Chapter 2 | ED

56 3 0
                                    

Eijaz memarkingkan keretanya lalu menuju ke pintu masuk club yang terkemuka di Kuala Lumpur itu. Bodyguard yang berada disitu memberikan tunduk hormat pada Eijaz kerana dia merupakan customer VIP club itu.

Eijaz menuju ke sebuah bilik private di tingkat atas kelab itu lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Eijaz mendengus kasar melepaskan kekusutannya.

“Kau kenapa ni Eijaz?” tegur Zaril kawan baik Eijaz

“Papa aku tu la. Dia suruh aku kahwin dengan si Damia tu kalau aku nak ambil alih syarikat papa aku tu. Serabut aku” Eijaz melepaskan tumbukan pada sofa yang didudukinya untuk melampiaskan marahnya. Tin coke yang terdapat disitu di buka dan diminum dengan rakus.

“Biar betul papa kau ni. Suka suka hati je dia nak tentukan jodoh kau. Kau tak slow talk ke dengan dia?”

“Aku dah cuba tapi dia still berkeras nak aku kahwin dengan Damia tu. Kalau tak, dia bagi syarikat tu kat Faris. Tu yang buat aku lagi sakit hati. Bukan papa aku tak tau yang aku dengan Faris tu tak sebulu” Eijaz memicit -micit dahinya. Stress dia dengan permintaan papanya itu.

“Ala kesiannya you Eijaz. Meh I tolong picitkan kepala you” Sarah yang hanya diam dari tadi mula bersuara. Dia merapatkan tubuhnya dengan Eijaz untuk memicit kepala Eijaz.

“Sarah, berapa kali aku nak bagitau aku tak suka kau sentuh aku” Eijaz segera menepis tangan Sarah di kepalanya.

“Ala you ni I nak tolong pun tak bagi. I kan dah kawan dengan you lama takkan la nak pegang sikit pun tak boleh. Kolot la you ni” Sarah mendengus geram. Sudah bertahun Sarah cuba mengambil hati Eijaz tapi Eijaz tak pernah sekali pun tertarik dengannya.

“Kolot tak kolot. Kalau aku cakap aku tak suka means aku tak suka”

Okay, chill guys. Jangan gaduh-gaduh” Zaril cuba menenangkan Eijaz dan Sarah. Zaril kenal sangat perangai Sarah ni. Apa yang dia nak dia akan berusaha dapatkan juga termasuklah hati Eijaz.

“Nah kau minum ni. Boleh hilangkan stress kau tu. Confirm lepas minum ni kau lupa masalah kau tu” Zaril menghulurkan secawan minuman keras pada Eijaz.

Bro, kau tak faham bahasa ke? Aku dah pernah bagitau kan yang aku takkan sentuh air haram tu. Kalau kau nak minum tu kau punya pasal jangan ajak aku sekali” Eijaz segera bangun dari tempat duduknya dan berlalu keluar dari club. Dia ingat bila berjumpa kawan-kawannya dia boleh hilangkan stress tapi makin bertambah stress adalah.

***********************************

Damia berdiri dihadapan sebuah bangunan sambil melihat maps di telefonnya. Menurut maps itu situ tempat yang dicarinya. Damia melangkah masuk ke dalam sebuah kafe yang terletak disitu dan mencari kelibat seseorang. Matanya tertacap pada seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna biru gelap yang duduk di sudut kafe yang agak tersembunyi. Kakinya terus melangkah menuju ke arah lelaki itu.

“Ada apa awak nak jumpa saya?” tanya Damia sambil mengambil tempat duduk di hadapan lelaki itu.

“Aku nak bincang pasal cadangan papa aku tu” kata Eijaz sambil menghirup Cappuccino yang masih panas.

“Awak nak bincang apa? Sekarang ni keputusan semua kat tangan awak”

“Aku nak kau pujuk papa supaya aku boleh ambil alih syarikat papa tanpa kahwin dengan kau” kata Eijaz dengan perlahan supaya tak didengari oleh orang lain.

“Saya tak rasa uncle akan termakan dengan pujukan saya”

“Papa kan sayangkan kau. Mesti dia akan dengar cakap kau kalau kau cuba pujuk dia. Ke kau yang tak nak sebab kau nak kahwin aku” kata Eijaz sambil memberi senyuman sinis pada Damia.

Siapa je tak nak kahwin dengan aku. Aku anak Datuk Marzuki yang mempunyai beberapa syarikat konglomerat kat Malaysia ni dan mempunyai paras rupa yang handsome. Berderet perempuan yang tergila-gilakan aku.  Eijaz memuji dirinya sendiri.

“Awak jangan nak perasan. Perempuan lain mungkin terhegeh-hegeh nak kahwin dengan awak tapi bukan saya sebab saya tau perangai awak tu macam mana” Damia menjeling Eijaz yang masih lagi tersenyum bangga dengan dirinya. Perasan betul mamat ni macam la handsome sangat. Tapi memang handsome pun cuma perangai je tak handsome.

“Dah-dah sekarang ni aku nak kau pujuk papa. Tak kisah la kau nak pujuk macam mana yang pasti aku nak papa ubah keputusan dia” Eijaz memberikan kata putus.

Damia tertekan dengan permintaan Eijaz. Dia tak tau nak pujuk Datuk Marzuki macam mana. Lebih-lebih lagi dia dah banyak terhutang budi dengan Datuk Marzuki. Dia jadi serba salah untuk menolak permintaan itu walaupun permintaan Datuk Marzuki itu melibatkan masa depannya.



Hello semua! Terima kasih kerana membaca Damia untuk Eijaz
Enjoy your reading

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now