Bab 44 ✓

21 5 0
                                    


Dato' Qaisar dan Puan Leana menatap dua orang bayi kembar yang sedang nyenyak tidur dari luar cermin kaca bilik pengasingan itu. Tersenyum kegembiraan mereka apabila telah mendapat dua cucu sekaligus. Setelah puas melihat cucu mereka, langkah kaki terus dibawa ke wad yang menempatkan Qaiffa. Pintu dibuka dan mereka dapat melihat anaknya yang sedang termenung ke luar jendela. Berat sungguh dugaan anak perempuannya ini.

"Iffa..." Panggil Puan Leana. Wanita itu terus memalingkan wajah menghadap ibunya. Dia hanya tersenyum nipis sahaja. Dato' Qaisar menatap wajah Qaiffa yang kelihatan tenang itu. Di luar sahaja bukan di dalam diri anaknya. Sudah hampir 2 minggu, Harith masih belum sedar. Tahap kesihatan jejaka itu turut membimbangkan.

"Ni ibu ada masak, Sup ayam lobak putih. Makan tau." Pesan Puan Leana. Dia hanya menganggukkan kepala sahaja. Fikiran Qaiffa dipenuhi dengan pelbagai kerisauan. Dia takut Harith akan meninggalkan bersendirian. Dato' Qaisar mengusap kepala anaknya yang larut dalam fikiran sendiri.

Pintu wad itu dibuka. Kelihatan Hadrah dan Firash masuk bersama bakul buah-buahan di tangan. Hadrah meletakkan bakul itu ke atas meja dan menyalami Puan Leana. Firash turut bersalaman dengan Dato' Qaisar sambil memangku anak lelakinya, Fiqrash Hazim. Comel sahaja bayi itu di mata Dato' Qaisar, jadi dia meminta untuk mendukung Fiqrash.

"Iffa...awak sihat tak hari ni? Maaflah saya datang lambat. Ni semua salah Firash sebab pergi pejabat dia tadi." Adu Hadrah. Dia menjeling manja ke arah suaminya sebelum mengambil tempat di bahagian kiri Qaiffa. Dia tahu bahawa wanita itu sangat memerlukan sokongan daripada orang sekitarnya kerana Qaiffa akan mengalami kemurungan.

"Hadrah. Saya okay je. Jangan risau, okay?" Lembut sahaja Qaiffa berkata. Dia tahu orang disekelilingnya sangat risau akan keadaan dirinya. Namun kerisauannya tentang Harith tidak pernah hilang langsung. Racun yang masuk ke dalam sistem saraf hampir sahaja membunuh suaminya. Malah apa yang dia tahu, kesihatan Harith semakin merosot. Dia tidak bersedia untuk melepaskan jejaka itu pergi.

"Nak pergi melawat Harith?"


***



Kehadiran doktor dan jururawat yang dalam keadaan yang cemas di wad Harith membuatkan langkah mereka terhenti. Apa yang terjadi? Jururawat sedang bertungkus-lumus menolak sebuah mesin masuk ke dalam wad suaminya. Qaiffa menyuruh Hadrah menolak kerusi rodanya untuk mendekati wad itu. Dia dapat melihat seorang doktor sedang berusaha menyelamatkan Harith. Firash menahan salah seorang jururawat untuk bertanyakan keadaan yang cemas itu.

"Kenapa ni nurse?"

"Pesakit baru sahaja mengalami serangan di bahagian jantung. There is possibility that he wouldn't make it. Encik ahli keluarga pesakit? Kalau macam tu, sila bersedia untuk sebarang kemungkinan." Bagai hendak tercabut jantung Qaiffa mendengar kata-kata jururawat itu. Dia menangis sambil memandang Harith yang sedang berjuang dalam koma.

"Sediakan defiblirator!" Arah doktor itu. Dia melihat tiada perubahan denyutan jantung Harith yang semakin menurun secara mendadak. Seorang jururawat menyerahkan defiblirator tadi dan pantas membuka cas voltan. Pad elektrod itu diletakkan pada dada Harith, satu dibahagian atas dada kanan dan satu lagi dibahagian kiri lebih rendah.

"100 volt!" Tiada perubahan.

"Naikkan voltan!!" Masih lagi tiada perubahan. Voltan dinaikkan sehingga 300 volt. Tiba-tiba monitor vital pesakit menunjukkan garis lurus sahaja dan mula berbunyi. Terhenti pergerakan doktor tadi. Dia memandang ke arah jururawat yang berada bertentangan dengannya. Jururawat menggelengkan kepala. Jam di dinding dilihat.

"Masa kematian... 3.30 petang." Doktor itu menundukkan wajahnya. Dia tidak berani bertentang mata dengan Qaiffa yang ditolak masuk oleh Hadrah mendekati Harith. Sejuk sahaja tangan suaminya. Air mata yang ditahan tumpah jua. Teresak-esak dia di situ sambil menggenggam tangan Harith. Harith telah pergi meninggalkannya. Selamanya. Firash turut mengalirkan air mata. Sahabatnya telah pergi menghadap Ilahi.

"Daichi..."

Mereka menoleh ke arah Puan Akira yang baru sahaja tiba. Tergamam wanita itu yang melihat wajah Harith. Dia menghampiri anaknya dan mengusap rambut Harith. Air mata jatuh mengalir. Puan Akira mengucup dahi anak lelakinya dengan perasaan sayu. Dato' Qaisar dan Puan Leana berasa sedih akan kehilangan menantu mereka walaupun tidak hampir setahun perkahwinan Qaiffa dan Harith. Suasana pilu menyelubungi wad itu.

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Surah Al Baqarah - ayat 156

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now