Qaiffa menantikan kehadiran Harith di perpustakaan dengan penuh kesabaran. Sudah hampir 1 jam dia menunggu namun bayang pelajar lelaki itu langsung tidak kelihatan. Pelik. Selalunya, dirinya lah yang akan datang lambat. Jam dikerlingnya. Pukul 11.10. Waktu rehat akan tamat sebentar lagi.
Qaiffa bangun dari duduknya dan bergerak untuk pulang ke kelas. Tiba-tiba, dia disapa oleh bayangan seseorang yang sedang berlari di hadapannya. Firash! Dia segera menghalang jalan Firash. Kelihatan muka lelaki itu lebam pada bahagian mata. Bibirnya pula berdarah sedikit.
"Firash, mana Harith? Kenapa muka kau lebam ni? Apa dah ja...." Belum sempat dia bertanya, Firash hanya menghiraukannya dan pergi dalam keadaan yang gelisah. Qaiffa mengejar langkah Firash. Lelaki itu mengambil beg sekolah miliknya dan Harith. Sebelum sempat dia keluar dari kelas, Qaiffa muncul untuk menghalangnya sekali lagi.
"Kenapa ni?" Dia cuba untuk melepasi Qaiffa namun gadis itu berdegil. Firash yang mula hilang sabar meninggikan suaranya.
"Kau tepi boleh tak! Serabutlah aku tengok kau?!" Jerkah Firash. Qaiffa terdiam mendengar suara lelaki itu memarahinya. Firash mendengus sebelum beredar keluar dari kelas. Qaiffa hanya memandang pemergian lelaki itu. Dia tidak melihat Harith langsung pun kecuali sewaktu datang ke sekolah tadi.
"Iffa!" Dia menoleh ke arah rakannya yang menghampiri dirinya.
"Cuba kau tengok ni!" Video berdurasi 4 minit untuk dimainkan. Kelihatan sekumpulan pelajar lelaki membantai seorang pelajar lelaki di belakang blok akademik sekolah mereka. Kemudian, kelihatan seorang lagi pelajar lelaki cuba untuk menyelamatkan pelajar yang dipukul tadi. Sekejap....ini..bukan Harith kan? Berderau darahnya melihat keadaan Harith yang berdarah akibat dipukul.
Tak hairanlah dia melihat Firash begitu serabut tadi. Matanya menangkap seseorang yang hanya memerhatikan pergaduhan itu. Walaupun kabur tetapi dia masih lagi mampu mengecam wajah tersebut. Nadim! Dia tidak membantu namun hanya membiarkan sahaja. Kenapa....
"Iffa?"
"Bila kau dapat video ni? " Tanya Qaffa menahan rasa marah yang membuak-buak. Dia berterima kasih juga kepada yang menghebahkan video ini.
"Baru lagi." Dia segera beredar. Qaiffa perlu bersua empat mata dengan orang tersebut. Langkah kaki dilakukan dan menuju ke blok kelas tingkatan 5. Rakannya tadi mengikuti langkah Qaiffa.
***
Firash yang berada di luar bilik pembedahan berasa tidak tenang selagi dia tidak melihat keadaan Harith. Kalaulah dia ikut Harith ke tandas tadi mungkin ini semua tidak akan berlaku. Nasib baik ada guru yang lalu di belakang blok itu, kalau tidak mungkin rakannya tinggal masuk tanah sahaja.
Dia mundar-mandir sambil memikirkan kejadian tadi. Sejujurnya, Firash datang ke sana disebabkan ada orang yang memberitahu pelajar kelasnya bahawa ada yang bergaduh di sana. Jadi, dia hanya ingin melihat sahaja. Tup, tup apa yang Firash lihat adalah Harith yang telah berlumuran darah. Dia segera menghentikan kumpulan pelajar lelaki tadi dan ya, dia juga hampir dibantai.
Tiada sesiapa pun yang berani menolongnya kerana kumpulan pelajar tadi merupakan pelajar senior di sekolahnya. Namun, takkanlah ketua murid sendiri tak mahu membantu mereka? Atau ada sebab lain?
"Fir!" Bahunya ditepuk. Firash tersedar dan menoleh ke arah ayahnya. Dia memeluk Encik Fikri untuk menguatkan dirinya. Dia tak sanggup kehilangan Harith. Jejaka itu selalu bersamanya sejak kecil. Umpama mereka berdua berkongsi jiwa yang sama. Kalau hilang satu bahagian, musnahlah dirinya. Firash memandang ke arah jejaka bersut hitam yang disedari sejak tadi berada di belakang ayahnya.
"Siapa..."
Jeng!jeng!
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
Storie d'amoreCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...