Sedang orang lain sedang nyenyak tidur, masih ada seorang hamba Allah SWT yang khusyuk beribadah dan bersujud kepadaNya memohon keampunan."Aku mohon segala ampun di atas dosaku, Ya Allah. Ya Allah, ampunilah segala dosaku di masa silamku, sekarang mahupun masa depanku. Sesungguhnya, aku hambamu yang hina dan daif. Ya Allah, hapuskan perasaanku untuk dirinya jika dia tidak ditakdirkan untukku, aku takut Ya Allah, takut diriku akan alpa disebabkan perasaan suka yang kau berikan untukku kepadaNya. Sesungguhnya cinta yang agung itu adalah perasaan cinta hanya kepadaMu. Ya Allah, aku menyerahkan segala urusan kepadaMu. Aamiin ya Rabbal Alamin." Kedua tapak tangannya mengusap wajahnya.
Harith menekur di sejadahnya. Zikir dan tahmid tidak henti-henti disebut. Ingatlah hati yang tenang itu hanya dengan mengingati Allah. Sejujurnya, dia terganggu dengan mesej daripada Qaiffa. Sampai waktu berniaga tadi, dia terbayangkan wajah gadis itu. Sah! Dia dah angau.
Selepas dia telah bertenang, baru dia berhenti berzikir. Harith meletakkan semula sejadahnya di tempat penyangkut. Matanya sempat melihat jam. 3.40 pagi. Awal lagi ni.
"Tak payah tidurlah." Dia bangkit dan menuju ke meja belajarnya. Segala latihan matematik tambahan yang tergendala disebabkan 'gangguan' tadi. Tangannya ligat menulis jawapan latihan yang diberikan. Senang sahaja baginya untuk menjawab semua soalan itu.
***
Firash dan Harith berjalan beriringan ke sekolah. Firash memandang wajah Harith yang nampak sedikit penat. Ada lingkaran hitam di bawah mata namun dapat ditutupi oleh cermin mata yang dipakai oleh Harith.
"Kau tak tidur ke semalam?" Tanya Firash. Harith menggelengkan kepala. Dia sibuk menyiapkan latihan sehingga waktu subuh dan dia terus bersiap selepas solat subuh.
"Kau buat apa?"
"Tak ada apa-apa. Latihan addmath sahaja." Katanya. Firash mengangguk kepalanya. Mereka dapat para pelajar yang rata-ratanya datang ke sekolah menaiki kenderaan keluarga masing-masing.
"Harith. Nanti aku dah berjaya, aku nak beli kereta Lamborghini satu. Aku bawa kau naik sekali weh." Katanya sambil memandang kereta Lamborghini yang memarkir di kawasan hadapan sekolah. Dia melihat sepasang pelajar kembar keluar dari kenderaan berkualiti tinggi itu.
Mereka meneruskan langkah masuk ke dalam sekolah dan menuju ke kelas. Sepanjang koridor, mereka berjalan sambil sehingga pergerakan mereka dihentikan oleh seseorang.
"Harith."
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomanceCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...