Pejam mata sahaja hari perkahwinan Qaiffa dan Raef tinggal 2 hari sahaja lagi. Begitu ramai saudara-mara yang berada di rumah Qaiffa sekarang untuk membantu menyiapkan persiapan dan dulang hantaran. Selalunya bakal pengantin pasti akan berasa gembira atau gemuruh apabila majlis perkahwinan semakin menghampiri namun tidak dengan dirinya. Qaiffa ingin membantu namun ditegah oleh mak cik-mak ciknya.
"Iffa duduk je diam-diam. Biar kami je yang siapkan semua ni." Itulah balasan yang diterima saat dia ingin menolong. Disebabkan perasaan bosan yang melandanya, dia memilih untuk keluar. Baru sahaja hendak memulakan enjin, tiba-tiba pintu di bahagian penumpang dibuka oleh seseorang. Qairyn.
"Ryn, kenapa masuk kereta kakak?"
"Nak ikut." Kereta dipandu keluar menyelusuri jalan raya. Masing-masing mendiamkan diri sehingga Qairyn menanyakan sesuatu kepada Qaiffa.
"Akak tak suka abang Raef?" Qaiffa mengelak untuk menjawab soalan itu. Dia hanya menyanyikan lagu mengikut siaran radio yang dimainkan. Lagu 'I Love You' nyanyian Najwa Latiff kedengaran di dalam kereta. Entah kenapa lagu itu sangat berkait dengan situasinya sekarang.
"Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,
Biar aku mencintaimu tanpa lelah ataupun jemu,
I'm sorry but I love you,
I'm sorry if I miss you,
Even if I can have you,
You know that I will always be there for you..."Radio ditutup setelah mereka tiba di pantai. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kawasan pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menampar perlahan wajah Qaiffa cukup menenangkan fikirannya.
Qairyn pula memerhatikan sekeliling sehingga dia terpandang figura seseorang. Jantungnya berdegup kencang saat melihat orang itu. Dalam diam, dia tersenyum. Tak sangka ke mana dia pergi, pasti kadangkala terserempak dengan jejaka itu. Qaiffa yang perasan adiknya memandang seseorang turut memalingkan wajahnya. Dua orang jejaka yang sedang makan aiskrim di tepi laut.
Dia mengambil langkah menghampiri mereka. Semakin hampir dia dengan orang itu, jantungnya semakin tidak keruan. Qairyn dibiarkan di sana seketika. Dia ingin berbicara empat mata dengan orang tersebut. Qaiffa telah berdiri di belakang figura yang sedang khusyuk memakan ais krim.
"Kekanda."
***
Masing-masing diam membisu. Harith yang termenung memandang ke arah laut yang luas pemandangannya ditilik oleh Qaiffa. Jejaka itu tidak memandang ke arahnya namun dia sudah terbiasa kerana semasa mereka berdua di sekolah menengah, Harith selalu berkelakuan begitu.
"Kekanda." Panggil Qaiffa. Dia dapat mendengar keluhan Harith sebelum jejaka itu menoleh sedikit ke arahnya. Sejujurnya saat Qaiffa memanggil dirinya, dia agak terkejut kerana tiada sesiapa yang memanggilnya dengan nama hadapan kecuali gadis itu. Dia dan Firash ke pantai untuk menenangkan fikiran namun terjumpa pula dengan gadis dihadapannya ini. Jodoh mungkin? Eh!
"Kenapa?"
"Kau marah aku?" Kepala digeleng menandakan tidak.
"Jadi kenapa...."
"Kau milik orang lain Qaiffa. Tak manis jumpa macam ni." Singkat sahaja balasannya namun kesannya sangat mendalam.
"Aku....dah nampak lakaran dalam buku lukisan kau." Terasa nadinya terhenti saat mendengar kata-kata Qaiffa. Tak hairanlah selama ini dia mencari keberadaan buku lukisannya namun tiada. Rupanya buku lukisannya telah jatuh ke tangan gadis ini rupanya.
"Kau... suka aku?" Soalan itu tidak dibalas. Qaiffa mengeluh. Susahlah kalau Harith tidak jujur dengannya sekarang. Dia ingin mendengar sendiri daripada mulut jejaka itu, kemudian dia akan belajar untuk move on perlahan-lahan.
"It doesn't matter now. Tak lama lagi kau akan jadi milik Raef."
"Kekanda, aku..."
"Tolong Qaiffa. Biarkan aku move on. Cinta aku tiada nilainya jika kita berdua tidak ditakdirkan bersama. Lagipun kau bukannya ada perasaan dengan aku." Katanya mendatar. Dia berasa sakit sangat. Untuk melupakan seseorang yang telah lama berada di dalam hati kita sangat sukar. Apatah lagi bila dia begitu menjaga bunganya sehingga tidak berani menyentuh walaupun sedikit.
"Aku balik dulu." Dia meninggalkan Qaiffa disitu dan mengheret Firash untuk pulang. Dia enggan untuk menatap gadis itu kerana dia pasti akan bertemu dengan Qaiffa dua hari lagi untuk majlis perkahwinan Raef dan Qaiffa.
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomanceCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...