Bab 41 ✓

21 6 0
                                    


8 bulan kemudian...

Qaiffa menantikan kepulangan Harith dengan sabar. Sudah hampir pukul 5 petang! Dia berjalan perlahan-lahan ke pintu rumahnya. Setiap hari dia akan menyambut kepulangan Harith. Terasa kehidupannya sangat bahagia kerana suaminya sangat sweet orangnya! Qairyn telah menyambung pelajaran ke Mesir 4 bulan lepas. Jadi dia keseorangan, kalau tidak pasti dia ada peneman.

Perutnya yang membulat diusap lembut. Hampir mencecah usia 7  bulan kandungannya sekarang. Hadrah telah melahirkan 2 bulan yang lalu. Comel sahaja anak kawan baiknya. Rasa nak gigit sahaja pipi tembam bayi itu. Tak lama lagi gilirannya pula. 2 bulan lagi.

Ding Dong! Loceng pintu rumahnya yang berbunyi membuatkan dia teruja. Terus pintu rumah itu dibuka, namun tiada sesiapa di situ. Qaiffa menoleh ke kiri dan kanan untuk memastikan ada orang atau tidak. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk seseorang dari belakang.

"Bah!" Terkejut dia apabila Harith berada di belakangnya. Bila masa jejaka itu masuk?! Dia memukul lengan suaminya akibat terkejut dengan sergahan Harith tadi.

Harith membawa Qaiffa masuk ke dalam rumah. Dia melabuhkan punggungnya di sofa dan ditarik isterinya itu untuk duduk disampingnya. Dia terus melutut ke bawah dan mendekatkan muka pada perut Qaiffa.

"Assalamualaikum anak Abi. Sihat tak?" Dia dapat merasakan tendangan pada pipinya. Anaknya memberi respon terhadap pertanyaannya. Terkekek dia sendirian di situ sambil memandang isterinya. Ciuman dilabuhkan pada dahi Qaiffa sebelum dia naik ke atas untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Itulah rutin mereka setiap hari. Setakat ini Qaiffa tidak mengidam apa-apa langsung. Itu yang membuatkan Harith agak senang hati. Kalau isterinya mengidam, dia akan cari serta-merta. Mencurah-curah air membasahi tubuhnya yang melekit akibat berpeluh.

Harith telah memilih untuk menetap di Malaysia. Jadi, dia akan berada di cawangan syarikat IT miliknya di sini. Dia akan memantau syarikat utamanya yang berada di Jepun setiap masa memandangkan dia tidak ada di sana lagi. Puan Akira telah pulang ke Jepun untuk membantunya menguruskan syarikat di sana. Nasib baik uminya memahami kemahuannya.

***

Raef memandang ke dua orang rakannya yang menunggu penjelasannya. Dia mengerling ke arah isterinya yang begitu asyik berborak dengan Qaiffa dan Hadrah. Jauh sedikit dari tempat mereka duduk. Isterinya memberikan isyarat dia ingin ke tandas. Raef hanya menganggukkan kepala. Firash mengangkat keningnya menandakan dia menunggu penjelasan rakannya. Raef menghilangkan diri begitu lama sehingga hari ini mereka mendapat panggilan daripada jejaka itu.

"Jadi, mana kau pergi selama ni?" Soal Firash memulakan perbualan. Dia dapat melihat situasi yang agak canggung di antara mereka bertiga. Harith pula lebih memilih untuk mengunci mulutnya daripada berkata-kata. Entah apalah yang bermain di benak fikiran kawannya itu.

"Aku pergi kahwin." Tersembur air yang diminum oleh Firash. Kahwin? Dia menoleh ke arah wanita yang sibuk berbual dengan isterinya dan Qaiffa sambil berjalan menuju ke tandas. Oh...jadi itu isteri Raef. Tersedak dia seketika sebelum Firash berdehem menutup malu.

"Maksud kau?"

"Sebenarnya, hari sebelum perkahwinan aku dengan Iffa....aku... kena tangkap basah. Aku tak tahu siapa yang perangkap aku. Dia masukkan sesuatu dalam minuman aku sampai aku tak sedar apa yang jadi. Tahu-tahu sahaja bilik yang aku duduk tu kena serbu dengan JAIS. Sebab tu aku nak batalkan perkahwinan aku. Jahatnya aku kalau pentingkan diri sendiri. Dah buat dosa takkan aku tak nak bertanggungjawab. Jadi, aku buat pilihan untuk kahwin dengan dia. Alhamdulillah, perancangan Allah SWT itu lebih baik. Isteri aku pun baik je orangnya. Mungkin ada hikmah aku tak jadi kahwin dengan Iffa."  Terang Raef panjang lebar. Dia melihat reaksi dua orang rakannya. Seorang terkejut, seorang lagi tiada reaksi.

"Habis tu, mama dan papa kau?" Harith akhirnya bersuara setelah mendiamkan diri sahaja.

"Mula-mula mama aku macam tak boleh terima. Papa aku sahaja yang terima. Lama-kelamaan dia macam boleh terima isteri aku. Lepastu hubungan mama aku dengan isteri aku pun semakin rapat. Sampai kadang-kadang aku disisihkan."

"Baguslah tu. Siapa nama isteri kau?" Tanya Firash pula.

"Nama dia...."

"Arghhh! Tolong!!" Mereka bertiga menoleh ke arah suara yang menjerit tadi. Terbuntang mata Firash apabila melihat Hadrah terbaring di atas peha isteri Raef. Terus dia berlari mendekati isterinya.

"Sayang!!" Luluh hatinya melihat keadaan Hadrah yang berlumuran darah akibat ditikam. Harith mencari-cari kelibat Qaiffa. Tiada. Firash mendukung isterinya untuk dibawa ke hospital. Raef cuba menenangkan isterinya yang begitu takut. Hanya Harith sahaja yang bingung kerana Qaiffa tiada di situ. Dia segera mendekati isteri Raef.

"Mana Qaiffa?"

"Dia...dia..." Menggigil tangannya memegang Raef. Dia meminta suaminya untuk menyalurkan kekuatan kepadanya.

"Dia apa?" Harith terdesak untuk mengetahui keberadaan isterinya. Sudahlah Qaiffa sedang mengandung.

"Dia kena culik."

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now