Selepas mereka selesai bersarapan, Damia membawa Eijaz berjalan di sekeliling kampung. Damia menunjukkan tempat-tempat yang biasa dia bermain ketika kecil dulu. Setelah penat berjalan, mereka duduk berehat di sebuah pangkin yang terletak di tepi parit.
"Tenang je kat kampung ni. Kalau kat KL tu bising dengan bunyi kenderaan" ucap Eijaz. Dia menghirup udara segar kampung itu berkali-kali.
"Kan? Sebab tu saya suka balik sini. Tenang je rasa. Tak stress macam duduk kat KL tu" balas Damia sambil melihat air parit yang mengalir perlahan.
"Awak ada kampung?" soal Damia.
Eijaz menggelengkan kepalanya. "Papa dan mama dua-dua orang bandar. Jadi aku tak pernah rasa suasana kampung".
"Kalau awak rindu suasana kampung, datang je la sini. Saya boleh bawa awak jalan-jalan lagi"
Eijaz tersenyum mendengar kata-kata Damia. Sudah pasti dia akan datang lagi ke sini terutama dengan Damia.
"Jom la balik. Nak tengah hari dah ni. Saya nak masak untuk makan tengah hari pula" ajak Damia.
"Tak payah la masak. Kita makan luar je eh?". Eijaz tak nak menyusahkan Damia. Lagipun Damia baru saja masak untuknya pagi tadi.
"Alaa tapi saya nak masakkan lauk kampung untuk awak. Alang-alang awak kat kampung ni dapat la rasa vibe-vibe kampung". Damia memandang Eijaz dengan muka kesian.
"Okay okay. Aku ikut kau". Eijaz hanya tersenyum melihat keletah Damia.
"Tapi kita singgah kedai runcit jap eh? Nak beli barang sikit"
Eijaz hanya mengangguk setuju. Nasib baik dia bawa sekali dompetnya ketika keluar tadi.
Eijaz dan Damia jalan beriringan memasuki kawasan rumah. Di tangan Eijaz terdapat dua bag plastik berisi barang basah yang dibeli Damia tadi. Kelihatan seorang lelaki sedang menunggu di hadapan rumah.
"Eh, abang Hadi buat apa kat sini?" tegur Damia pada lelaki itu.
Berdesing telinga Eijaz mendengar Damia memanggil lelaki itu dengan panggilan abang.
"Abang nak hantar lauk ni. Dari tadi abang bagi salam takde yang menyahut. Jadi abang tunggu la kat sini" ucap Hadi tersenyum sambil menunjukkan bekas yang berisi makanan.
"Abang Hadi ni susah-susah je. Mia baru je nak masak ni"
Eijaz melihat kemesraan Damia dan Hadi dengan perasaan cemburu.
"Eh tak susah la. Lagipun emak abang yang masak. Ni suami Mia ke?" tanya Hadi sambil tangannya diarahkan ke Eijaz.
"Eh lupa nak kenalkan. A ah ni suami Mia, Eijaz. Awak, ni abang Hadi"
Hadi menghulurkan tangan tanda perkenalan. Eijaz menyambut tangan itu dengan senyuman yang tak ikhlas. Eijaz memandang Hadi atas bawah dan membandingkan dengan dirinya. Handsome lagi aku.
"Err Mia, abang balik dulu la. Nanti emak abang cari pula". Hadi meminta izin untuk pulang apabila melihat Eijaz tak selesa dengan kehadirannya.
"Okay abang Hadi. Terima kasih untuk lauk ni"
Baru je mereka ingin masuk ke dalam rumah, kedengaran suara seseorang menegur.
"Amboi, kau ni Damia tak cukup dengan Hadi sorang. Ni laki mana pulak kau bawa balik ni? Ingat sikit ni kampung bukannya KL" tegur Mak Timah yang kebetulan lalu di hadapan rumah.
"Apa yang Mak Timah cakap ni? Mia tak faham". Damia mengerutkan dahinya mendengar kata-kata Mak Timah.
"Kau ni tak faham ke buat-buat tak faham?". Mak Timah memberikan senyuman sinis pada Damia dan Eijaz.
"Engkau kalau nak buat maksiat jangan buat kat kampung ni. Pergi cari hotel-hotel murah kat bandar tu. Maknya suka rampas laki orang, anaknya pula suka buat maksiat" sindir Mak Timah.
"Astargfirullah hal adzim. Apa yang Mak Timah cakap ni? Mia tak pernah buat maksiat. Lagi satu jangan buruk-burukkan arwah ibu Mia. Arwah ibu Mia tak rampas siapa-siapa"
"Engkau tak lahir lagi waktu tu. Apa kau tau? Mak dengan anak sama je. Dua-dua perempuan murahan"
"Woi mak cik. Mulut tu jaga sikit. Damia ni isteri aku dan aku suami dia yang sah. Mak cik kalau tak tau cerita jangan nak tuduh-tuduh". Eijaz mula naik angin apabila melihat Damia dituduh seperti itu.
"Kurang ajar kau ni kan? Mak bapak kau tak ajar hormat orang tua ke?" marah Mak Timah sambil bercekak pinggang.
"Mak ayah aku ajar untuk hormat orang yang tau hormat orang lain. Bukan orang yang kurang ajar macam mak cik" tengking Eijaz. Damia disebelah mengusap-usap lengan Eijaz untuk meredakan marahnya.
"Eh Damia, kau ajar sikit laki kau ni jangan nak kurang ajar sangat. Dia tu cuma orang luar je"
"Dah la mak cik. Mak cik balik la. Kubur dah panggil dah tu. Nanti tak sempat nak bertaubat pulak" sindir Eijaz.
Mak cik Timah mendengus geram dan berlalu meningggalkan rumah Damia.
"Dah jom masuk". Eijaz menarik tangan Damia sambil membawa barang yang dibeli tadi.
TBC
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...