"Hai cik tunang saya!" Qaiffa tersenyum kelat memandang jejaka yang baru sahaja masuk ke dalam restorannya. Nasib baik keadaan restoran sudah lenggang. Dia mengeluh. Raef mendekati Qaiffa dan duduk di hadapannya. Sejambak bunga ros yang sempat dibeli diberikan kepada tunangnya."Nah!" Mahu atau tidak, Qaiffa terpaksa menerima bunga tersebut. Dia meletakkan jambangan bunga itu disampingnya. Raef tersenyum nipis memandang wanita yang bergelar tunangnya. Dia tertarik dengan Qaiffa semasa belajar di universiti dahulu. Tidak banyak bercakap, pendek kata introvert.
Tahu-tahu sahaja, rupanya wanita itu merupakan anak kepada kawan baik ayahnya, Dato' Qaisar. Sebaik sahaja tamat pengajian, terus dia menyatakan hasrat ingin berkahwin dengan Qaiffa kepada kedua orang tuanya. Nasibnya baik, pinangan diterima oleh keluarga wanita pujaannya.
"Cik tunang saya dah makan?"
"Dah."
"Kenapa nak jumpa?" Tanya Qaiffa.
"Adik, jumpa tunang sendiri pun salah ke?" Wanita itu mengeluh. Memanglah tak salah tapi dia tak suka! Rimas! Adakah jejaka di hadapannya ini buta sampai tidak dapat membaca riak wajahnya.
"Tak adalah." Balas Qaiffa. Malas nak hadap manusia hadapannya ini.
"Oh ye! Minggu depan, mama ada buat majlis makan-makan sikit. Nanti datang tau! Lepastu, minggu hadapan kita kena pergi fitting baju kahwin. Jangan lupa majlis kahwin kita bulan depan." Pesan Raef. Qaiffa mengangguk perlahan. Sejujurnya, dia sedang menanti keajaiban untuk muncul.
Mereka berdua telah bertunang selama setahun dan pernikahan mereka semakin hampir. Dia memandang kosong ke arah Raef yang sibuk berceloteh lagi tentang kehidupannya hari ini. Kosong. Itulah perasaannya kepada jejaka itu. Jika dia ditakdirkan untuk bersama dengan Raef, dia terima sahaja. Mungkin cinta akan tumbuh selepas berkahwin.
***
Daichi membersihkan diri selepas pulang dari pejabatnya. Fuh! Penat sungguh hari-hari menghadap komputernya. Belum ditambah dengan urusan perniagaan yang lain lagi. Dia duduk di birai katil sambil mengelap rambutnya yang basah. Dia melihat ada panggilan video daripada seseorang. Tersenyum nipis dia melihat nama si pemanggil.
"Yow! Harith!!" Jerit Firash. Dari dulu sampai sekarang, tak berubah langsung kawannya seorang ini. Adalah perubahan sedikit. Firash telah berjaya menjadi CEO untuk syarikatnya sendiri. Dah semakin kaya kawan baiknya itu. Syarikat penerbangan yang ditubuhkan dengan usaha Firash semakin maju. Ash Airlines. Diambil sempena nama Firash.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam Warahmatullahi wabarakatuh. Hah! Orang kaya IT!! Apa khabar? Tak nak balik sini ke?" Bertalu-talu pula kata-kata yang dilontarkan. Macam perempuan pula.
"In Sha Allah, minggu depan aku balik. Si Faiz kan ada ajak makan-makan kat rumah dia." Kata Harith. Daichi dan Harith adalah orang yang sama. Daichi itu hanya namanya semasa di Jepun sahaja. Di Malaysia, nama Harith itulah yang digunakan.
"Haahlah! Nasib baik kau ingatkan aku!"
"Kau memang asyik lupakan aku sahaja." Sampuk Raef yang baru sahaja menyertai panggilan video mereka. Perkenalan mereka bertiga sangat singkat, di mana Raef bertemu dengan Harith semasa jejaka itu pulang ke Malaysia sekejap dua tahun yang lalu. Dia hanya mengikuti Firash merangkap rakannya semasa di universiti dahulu.
Sikap Harith yang tidak sombong dengan sesiapa sahaja membuatkan dia ingin berteman dengan jejaka itu. Sekarang, lihatlah mereka bertiga menjadi teman akrab. Firash tergelak mendengar suara Raef.
"Kau hari-hari aku nampak. Si jejaka Jepun, dah lama tak balik sini. Asyik aku sahaja nak ke sana, payahlah."
"Ya, Fir. Nanti aku balik." Balas Harith.
"Ha, balik -balik! Mana tahu jumpa jodoh kat sini atau dekat sana ada yang dah lekat di hati?" Usik Raef. Tergelak mereka bertiga mendengar usikan itu.
"Tak adalah. Kau tu dah nak kahwin, jaga diri elok-elok." Harith pula mengingatkan rakannya itu. Antara mereka bertiga, Raef adalah orang seterusnya yang bakal menamatkan zaman bujangnya. Mungkin. Firash pula telah berkahwin 3 tahun yang lalu. Mereka terus berbual sehingga larut malam. Banyak sahaja topik yang dibincangkan.
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomanceCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...