Chapter 17 | ED

40 2 0
                                    

Lepas zohor Eijaz dan Damia berjalan-jalan di persisiran pantai. Terdapat juga beberapa pelancong lain yang sedang melakukan aktiviti masing-masing. Ada yang sedang berjalan seperti mereka, ada yang mandi-mandi, ada yang sedang bergambar.

“Kau tunggu sini jap” kata Eijaz tiba-tiba.

Kemudian Eijaz berlari ke arah seorang lelaki yang berada disitu. Setelah bercakap beberapa saat dengan lelaki itu, Eijaz kembali semula bersama lelaki tersebut. Damia hanya memandang dengan kehairanan. Eijaz berdiri di sebelah Damia sambil memeluk pinggang Damia dan lelaki tersebut bersedia untuk mengambil gambar mereka.

“Senyum sikit” bisik Eijaz pada Damia. Damia yang melihat lelaki tersebut bersedia untuk mengambil gambar segera tersenyum.

Okay 1..2..3” ucap lelaki tersebut.

Okay one more time. 1..2..3. Alright nice

Okay thank you” ucap Eijaz sambil mengambil semula telefonnnya.

No problem. Enjoy your honeymoon” balas lelaki tersebut sambil berlalu pergi.

“Awak, saya nak main air kat tepi pantai tu jap” ucap Damia. Eijaz masih lagi membelek gambar yang diambil tadi.

“Okay hati-hati. Aku tunggu kat kerusi tu” Eijaz menunjuk ke arah kerusi yang terletak tak berapa jauh dari situ.

Damia mengangguk lalu berlari anak ke arah tepi pantai. Eijaz duduk di kerusi yang di tunjuk tadi dan membelek gambar yang di ambil lelaki tadi. Sesekali dia tersenyum melihat gambarnya dan Damia. Lama dia melihat gambar itu. Sekejap dia zoom in, sekejap zoom out, lepas itu zoom in semula. Dah macam lagu Jessi Zoom In ~ Zoom Out~ Zoom In~ Zoom Out~. Eijaz membuka Instagram nya lalu mengupload gambar tersebut dengan caption ‘HONEYMOON ❤️'

Eijaz menyimpan semula telefonnya ke dalam kocek seluarnya. Dia memerhati Damia yang sedang bermain di tepi pantai. Dia tersenyum melihat Damia yang seperti bermain ‘kejar-kejar’ dengan air laut yang berombak kecil itu.

Tiba-tiba matanya terlihat beberapa orang lelaki sedang memerhatikan Damia sambil tersenyum-senyum di tepi pantai. Eijaz segera bangun dan pergi ke arah Damia.  Eijaz memegang tangan Damia dan memberikan jelingan maut pada lelaki tersebut. Lelaki tersebut segera beredar apabila melihat jelingan Eijaz.

“Kenapa?” tanya Damia. Dia melihat ke arah yang dipandang Eijaz.

“Takde apa. Kau jangan angkat tinggi sangat skirt kau tu” warning Eijaz. Tangannya masih lagi menggenggam tangan Damia.

“Alaa nanti basah la kalau tak angkat”

“Biarlah basah daripada lelaki-lelaki tu tengok aurat kau”

Damia tersentak dengan teguran Eijaz. Segera dia menurunkan skirtnya ke bawah. Dia tak perasan kehadiran lelaki-lelaki tadi.

“Dah jom jalan-jalan kat sana” Eijaz menarik tangan Damia agar mengikut langkahnya.

**************************

“Awak, cantikkan cenderahati ni? Kita beli untuk papa dan Mak Siti eh?” ucap Damia teruja sambil membelek cenderahati yang di jual disitu.

“Ikut kau la. Aku okay je”

Eijaz memandang semua cenderahati yang ada disitu. Tiada satu pun yang menarik minatnya untuk dibawa pulang. Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah patung comel yang berbentuk kura-kura. Dia tersenyum apabila teringatkan sikap Damia yang sering terhegeh-hegeh seperti kura-kura tersebut. Eijaz mengambil patung tersebut lalu membayarnya di kaunter.

“Awak beli apa?”tanya Damia apabila melihat Eijaz membawa bag plastic yang agak besar.

“Ada la” Eijaz berahsia. Dia cadang nak bagi kejutan untuk Damia.

“Eleh nak berahsia pulak. Beli untuk awek la tu” Damia mencebikkan bibirnya sambil cuba melihat apa yang dibeli Eijaz.

“A ah beli untuk awek aku. Kau dah siap beli ke belum?”

“Dah. Ni ha” Damia menayangkan bag plastic yang berisi cenderahati yang dibelinya.

“Okay dah jom kita pergi tempat lain pula”

**********************************

Sarah yang bosan sedang mengscroll instagramnya. Tiba-tiba dia terlihat posting Eijaz yang baru dipost 1 jam yang lalu. Mata Sarah membulat melihat posting itu lalu dia menghempaskan telefonnya di atas katil.

“Bencinya aku!!” jerit Sarah sambil memegang rambutnya.

“Kenapa Eijaz makin mesra pulak dengan minah tu?? Mesti minah tu dah guna-guna kan Eijaz. Aku kena cari cara macam mana nak pisahkan diorang. Eijaz tu hak aku!!” Sarah menjerit seperti orang gila.

Dia menggigit kukunya sambil memikirkan plannya. Kemudian matanya melihat ke arah perutnya. Tiga ke empat bulan lagi perutnya akan mula kelihatan jadi dia perlu pisahkan Eijaz dan Damia dengan cepat.




TBC

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now