Bab 30 ✓

30 6 0
                                    


Harith meregangkan otot-ototnya yang lelah bekerja sejak tadi. Senaman ringkas. Air mineral yang terletak elok di atas meja diminum perlahan. Hampir tersedak dia apabila pintu biliknya a dirempuh oleh seseorang.

"Harith!" Jerit Firash. Eh, tiba-tiba sahaja muncul kawannya ini. Nasib baik tak tersedak air, kalau tak dia dah boleh tempah bilik dekat hospital. Tanpa segan-silu, Firash melabuhkan punggung di hadapannya. Kawannya itu tersenyum - senyum sejak tadi. 

"Salam mana? Tiba-tiba je rempuh masuk. Kau tak kerja ke hari ini?"

"Hehehe. Aku kan bos." Tergeleng - geleng kepala Harith mendengar jawapan Firash. Dia kembali menyambung melakukan senaman. Namun, pergerakannya sekali lagi berhenti apabila perasan kawannya ralit memandang dirinya.

"Kenapa?" Tanya Harith. Pelik pula dia tengok Firash.

"Tak ada apa-apa. Saja je."

"Cakap betul-betul Muhammad Citra Firash bin Muhammad Fikri." Habis nama penuh disebut. Dia pasti ada sesuatu disebalik kelakuan Firash. Firash mengeluh. Dia risau kalau berita yang dia sampaikan ini akan membuatkan hati Harith remuk.

"Kau tahu siapa tunang Raef?"

"Manalah aku tahu. Aku tak sempat nak datang majlis pertunangan dia hari tu. Kenapa?"

"Aku cakap ni. Jangan sedih. Kau kena terima dengan hati yang terbuka. Jangan galau pula."

"Cakap je lah."

"Qaiffa." Jantung Harith seakan berhenti berdegup mendengar nama wanita itu disebut. Mungkin orang lain kut.

'Husnuzon, Harith.' Katanya di dalam hati.

"Qaiffa mana ni?"

"Adinda Qaiffa bin Muhammad Qaisar Irfan. Pujaan hati kau tu." Hatinya seakan dihiris-hiris mendengar kata-kata Firash. Ya Allah... dugaan apa ini? Nafas ditarik untuk menenangkan diri. Firash telah menduga reaksi Harith kan seperti itu. Namun, bukanlah lebih menyakitkan jika rakannya itu mengetahui hal tersebut sendiri dan lebih lambat.

"Oh." Itu sahaja balasannya. Dia tak tahu hendak memberi respon apa. Sudah pasti hatinya telah hancur berkecai mendengar si pujaan hati telah dimiliki oleh seseorang yang merupakan kawan baiknya sendiri. Dia cuba untuk bertenang dengan meneruskan senamannya yang tergendala.

"Kau... okay tak?" Harith tidak membalas. Dia hanya tersenyum nipis sahaja. Mungkin dia dan wanita itu tidak berjodoh. Terima sahajalah Qada' dan Qadarnya. Mungkin ada seseorang yang lebih baik untuknya di masa hadapan.

"Sabar je lah Harith. Ini ujian kau." Pujuk Firash. Dia hanya membisu mendengar kata-kata rakannya.

Firash tahu tentang perkara tersebut pun kerana dia pergi mengambil baju melayu untuk Raef di butik pengantin milik isterinya, Nurul Hadrah. Terkejut dia apabila mengetahui status Qaiffa sebagai tunang Raef. Kecilnya dunia.

"Tak apa. Tak ada jodoh."

***

Qaiffa termenung di dapur restorannya. Tak sangka Raef merupakan teman baik Firash. Paling tak disangka lagi, Firash merupakan suami Hadrah. Dia teringat akan perbualan mereka tadi.

Flashback

"Firash?"

"Qaiffa?" Hadrah memandang ke arah dua orang manusia yang kelihatan saling mengenali antara satu sama lain silih berganti.

"Abang kenal ke kawan Had?"

"Kenal." Sepatah sahaja dijawab.

"Sayang, tolong ambil baju kahwin Raef." Hadrah berlalu pergi ke belakang untuk mengambil baju kahwin tersebut. Sekarang, tinggal mereka berdua sahaja di situ. Tak sampai, 5 minit isterinya datang bersama dengan baju yang dimintanya dan Qaiffa.

"Iffa, ni awak punya." Firash melihat baju Raef yang sedondon dengan Qaiffa disebelahnya.

"Kau ...tunang Raef?" Qaiffa tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Terkedu dia apabila mengetahui hal tersebut.

"Haah. Bulan depan Iffa dah nak kahwin dengan kawan abang tu." Dah nak kahwin!? Tidak berkelip matanya saat mendengar kata-kata Hadrah. Harith.... Apa perasaan jejaka itu apabila mengetahui orang yang selama ini tersemat di hati, akhirnya akan bersatu dengan jejaka lain tak lama lagi. Bukan jejaka lain.... Dengan rakannya sendiri!

"Abang keluar dulu. Balik nanti kita jumpa eh? Bye, Assalamualaikum." Katanya sebelum keluar.

"Firash!" Dia berpaling dan melihat Qaiffa menghampirinya.

"Macam mana dengan Harith?"

"Kau sedar tak kau tunangan orang? Tak elok tanya pasal orang lain." Qaiffa mengemam bibirnya. Dia ....ingin tahu keadaan Harith sekarang.

"Tapi....." Percakapannya dicantas oleh Firash.

"He has his own life." Itu sahaja yang dibalas oleh jejaka itu sebelum memboloskan diri ke dalam kereta dan meninggalkannya di situ.

End of Flashback

"Cik Qai!!" Tersedar dia dari lamunan saat mendengar suara salah seorang pekerjanya memanggil namanya. Terbeliak matanya melihat makanan yang dimasak hangus. Terus dia mengangkat kuali tersebut dan diletakkan di bawah pancuran air singki. Fikiran Qaiffa terganggu. Dia bersandar pada singki tersebut sambil mengeluh. Mata Qaiffa menatap cincin tunang yang terletak elok di jari manisnya.

"What should I do?"

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now