Chapter 18 | ED

42 1 0
                                    

Damia sedang mengemas pakaiannya kerana esok mereka akan pulang ke Malaysia. Eijaz pula sedang baring di atas katil sambil bermain telefonnya.

“Awak tak kemas pakaian awak ke?” Damia memandang Eijaz yang masih leka dengan telefonnya.

“Esok sempat lagi nak kemas. Barang aku bukan banyak pun. Lain la macam kau bawa barang macam nak pindah rumah” sempat lagi Eijaz memerli Damia.

“Suka hati la. Barang saya” Damia memalingkan wajahnya lalu menyambung mengemas barangnya.

“Damia” panggil Eijaz. Damia hanya buat tak tau.

“Damia” panggil Eijaz sekali lagi

“Apa?” balas Damia seakan annoying.

“Meh sini jap”

“Tak nak. Saya nak kemas baju”

“Damia sayang” Eijaz menekankan perkataan sayang tu.

“Eii jangan panggil sayang la. Geli”

“Kalau tak nak, meh datang sini cepat” Eijaz menepuk-nepuk katil menyuruh Damia datang.

Dengan langkah malas, Damia datang menghampiri Eijaz. “Nak apa?”

Eijaz menarik tangan Damia agar duduk disebelahnya. Dia menghulurkan bag plastic yang dibeli tadi.

“Apa ni?” soal Damia sambil menjongketkan keningnya.

“Buka la kalau nak tau”

Damia membuka plastik itu perlahan-lahan. Takut Eijaz nak kenakan dirinya.

“Awww comelnya” ucap Damia apabila melihat patung kura-kura itu. Damia tersengih sambil memegang patung itu.

“Suka tak?” soal Eijaz.

“Suka. Untuk saya ke?”

“Untuk kau la. Untuk siapa lagi”. Eijaz tersenyum melihat Damia yang happy seperti kanak-kanak dapat gula-gula.

“Mana la tau untuk awek awak. Kan awak cakap tadi awak beli untuk awek awak”

“Kau la awek aku merangkap isteri aku”

Damia hanya diam mendengar jawapan Eijaz. Dipeluknya patung itu dan dicium berkali-kali. Geram sebab comel sangat.

“Aku punya mana?” soal Eijaz sambil menadah tangannya ke Damia.

“Alamak, saya takde beli untuk awak. Sorry” Damia merapatkan kedua-dua tangannya memohon maaf.

“Kalau macam tu aku nak kiss. Sini cepat” Eijaz menunjukkan ke arah pipinya.

“Eww tak nak la”

“Bukan kena bayar pun. Aku dah belikan kau patung tu. Takkan kiss sikit pun tak boleh. Tadi bukan main lagi kau cium patung tu” Eijaz dah mula membebel.

Damia mula berkira-kira nak bagi kiss ke tak. Dia pun rasa bersalah sebab tak beli apa-apa untuk Eijaz. Damia memandang wajah Eijaz dan cupp!. Satu ciuman singgah di pipi Eijaz.

“Okay dah. Puas hati” Damia segera berlalu dari situ apabila terasa mukanya mula memerah.

Eijaz yang tergamam dengan ciuman Damia memegang pipinya. Niatnya hanya ingin bergurau tadi tak sangka pula Damia menciumnya betul-betul. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman.



TBC

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now