"Harith." Cikgu Nisa mendekati kedua anak muridnya. Wajahnya yang kelihatan gusar membuatkan Harith tertanya-tanya apa yang berlaku.
"Kamu dah dapat bukti untuk buktikan lukisan hari itu adalah milik kamu?" Ah! Harith terlupa tentang perkara tersebut. Bukti...dia tiada sebarang bukti untuk diberikan tetapi itu juga tidak bermaksud dia akan menyerah kalah. Cikgu Nisa yang melihat Harith mendiamkan diri mengeluh seketika.
Dia sangat risau tentang perkara tersebut. Sekiranya Harith dituduh meniru, dia mungkin akan mendapat penalti dalam rekod akademiknya. Biasiswa yang ditawarkan oleh pihak sekolah akan ditarik balik. Cikgu Nisa tahu mengenai kehidupan anak muridnya yang susah.
"Macam ni, cikgu akan cuba untuk pujuk Tiara supaya tak cakap apa-apa tentang kes peniruan tu dekat sesiapa. Termasuklah ayah dia. Ataupun kalau boleh, kamu cubalah usahakan sesuatu. Boleh, Harith?" Kata Cikgu Nisa. Kalau cerita ini sampai kepada bapa Tiara, tentu habis satu sekolah ini diamuknya.
"Baik, cikgu." Mereka meneruskan langkah ke kelas. Firash sudah mula membebel disebelahnya. Segala kutukan ditujukan kepada Tiara. Pintu kelas dibuka dan sudah pasti seisi kelas itu telah menjadi zoo negara secara tidak rasmi. Bising yang amat! Namun, keadaan itu telah menjadi lumrah kehidupan Harith dan Firash. Is kepalanya hanya penuh dengan persoalan bagaimana dia harus menyelesaikan masalahnya.
***
Kertas latihan addmath diletakkan ke atas meja Cikgu Lim. Dia sangka hanya dia seorang sahaja yang berada di sana, tiba-tiba suara seseorang menjengah pendengarannya.
"Kekanda Harith?" Statik tubuhnya saat mendengar suara merdu memanggil namanya. Harith memusingkan badannya perlahan-lahan untuk melihat gerangan yang memanggilnya walhal dia dapat mengagak siapa pemilik suara tadi.
Qaiffa memandang Harith dengan senyuman penuh makna di wajahnya. Harith membetulkan kaca matanya dan beredar meninggalkan gadis itu di situ. Dia sangka tidak akan mengejarnya namun disebaliknya. Dia dikejar! Langkah kakinya menjadi semakin laju sehingga namanya disebut kuat saat dia sedang menuruni tangga.
"Kekanda! Tunggu!" Laung Qaiffa. Dia dengan pantas mengejar langkah Harith dan menghalang pergerakan Harith. Harith melihat pandangan para pelajar yang berhampiran memandang ke arah mereka.
"Huish...kekanda siak dia panggil."
"Lovey Dovey couple lah tu." Membahang dirinya mendengar bisikan dua orang pelajar yang berjalan melepasi mereka. Dia cuba untuk bernafas dengan betul kerana sekarang dia merasakan dia sedang kekurangan oksigen ditambah dengan jantungnya yang rajin pula bekerja. Ish! Qaiffa ni pun panggillah dia Harith sahaja, tak perlulah menyebut nama hadapannya.
"Hello?" Tangan di gerakkan beberapa kali dihadapannya beberapa kali apabila Harith tidak memberikan sebarang respon. Dia mendengus dengan kuat.
"Hey!!" Geram pula dirinya apabila diabaikan seperti halimunan. Harith hanya menatap lantai sambil menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut Qaiffa. Tahulah dia pendek tapi takkanlah jejaka dia hadapannya ini pekak.
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomanceCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...