Tepat jam 12 tengah hari Damia siap memasak seperti yang di minta Eijaz. Damia meletakkan bekas makanan tersebut ke dalam paper bag.
"Mia dah siap ke?" soal Pak Samad apabila melihat Damia di muka pintu.
"Siap dah Pak Samad. Jom la kita gerak takut lambat pula sampai" Damia masuk ke dalam kereta dan Pak Samad menghidupkan enjin lalu kereta tersebut pergi meninggalkan perkarangan rumah.
Ringgg! Ringgg!
Telefon di office Eijaz berdering. Eijaz segera menekan butang intercom. Kedengaran suara Alia, setiausaha Eijaz dihujung talian.
"Maaf menganggu Encik Eijaz. Puan Damia sedang tunggu dekat luar"
Eijaz tersenyum apabila mendengar nama Damia. "Suruh dia masuk"
"Baik Encik Eijaz"
Tuk..tuk..tuk
Beberapa saat kemudian kedengaran pintu office diketuk dan muncul kelibat Damia disebalik pintu sambil menjinjit satu paper bag. Eijaz segera menuju ke arah Damia dan mengambil paper bag yang dibawa Damia.
"Sedapnya bau" Eijaz menghidu makanan yang dibawa Damia dan dia membawa makanan tersebut ke arah sofa.
Damia turut mengekori Eijaz ke sofa. Damia mengeluarkan bekas makanan tersebut lalu menghidangkan lauk dan nasi untuk Eijaz.
"Awak makan lah. Saya balik dulu" Damia bangun dan mengambil bagnya ingin berlalu pulang.
Eijaz segera menarik tangan Damia. "Eh takkan nak balik dah. Teman la aku makan. Bosan la makan sorang-sorang"
"Kawan office awak takde ke?"
"Takde" tipu Eijaz. Padahal dia tak nak Zaril kacau momen mereka berdua.
"Tapi Pak Samad tengah tunggu saya kat bawah"
"Takpe nanti aku bagitau dia. Kau dah makan ke belum?"
"Belum" balas Damia pendek. Mana sempat dia nak makan. Lepas siap masak tadi terus dia bergegas ke office Eijaz.
"Kalau macam tu jom la makan sekali. Nanti masuk angin pula perut kau tu kalau lewat makan" Eijaz menyedukkan nasi ke dalam pinggan dan dihulurkan pada Damia.
Damia pun turut duduk di sebelah Eijaz. Perutnya pun memang tengah lapar.
"Eijaz, jom lunch sekali" kedengaran suara Zaril di muka pintu.
Eijaz dan Damia yang sedang menjamu selera segera memandang ke arah pintu.
"Eh ada Damia la. Patut la kawan aku ni senyap je tak ajak aku lunch" Zaril tersengih memandang ke arah Damia.
"Kau ni masuk tak reti nak ketuk pintu dulu ke?" marah Eijaz. Kacau daun betul la mamat ni.
"Hehehe sorry bro. Perut aku lapar sangat tadi"
"Wah sedapnya bau. Damia ke yang masak ni?" Mata Zaril memandang lauk yang di bawa Damia.
"A ah saya yang masak. Meh la makan sekali saya masak lebih ni" pelawa Damia.
Belum sempat Zaril ingin mengambil tempat, Eijaz bersuara. "Tak payah. Ni Damia masak untuk aku je"
"Weh kedekut gila. Aku kan memang teringin nak makan siakap tiga rasa yang Damia masak. Sampai hati kau buat aku macam ni" Zaril berpura-pura sedih. Padahal tangannya dah mencapai senduk nasi.
"Takpe makan je Zaril. Eijaz pun tak larat nak habiskan semua lauk-lauk ni" Damia menyuakan lauk-lauk tersebut ke arah Zaril
Zaril tersengih ke arah Eijaz. Terasa bangga bila Damia back up dirinya. Eijaz memberikan jelingan maut pada Zaril. Zaril menelan air liur.
Alamak mampus aku kena belasah dengan Eijaz nanti. Tapi apa-apa pun kita makan dulu.
"Sedap betul la kau masak Damia. Berselera betul aku tadi" Zaril tak henti-henti memuji masakan Damia.
"Terima kasih" ucap Damia tersenyum sambil mengemas bekas-bekas makanan tadi.
"Patut la Eijaz cakap siakap tiga rasa kedai tu biasa-biasa jer rupanya memang ada yang lagi sedap"
"Maksud awak?" soal Damia kurang faham apa yang dikata Zaril.
"Tak, hari tu kitorang ada pergi makan dekat kedai baru buka tu. Lepas tu -" Belum sempat Zaril menghabiskan ayat, Eijaz segera menutup mulut Zaril. Takut rahsianya terbongkar.
"Takde apa la Damia. Tak penting pun" Eijaz berdalih. Tangannya masih lagi menekup mulut Zaril.
Damia mengecilkan matanya dan memandang Eijaz dengan curiga.
"Baik bagitau saya cepat. Kalau tak saya tak halal kan yang saya masak tadi" ugut Damia. Rasa ingin tahunya membuak-buak.
Perlahan-lahan Eijaz menarik tangannya dari mulut Zaril. Zaril tercungap-cungap mengambil nafas.
"Cerita dia macam ni Damia. Lepas siap makan tu aku cakap la siakap tiga rasa dia sedap tapi Eijaz kata biasa-biasa je sebab dia kata dia pernah rasa yang lebih sedap. Aku dapat agak mesti masakan kau yang dia kata sedap tu" Zaril menyambung semula ceritanya panjang lebar.
"Eleh hari tu kata masakan saya biasa jer" Damia menjeling Eijaz disebelahnya.
"Mana ada. Aku cakap luar biasa la. Kau yang salah dengar" Eijaz menahan perasaan malunya. Zaril sudah mula mengekek ketawa melihat riak wajah Eijaz.
Damia mencebikkan bibirnya mendengar jawapan Eijaz. Eleh malu la tu nak mengaku.
Sedang mereka rancak berborak. Tiba-tiba Sarah muncul di muka pintu.
TBC
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...