa untuk bangun dari tidur. Qaiffa membuka mata setelah beberapa kali badannya digoncangkan. Kepalanya berdenyut -denyut akibat menangis malam tadi. Itupun dia hanya bangun untuk solat subuh dan kembali melelapkan diri.

"Akak okay tak?" Dia hanya memberikan adiknya senyuman tipis sahaja. Tawar senyumannya. Dia berlalu pergi ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Qairyn berasa kasihan pula melihat keadaan kakanya yang begitu. Dia mengemaskan sedikit katil Qaiffa. Mindanya kembali teringat perjumpaannya dengan orang yang disukainya sejak dahulu semalam.

Sementara dia menunggu Qaiffa berbicara dengan Harith semalam, Qairyn hanya kekal berdiri di tempatnya. Figura seseorang yang berada ditepi dikerlingnya beberapa kali. Muhammad Firash Citra. Nama yang tersemat di dalam hatinya sejak zaman remajanya. Dia mula jatuh hati kepada Firash kerana jejaka itu pernah membantunya semasa dibuli dahulu. Perlahan-lahan dia berubah kerana melihat jejaka itu sama seperti Harith. Jaga solat.

Dia pernah mendengar jodoh itu cerminan diri. Menyukai jejaka itu dalam diam tanpa pernah mendekat itu sesuatu yang sukar. Namun, dia percaya kepada jalur langit. Sekarang mereka selalu bertemu walaupun Firash tidak perasan akan kehadirannya.

Jantungnya telah berdegup laju mendengar suara itu menyapa dirinya menanyakan perihal hubungannya dengan Qaiffa semalam. Baru dia ingin mengeluarkan sepatah perkataan, Harith telah datang dan mengheret Firash untuk pergi bersamanya. Wajah jejaka itu kelihatan sedih.

Dia tersedar daripada lamunan apabila pintu bilik air kakaknya dibuka. Qaiffa menuju ke wardrobe dan memakai baju kurung putih yang cukup elegan itu. Dia memerhatikan dirinya di hadapan cermin. Adakah dia benar-benar bersedia untuk menerima semua ini? Qairyn menepuk perlahan bahu kakaknya. Dia menarik Qaiffa untuk duduk dihadapan meja solek sebelum memanggil jurusolek untuk menyiapkan Qaiffa. Wajah muram kakaknya diperhatikan.

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now