Bab 40 ✓

27 6 0
                                    

"Iffa!" Hadrah melepaskan genggaman Firash apabila melihat kawan baiknya sedang berjalan ke arahnya. Firash menatap tapak tangannya.

'Macam tu je dia lepaskan?' Gumamnya sendirian. Dia berjalan menghampiri Harith. Bahu dirangkulnya. Harith memandangnya dengan wajah yang bingung.

"Kau kenapa?"

"Isteri aku tinggalkan aku lepas nampak isteri kau. Aku sedih..." Kata Firash sambil memandang ke arah dua orang wanita yang sibuk bergelak ketawa sambil berjalan masuk ke dalam masjid. Harith menepuk bahu Firash.

"Sabarlah. Dia mengidam tu." Mereka berdua berjalan masuk ke dalam masjid di dibahagian lelaki. Tiba-tiba ketika mereka sedang merapatkan saf, Harith ditegur oleh imam masjid tersebut. Sudah lama imam itu tidak melihat jejaka itu ke masjid.

"Harith. Dah lama imam tak nampak kamu."

"Saya baru balik dari Jepun bulan lepas imam. Ni pun datang sebab baru ada kesempatan. Saya dah pindah rumah. Tak duduk dekat kawasan ni dah." Terang Harith. Kasihan pula Imam Hassan mencari-cari keberadaannya.

"Oh lah ye ke? Kalau macam tu, apa kata kamu yang azan hari ni?" Belum sempat dia menolak, Firash sudah bersuara bagi pihaknya.

"Boleh imam." Dia menjeling ke arah kawannya. Sibuk sahaja menyampuk. Harith mengambil tempat di bahagian mikrofon. Setelah masuknya waktu subuh, dia melaungkan azan subuh. Para wanita yang ada di bahagian tempat solat wanita terpegun mendengar laungan azan subuh. Pemilik suara yang melaungkan azan itu cukup merdu suaranya. Mereka mengambil tempat dan merapatkan saf bagi menunaikan solat subuh setelah habis azan dikumandangkan.

Solat subuh berjemaah dipimpin oleh imam itu. Setelah itu, doa dibacakan untuk seluruh jemaah yang hadir hari itu. Qaiffa mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana menjawab doanya yang selama ini dia doakan. Dia juga sangat bersyukur kerana berjodoh dengan Harith.

Begitu juga dengan Harith, dia berasa gembira dan bersyukur tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana memberikannya apa yang selama ini diminta. Menjadikan nama yang sentiasa dilangitkan sebagai peneman hidupnya. InshaAllah akan berkekalan sehingga ke akhir hayatnya.

Jam menunjukkan 6.45 dan para jemaah sudah mula beransur pulang. Harith dan Firash yang sedang memakai selipar ditegur oleh imam masjid tadi. Sejujurnya, dia mempunyai hajat besar yang ingin disampaikan.

"Harith." Imam Hasan memanggil namanya menyebabkan langkahnya terhenti untuk bergerak ke Qaiffa yang sedang menunggunya di bawah pokok. Wanita itu memerhatikan suaminya yang ditegur oleh imam masjid. Firash juga turut berada di samping Harith.

"Imam nak sampaikan hajat besar ni. Harap - harap Harith terimalah."

"Hajat apa tu imam?"

"Sebenarnya anak imam, Raudhah dah tersuka dekat Harith sejak kali pertama dia melihat Harith. Jadi, imam dan isteri imam berhajat nak menjadikan Harith menantu kami. Harith sudi tak?" Firash tercengang mendengar hajat imam Hassan itu. Harith dah kahwinlah! Dia melihat kawannya yang mendiamkan diri. Takkan Harith nak kahwin lagi kut! Baru sehari dia jadi suami orang!

"Sebelum saya menjawab soalan imam, izinkan saya memperkenalkan seseorang kepada imam." Kata Harith lalu dia memanggil Qaiffa untuk mendekatinya. Terlihat isterinya kebingungan namun mendekatinya jua. Begitu juga Hadrah yang mendekati Firash. Tersengih-sengih dia memandang suaminya yang membuat muka. Setelah Qaiffa berada disebelah Harith, dia lantas memperkenalkan isterinya kepada imam.

"Saya perkenalkan ini isteri saya, Adinda Qaiffa binti Muhammad Qaisar." Imam Hassan terkejut. Tak sangka jejaka itu telah mempunyai isteri. Fahamlah dia kenapa jejaka itu langsung mengenalkan wanita muda dihadapannya. Cantik. Sepadan dengan Harith. Dia juga tahu hajatnya ditolak halus oleh Harith. Imam Hassan hanya tersenyum dan mengangguk. Tidak mengapa.  Tak ada jodoh anak perempuannya dengan jejaka itu.

"Oh, cantik orangnya. Semoga perkahwinan kamu dirahmati Allah SWT Harith." Kata Imam Hassan sebelum dia berlalu mendekati dua orang wanita yang ternanti-nanti kehadirannya. Harith menggenggam erat tangan Qaiffa dan membawanya ke kereta mereka. Terpinga-pinga wanita itu dengan tindakan Harith.

"Kenapa tadi tu?"

"Saja kenalkan isteri saya. Hehehe."

***

Barang-barang meja ditolak sehingga jatuh. Cermin di hadapannya ditumbuk sehingga pecah. Qaiffa milik aku! Susah payah dia memerangkap Raef namun orang lain pula yang jadi ganti pada hari itu. Tak guna!

"Tak apa... kau boleh bahagia sekarang. Tapi aku akan pastikan korang berpisah juga nanti! Tak kisah hidup atau mati!" 'Dia' menatap gambar Qaiffa yang memenuhi ruangan bilik itu. Sungguh dia obses dengan wanita itu.

"Kenapa kau tipu aku!! Kau tak cintakan aku kan!!" Jeritnya sendirian. Gambar - gambar Qaiffa yang ditampal di dinding dikoyakkan yang dicampakkan ke dalam api. Darah yang menitis di tangannya dibiarkan sahaja.

"Qaiffa sayang....kau akan jadi milik aku. Lambat atau cepat. Aku akan pastikan itu yang terjadi."

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now