Chapter 31 | ED

49 1 0
                                    

Telefon Damia berdering menandakan ada panggilan masuk. Damia yang baru keluar dari bilik air segera berlari mendapatkan telefonnya. Tertera nama Zaril di skin telefon.

"Assalamualaikum Zaril. Kenapa call saya ni?" tanya Damia kehairanan. Ada apa-apa yang berlaku pada Eijaz ke? Fikir Damia.

"Walaikumsalam Damia. Aku nak minta tolong sikit ni?" ucap Zaril di hujung talian.

Damia mengerutkan dahinya. "Tolong apa tu?"

"Boleh tak kau tengokkan Eijaz kat office tu? Rasa bersalah pula aku biarkan dia sorang-sorang kat office tu. Dari tengah hari lagi tadi dia tak makan sebab sibuk dengan kerja dia. Aku ada hal pula lepas habis kerja ni". Zaril rasa bersalah kerana dia lambat siapkan reportnya tadi. Akhirnya Eijaz terpaksa overtime untuk menyemak reportnya.

Damia menjelingkan matanya ke arah jam dinding. Jarum jam menunjukkan pukul 6.45 petang.

"Okay boleh. Lepas maghrib nanti saya pergi"

"Thanks tau Damia. Okay la aku kena gerak ni. Bye!"

Belum sempat Damia membalas, panggilan telah dimatikan. Nampak sangat ada hal penting yang harus uruskan.

Damia segera menapak turun ke dapur. Dia bercadang nak bawa sandwich untuk Eijaz sebagai alas perut. Nak bawa makanan berat takut mengganggu kerjanya pula nanti.

"Eh, Damia nak masak apa tu?" tegur Mak Siti yang sedang sibuk memasak untuk makan malam.

"Mia nak buat sandwich untuk Eijaz. Dia ada banyak kerja kat office tu. Mia nak temankan Eijaz kejap". Nasib baik masih ada lagi roti yang dibeli Pak Samad semalam.

"Jadi Mia nak makan tak malam ni?" tanya Mak Siti. Takut Damia tak nak makan nanti membazir pula dia masak lebih.

"Mak Siti simpankan sikit lauk untuk Mia dan Eijaz boleh? Balik nanti Mia panaskan"

"Boleh. Mia nak pergi dengan apa ni?" tanya Mak Siti lagi. Risau pula dia bila Damia nak keluar sorang malam-malam ni.

"Pak Samad ada kan? Mia nak minta dia tolong hantarkan" kata Damia sambil tangannya laju memotong timun untuk dijadikan hiasan dalam sandwichnya.

"Ada kat depan tu tadi. Mia pergi la tengok nanti". Mak Siti memuncungkan mulutnya ke arah ruang tamu.

"Okay Mak Siti"

**************************************

Setelah siap solat maghrib, Damia bersiap untuk pergi ke office Eijaz. Tidak lupa sandwich yang dibuat tadi.

"Damia dah siap ni Pak Samad" kata Damia pada Pak Samad yang sedang menunggu di tepi kereta.

"Kalau macam tu jom la kita bertolak"kataPak Samad lalu membukakan pintu kereta untuk Damia. Setelah itu dia bergegas ke tempat pemandu dan menghidupkan enjin kereta.

"Mia nak Pak Samad jemput pukul berapa nanti?" tanya Pak Samad apabila mereka telah sampai di office Eijaz.

"Takpe Pak Samad. Mia balik dengan Eijaz nanti"

"Baiklah. Pak Samad balik dulu ye"

"Okay Pak Samad. Terima kasih"

Pak Samad tersenyum mendengar kata Damia. Dah banyak kali di beritahu tak perlu diucapkan terima kasih. Itu memang dah jadi tugasnya tapi Damia tetap juga ingin berterima kasih.

Tuk! Tuk! Tuk!

Eijaz yang sedang kusyuk dengan tugasnya, tersentak mendengarkan ketukan dipintu.

Siapa pula ketuk bilik aku malam-malam ni?

Sedang dia tertanya-tanya, muncul wajah Damia disebalik pintu.

"Eh Mia. Mia buat apa kat sini?" Tersenyum lebar Eijaz melihat wajah Damia. Segera dia bangun dari kerusinya dan menuju ke arah Damia.

"Mia nak temankan abang. Abang banyak kerjakan hari ni? Ni Mia ada bawakan sandwich. Abang makan la dulu". Damia menayangkan paper bag berisi sandwich yang dibuatnya tadi.

"Zaril  ada call Mia ke tadi?" soal Eijaz.

Damia mengangguk.

Dia dah agak dah sebab Zaril rasa bersalah nak biarkan dia sorang-sorang tadi.

"Jom teman abang makan". Eijaz mengambil paper bag itu dan menarik tangan Damia ke arah sofa.

Eijaz menyuap sandwich itu dengan penuh berselera. Dia sememangnya lapar dari tadi tapi dibiarkan perutnya berbunyi kerana dia ingin menyiapkan kerjanya dengan cepat.

"Ada banyak lagi ke kerja abang?". Damia melihat Eijaz yang sedang makan. Kasihan pula dia melihat Eijaz seperti kelaparan.

"Ada sikit lagi. Damia takpe ke teman abang ni?". Walaupun dia suka dengan kehadiran Damia, dia tetap rasa bersalah apabila isterinya terpaksa datang malam-malam seperti ini.

"Takpe. Mia takde kelas pun esok"

"Abang makan la elok-elok". Damia menghulurkan sebotol air mineral apabila melihat Eijaz seperti tersedak.

Eijaz hanya tersengih lalu mengambil botol itu dan meneguknya. Terasa lega tekaknya apabila air itu lalu dikerongkongnya.

Setelah siap makan, Eijaz menyambung kembali kerjanya. Damia pula duduk menunggu di sofa sambil membaca majalah yang terdapat disitu. Sesekali mata Eijaz memandang Damia yang sedang kusyuk membelek majalah.

"Mia, meh kat abang jap" panggil Eijaz.

Damia mengangkat wajahnya apabila namanya dipanggil. Dia segera bangun dan menuju ke arah Eijaz.

"Kenapa?" tanya Damia apabila diberada di sebelah Eijaz.

Eijaz segera menarik tangan Damia dan Damia yang hilang keseimbangan terduduk diatas peha Eijaz. Tangan Eijaz melingkar di pinggang Damia dan mukanya dibenamkan di leher Damia.

"Eh abang kenapa ni?" soal Damia yang masih terkejut dengan tindakan Eijaz. Tangannya cuba meleraikan pelukan Eijaz.

"Please stay Mia. Abang nak recharge diri abang jap"

Pergerakan tangan Damia terhenti apabila mendengar kata-kata Eijaz. Akhirnya dibiarkan saja Eijaz memeluknya. Nasib baik la semua staff dah balik, kalau tidak malu dia kalau ada yang nampak.

Hampir sepuluh minit Eijaz dan Damia berkedudukan seperti itu, akhirnya Eijaz melepaskan pelukannya.

"Terima kasih sayang. Baru ada semangat nak sambung kerja" ucap Eijaz tersengih sambil menyambung kerjanya.

Damia yang dah kembali ke sofa, memandang Eijaz yang sedang fokus dengan kerjanya.

Pelik-pelik je Eijaz ni.



Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now