Chapter 1 | ED

106 5 0
                                    

Eijaz meletakkan kereta Audi RS7 warna hitam miliknya di pouch sebelum bergegas menuju ke dalam banglo tiga tingkat yang tersergam indah itu. Kakinya laju melangkah menuju bilik bacaan papanya yang terletak di tingkat dua. Tiba- tiba saja papanya call tadi beritahu ada perkara penting yang ingin dibincangkan.

Eijaz mengetuk pintu bilik papanya sebelum membukanya.

"Assalamualaikum, papa" sapa Eijaz lalu segera masuk ke dalam.

Kelihatan papanya sedang duduk di sebuah sofa yang terletak di dalam bilik itu dan dihadapannya ada kelibat seseorang yang amat dikenalinya.

"Waalaikumsalam, duduk Eijaz" arah Datuk Marzuki.

Eijaz mengambil tempat duduk di sebelah Damia. Wajah wanita itu di jeling sekilas. Eijaz masih tertanya - tanya perkara penting apa yang ingin dibincangkan papanya bersama wanita ini. Wajah Damia jelas menunjukkan yang dia juga tidak tahu.

"Eijaz, kamu sedia maklum yang papa dah semakin tua dan mama kamu pun dah takde. Kamu lah satu-satunya anak yang papa ada" Datuk Marzuki memulakan bicara. Eijaz hanya mengangguk. Dadanya mula berdebar bila papanya berkata begitu.

"Dengan usia papa ni papa dah tak larat untuk uruskan syarikat Jaya Holding tu, jadi papa nak serahkan segala urusan syarikat kepada Eijaz. Selepas ni jawatan CEO akan dipegang oleh Eijaz dan papa akan membantu dari belakang tabir sahaja. Tapi sebelum papa serahkan syarikat ni pada kamu, papa nak kamu kahwin. Dan papa dah carikan calon isteri untuk Eijaz iaitu Damia" terang Datuk Marzuki panjang lebar.

Eijaz dan Damia terkejut dengan apa yang didengar mereka. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" Eijaz memandang Damia yang turut terkejut dengan ucapan Datuk Marzuki.

"Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lembut, pandai. Apa lagi yang kurang? Kamu nak isteri yang macam mana? Ke sebab Damia ni anak pembantu rumah sebab tu kamu tak suka?" soal Datuk Marzuki sambil memandang tepat ke wajah Eijaz.

"Eijaz boleh cari calon isteri Eijaz sendiri pa" Eijaz cuba merayu. Eijaz tak nafikan Damia memang seorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Tapi dia tak mencintai Damia. Dia ingin berkahwin dengan orang yang dicintainya.

"Kalau nak tunggu kamu yang cari memang sampai ke tua kamu tak kahwin. Umur kamu dah 27 tahun sekarang tapi seorang calon pun kamu tak pernah bawa jumpa papa. Lagi satu papa tak yakin kamu boleh cari calon isteri yang baik. Papa kenal sangat kawan-kawan perempuan kamu yang suka pakai baju tak cukup kain tu" kata Datuk Marzuki mendengus geram. Walaupun dia yakin yang anaknya itu tahu menjaga batas pergaulan tapi dia tak suka anaknya berkawan dengan perempuan seperti itu.

"Uncle, saya rasa betul apa yang Eijaz cakap tu. Eijaz boleh cari calon isteri sendiri dan Mia akan cari calon suami Mia sendiri. Mia tak bermaksud nak bangkang keputusan uncle tapi Eijaz pun ada hak untuk cari calon isteri sendiri. Mia tahu yang keluarga Mia dah banyak terhutang budi dengan uncle tapi untuk perkara ini Mia harap Uncle boleh pertimbangkan semula" Damia yang hanya mendiamkan diri dari tadi mula bersuara. Dia tidak selesa melihat dua beranak itu bertengkar. Dia rasa seperti dia punca Datuk Marzuki dan Eijaz bertikam lidah.

Datuk Marzuki hanya mengeluh mendengar kata-kata Damia. Dia juga rasa bersalah kerana libatkan Damia dalam perkara ini tanpa meminta pendapatnya. Datuk Marzuki memang teringin menjadikan Damia sebagai menantunya.Dia yakin Damia boleh mengubah perangai anaknya yang suka berfoya-foya di kelab malam.

Damia adalah anak pembantu rumahnya. Damia hidup seorang diri setelah pemergian ibunya manakala ayahnya telah meninggal sejak dia masih kecil lagi. Datuk Marzuki yang membawa Damia bersama ibunya ke rumah ini 20 tahun lalu ketika Damia masih berusia 4 tahun. Dia dah menganggap Damia seperti anaknya sendiri.

"Maafkan uncle Mia sebab tak minta pendapat kamu dulu. Uncle rasa Mia saja yang layak untuk jadi menantu uncle yang boleh ubah perangai Eijaz ni. Uncle harap Mia faham dan fikirkan semula permintaan uncle ni. Eijaz kamu kena beri papa keputusan dalam masa seminggu. Sama ada kahwin dengan Mia dan kamu akan mewarisi syarikat papa atau kamu cari calon sendiri tapi syarikat papa akan serahkan pada sepupu kamu, Faris" Datuk Marzuki memberi kata putus pada Eijaz.

Eijaz tergamam mendengar kata-kata Datuk Marzuki. Sanggup papanya melakukan keputusan ni semata-mata ingin dia berkahwin dengan Damia. Bukan papanya tak tau yang Faris merupakan rival nya sejak kecil. Eijaz yang tak berpuas hati segera keluar dari bilik itu. Damia yang tersepit dalam keadaan itu juga turut meminta diri.


Hello semua! Terima kasih kerana sudi membaca Damia untuk Eijaz
Enjoy your reading

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now