Chapter 9 | ED

51 2 0
                                    

Damia menghidupkan komputer ribanya dan membuka aplikasi zoom. 10 minit kemudian kesemua ahli kelas bersama pensyarahnya telah memasuki classroom itu.

Damia merupakan seorang pelajar jurusan perakaunan secara online study. Sudah hampir tiga tahun dia mengikuti kelas itu tetapi masih ada berbaki tiga semester lagi yang perlu di habiskan. Maklum la belajar online ni tak sama seperti menghadiri kelas secara fizikal.

Good morning class” sapa seorang pensyarah wanita yang agak berusia.

Good morning madam” jawab seluruh ahli kelas.

“Oh ya baru saya teringat yang salah seorang pelajar kelas ni just got married last week right?” Mata Madam Aisyah melilau mencari kelibat Damia di skrin komputer.

Semua pelajar menunjukkan ke arah Damia. Ada menunjuk ke atas, ada yang menunjuk ke bawah dan ada yang menunjuk ke kanan melalui skrin komputer itu.

“Oh ya you kan Damia Khalisa? Selamat pengantin baru. Maaf saya tak dapat nak hadir kerana ada hal sikit waktu tu”

Thank you and it’s okay madam” balas Damia tersenyum. Rakan kelas yang lain pun turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada Damia tetapi hanya ada seorang sahaja pelajar yang menunjukkan reaksi kecewa dengan perkahwinan Damia.

Syahmi, are you not happy with Damia’s marriage?” soal Madam Aisyah apabila perasan akan riak wajah Syahmi.

Syahmi yang terkejut kerana Madam Aisyah perasan akan reaksinya segera membalas. “No madam. Saya hanya cemburu sebab tak dapat kahwin pada usia muda macam Damia”

Oh hahaha. It’s okay boy. You still got a lot of time ahead you. Okay we are done with this. Let’s continue our topic last week”

Damia hanya mengangguk tanpa menghiraukan apa yang dikatakan oleh Syahmi.

Setelah hampir setengah jam kelas berlangsung, tiba-tiba kelibat Eijaz muncul di belakang Damia.

“Kau buat apa tu?” tegur Eijaz. Mujur tak didengari oleh rakan kelasnya.

Rakan kelas Damia yang lain tergamam melihat Eijaz yang selamba muncul di skrin Damia.

“Eh awak, saya ada kelas ni. Jangan la kacau” Damia yang gelabah segera menolak Eijaz ke tepi. Eijaz yang baru perasan apa yang dilakukan Damia segera bergerak ke tempat yang tersembunyi dari pandangan kamera.

“Weh asal kau tak bagi tau yang kau tengah ada kelas?” soal Eijaz yang malu kerana telah interframe kelas isterinya.

“Saya dah bagi tau la tadi. Awak je yang tak dengar” bisik Damia agar tak didengari rakan kelasnya. Tangannya menunjukkan isyarat diam pada Eijaz kerana dia ingin fokus pada kelasnya. Eijaz pun terus merebahkan badannya di atas katil.

Sorry madam. That’s my husband” ucap Damia tersipu malu

Woah! What a handsome husband you got there Damia. Patut la you kahwin awal. Takut melepas nanti” seloroh Madam Aisyah. Rakan kelasnya yang lain turut bersorak. Damia hanya tersengih tak tahu nak respond apa.

Eijaz yang mendengar pujian itu tersenyum bangga ke arah Damia. Damia menunjukkan reaksi menyampah melihat senyuman itu.

Lima belas minit kemudian, kelas Damia pun berakhir lalu dia pun menutup komputer ribanya. Damia mengecilkan matanya dan memandang ke arah Eijaz yang masih lagi leka dengan telefonnya.

“Kenapa awak masuk kelas saya tadi? Malu saya tau tak?” soal Damia.

“Nak malu kenapa pulak? Aku ni suami kau bukannya kekasih gelap kau. Kau tak pernah bagitau pun yang kau masih belajar?” Eijaz meletakkan telefonnya ditepi dan memandang ke arah Damia.

“Awak tak pernah tanya pun” Damia mengemas buku-buku dan alat tulisnya.

“Owh nak kena aku tanya eh?”

“Ye la. Takkan tiba-tiba saya nak saya bagitau. Nanti awak ingat saya buang tabiat pulak”

Eijaz hanya tergelak mendengar jawapan Damia. Dia mengambil semula telefonnya dan menyambung game yang tergendala tadi.

“Awak ni tak kerja ke hari ni?” Pelik dia melihat Eijaz yang masih lagi bersantai-santai atas katil.

“Kau lupa ke yang papa bagi aku cuti kahwin dua minggu”

Damia yang baru teringat mengangguk-anggukkan kepalanya.



Macam mana chapter ni? Okay ke? Sorry kalau agak hambar

Terima kasih kerana membaca Damia untuk Eijaz

TBC

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now