Chapter 41 | ED

17 2 0
                                    

Damia sedang fokus menyiapkan assignmentnya di meja kerja Eijaz. Dia perlu menghantar assignmentnya itu esok pagi. Kalau terlambat kemungkinan markahnya akan ditolak tambahan pula pensyarahnya itu seorang yang agak tegas.

Sedang jarinya laju menaip di papan kekunci laptopnya, terasa seperti ada seseorang memerhati gerak gerinya. Segera dia berpaling ke kanan dan kelihatan Eijaz sedang meniarap di atas katil sambil memandangnya dengan senyuman.

Damia menjongketkan keningnya. “Kenapa abang pandang Mia macam tu?”

“Saja. Suka tengok sayang fokus buat kerja. Comel” kata Eijaz sambil menongkatkan dagunya dengan tangan. Suka dia melihat ekspresi Damia yang ada kalanya mengerutkan dahi apabila dia tak faham dan ada kalanya memuncungkan bibirnya bila dia penat menaip.

“Apa yang comelnya? Mia tengah serious ni buat assignment”. Ada-ada saja suaminya ini nak memuji dia.

“Pada abang sayang comel walaupun tengah serious. Sayang tak nampak apa yang abang nampak. Kalau sayang nampak mesti sayang akan cakap ‘Oh my gosh! Comelnya Damia Khalisa ni’. “kata Eijaz sambil meletakkan tapak tangan di kedua-dua belah pipinya seperti budak kecil yang teruja melihat teddy bear. Badannya yang meniarap tadi ditegakkan tetapi matanya masih lagi memandang wajah cantik isterinya.

Damia tergelak kecil melihat telatah Eijaz itu. Hilang sedikit stressnya menghadap assignment itu. “Abang ni macam-macam la”

“Betul la abang cakap. Sayang tak nak percaya sudah. Hmpph!”. Muka dipalingkan sambil memeluk tubuhnya. Bibirnya dicebikkan seakan merajuk seperti budak kecil.

Damia yang melihat rajuk Eijaz itu menggaru kepalanya yang tak gatal. Dah la dia tengah sibuk buat assignmentnya ini, suaminya pula merajuk. Haih! Mana satu yang perlu diutamakan dulu ni?

“Okay-okay Mia percaya cakap abang”. Damia akhirnya mengalah. Dia tak mahu memanjangkan isu ini.

“Tipu!”. Hanya sebaris ayat yang keluar dari bibir Eijaz. Mukanya masih berpaling dari memandang Damia.

Matanya cuba curi-curi memandang Damia kalau-kalau Damia akan datang untuk memujuknya. Sengaja dia ingin menguji Damia.

“Abang tak nak percaya sudah. Hmmpph!”. Ayat itu dikembalikan semula pada Eijaz. Ingat dia sorang je boleh merajuk?

Damia menutup laptopnya dan berpura-pura ingin keluar dari bilik. Eijaz yang cuak melihat Damia ingin berlalu pergi, segera turun katil dan menghalang pintu bilik.

“Sayang, abang gurau je tadi. Abang percaya cakap sayang. Abang tak merajuk dah. Sayang jangan la merajuk. Abang sorry, okay?”. Tangannya menggenggam kemas jari jemari Damia. Niatnya ingin merajuk dengan Damia dibatalkan. Kalau Damia yang merajuk boleh haru jadinya.

Damia memandang mata Eijaz yang seakan merayu padanya itu. Dipandang pula tangannya dalam genggaman Eijaz. Senyumannya cuba ditahan. Kelakar pula dia melihat muka Eijaz yang seperti ingin menangis itu.

“Lepas” kata Damia perlahan. Tangannya cuba merungkaikan genggaman Eijaz. Sengaja dia ingin melihat reaksi Eijaz.

“Sayang, jangan la macam ni. Abang minta maaf. Abang percaya cakap sayang. Apa sayang cakap semua abang percaya. Kalau sayang cakap gajah boleh terbang pun abang percaya. Jangan la tinggalkan abang”. Genggaman tangannya dikuatkan lagi. Tak cukup dengan itu tubuh Damia dipeluk seperti tidak ingin dilepaskan. Mukanya dibenamkan dibahu Damia. Sungguh dia rasa seperti ingin menangis sekarang ini.

Akhirnya tawa Damia pecah. Tak mampu dia menahan tawa melihat perlakuan Eijaz. Bila masa pula dia cakap dia nak tinggalkan Eijaz?

“Abang, lepas la. Mia tak cukup nafas ni”. Damia cuba menolak tangan Eijaz dipinggangnya. Pelukan Eijaz itu begitu kuat sehingga menyukarkan dia untuk bernafas tapi semakin ditolak tangan itu semakin kuat tangan itu memeluknya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 19 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now