Chapter 34 | ED

47 2 0
                                    

"Mia tahan sikit ye. Kita nak sampai klinik dah ni" ucap Eijaz di dalam kereta. Tangannya erat menggenggam tangan Damia.

Damia yang masih dalam kesakitan mengangguk lemah.

Setelah sampai ke klinik, Eijaz terus mendukung Damia masuk ke dalam. Mata pesakit lain yang memandangnya tak hiraukan. Baginya sekarang Damia lebih penting.

"Luka Puan Damia tidak terlalu serius dan xray menunjukkan tiada sebarang keretakan pada tulang kaki" jelas doktor lelaki berbangsa India itu setelah memeriksa Damia.

Eijaz menarik nafas lega mendengar penjelasan doktor itu. Hatinya sudah tak keruan melihat Damia yang kesakitan.

"Saya akan bagi ubat sapu dan antibiotic untuk Puan Damia. Antibiotic tu perlu dihabiskan manakala ubat sapu tu gunakan sehingga luka dah betul-betul sembuh". Doktor itu menulis sesuatu di kertas sebelum diserahkan pada pembantunya.

"Baik. Terima kasih doktor. Jom Mia". Eijaz memapah Damia untuk membantunya berjalan.Terhincut-hincut dia berjalan sambil menahan kesakitan.

Setelah selesai mengambil ubat, Eijaz meletakkan Damia ditempat duduk penumpang dengan berhati-hati. Sepanjang perjalanan pulang, Eijaz tak henti-henti mengeluh. Menyesal dia kerana meninggalkan Damia untuk waktu yang lama.

Setelah sampai dirumah, Mak Siti segera menuju ke arah Eijaz dan Damia apabila melihat kaki Damia yang berbalut.

"Mia kenapa ni?" tanya Mak Siti dalam kerisauan.

"Takde apa Mak Siti. Kaki Mia cedera sikit" balas Damia yang masih dalam dukungan Eijaz.

"Ya Allah, macam mana boleh cedera ni?"

Belum sempat Damia menjawab, Eijaz dah menjawab bagi pihaknya.

"Salah saya Mak Siti" kata Eijaz sambil menundukkan kepalanya.

Damia Dan Mak Siti terdiam mendengar kata Eijaz.

"Kami naik dulu ye Mak Siti" pinta Eijaz.

"Ha ye la"

Perlahan-lahan Eijaz meletakkan Damia di atas katil. Kemudian Eijaz duduk dihadapan Damia di atas lantai. Dia menggenggam kedua-dua tangan Damia sambil menundukkan kepalanya. Damia hanya membiarkan perlakuan Eijaz. Tiba-tiba Damia rasa ada benda yang menitis di atas tangannnya.

"Abang menangis ke?" tanya Damia sambil cuba melihat wajah Eijaz yang masih tertunduk.

"Abang minta maaf. Abang tak patut tinggalkan Mia" ucap Eijaz dalam tangisnya.

Ini adalah kali kedua dia menangis kerana wanita. Pertama adalah ketika dia kehilangan ibu tercintanya. Kedua adalah ketika melihat Damia dalam kesakitan.

"Bukan salah abang la. Abang jangan la nangis"

"Memang salah abang. Abang tak sepatutnya bawa Mia pergi dinner tu. Kalau tak semua ni tak berlaku". Dia tahu yang Sarah turut hadir dalam majlis itu tapi dia tak menyangka Sarah akan bertindak seperti itu.

Damia melepaskan tangannya dari genggaman Eijaz dan memegang kedua-dua pipi Eijaz.

"Bukan salah abang. Mia tak pernah salahkan abang. Ni salah Sarah. Dia yang patut melutut minta maaf pada Mia bukan abang"

Eijaz masih lagi menundukkan kepalanya. Tak boleh digambarkan tadi perasaannya apabila melihat Damia dalam kesakitan. Sungguh hatinya sangat terluka.

"Abang jangan la nangis. Dah tak macho dah suami Mia. Kalau abang tak berhenti menangis Mia tak nak tidur dengan abang malam ni". Eijaz tergelak kecil mendengar 'ugutan' Damia itu.

Eijaz mengangkat mukanya lalu memandang Damia sambil tersenyum. Eijaz meletakkan dagunya di atas lutut Damia sambil memandang Damia. Damia pula yang malu apabila ditenung Eijaz seperti itu.

"Jangan la tenung Mia macam tu"

Eijaz hanya tergelak melihat Damia yang tersipu malu. Eijaz meraih semula kedua-dua tangan Damia dan mengucupnya.

"Lepas ni Mia jangan keluar sorang-sorang. Kena ada teman. Abang takut Sarah akan buat benda jahat lagi kat Mia". Eijaz mengelus lembut tangan Damia. Risau dia jika Sarah akan bertindak luar kawalan.

"Okay abang". Damia juga agak risau. Orang kalau dah cemburu sanggup buat apa saja.

"Mia mesti penat kan? Mia rehat la. Meh abang tolong tanggalkan tudung Mia"

"Abang, Mia cedera kat kaki la bukan kat tangan. Tangan Mia okay lagi"

"Takpe, biar abang buat"

Eijaz duduk di sebelah Damia dan dia menanggalkan satu persatu jarum yang disemat kemas di tudung Damia. Perlahan-lahan tudung itu ditanggalkan dan diletakkan dalam bakul kain. Semerbak haruman rambut Damia menusuk ke hidungnya. Walaupun setiap malam di mencium bau itu namun dia tak pernah jemu.

Adakalanya, tergugat juga imannya dengan haruman itu tapi disabarkan hatinya. Dia tidak mahu mengambil 'haknya' tanpa kerelaan Damia.

"Baju ni nak abang tolong tanggalkan juga ke?" usik Eijaz dengan senyuman nakal.

Tangan Damia pantas memukul lengan Eijaz. "Tak payah. Mia boleh buat sendiri"

Eijaz tergelak melihat reaksi Damia. Eijaz pantas bangun dan mendukung Damia menuju bilik mandi. Hampir terjerit Damia kerana terkejut dengan tindakan Eijaz.

"Mia boleh jalan sendiri la"

"Takpe biar abang tolong. Kaki Mia sakit lagi tu"

Eijaz menurunkan Damia apabila sampai di bilik mandi. Tuala bersama baju ganti dihulurkan pada Damia.

"Mia mandi dulu. Kalau Mia perlukan bantuan jangan lupa panggil abang" ucap Eijaz sambil mengenyitkan matanya.

Damia segera menutup pintu bilik air itu. Hampir saja pintu itu mengenai muka Eijaz.

Memang tak la dia nak minta tolong Eijaz.

Setelah Eijaz selesai mandi, dia melihat Damia sudah lena di atas katil. Perlahan-lahan Eijaz menuju ke almari untuk mengambil bajunya. Lampu utama ditutup sebelum dia melabuhkan badannya di sebelah Damia. Wajah Damia yang lena dalam samar-samar itu ditatap Eijaz dan sebuah kucupan singgah di dahi Damia.

"Good night sayang" ucap Eijaz sambil memeluk pinggang Damia.



Hello guys. Sorry sebab dah lama tak update 🙏 sebab saya ada hal keluarga minggu lepas. So enjoy this chapter 😘

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now