“Eijaz! Damia! Sini jap. Papa nak ada nak bagi sesuatu” laung Datuk Marzuki memanggil mereka berdua ke arah sofa di ruang tamu.
Eijaz dan Damia yang ingin naik ke atas setelah makan malam, berpatah semula ke ruang tamu apabila dipanggil Datuk Marzuki.
“Ada apa pa?” soal Eijaz lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Damia turut duduk di sebelah Eijaz.
“Ni hadiah perkahwinan kamu dari papa” Datuk Marzuki meletakkan dua keping tiket kapal terbang di atas meja.
“Untuk apa ni pa?” Eijaz memegang kedua dua tiket itu dan tertera destinasi penerbangan itu adalah Maldives.
“Ni untuk honeymoon kamu la. Nak dekat dua bulan dah kamu kahwin tapi tak pergi honeymoon lagi”
“Tapi Eijaz kan baru je masuk kerja pa. Hari tu kan dah cuti dua minggu?”
“Hari tu cuti lain. Ni cuti lain. Kamu tak perlu risau pasal kerja kamu tu. Papa akan urus yang tu. Papa ni tak sabar nak timang cucu”
Terbatuk-batuk Damia mendengar perkataan cucu. Angan-angan je la Datuk Marzuki nak timang cucu.
“Perlu ke pergi honeymoon? Kat rumah pun boleh buat cucu”. Damia segera memukul peha Eijaz apabila dia berkata begitu. Eijaz hanya buat muka tak bersalah.
“Hish kamu ni. Apa salahnya bawa isteri kamu jalan-jalan makan angin. Mesti Damia pun suka kan?” Datuk Marzuki menjongketkan keningnya.
Damia hanya tersengih. Memang menjadi impiannya untuk bercuti ke Maldive setelah melihat gambar-gambar pantai Maldive yang sangat cantik. Tapi apakan daya dia tak mempunyai duit yang mencukupi. Eijaz memandang Damia disebelahnya yang sedang tersengih.
Kalau suka cakap je la, malu-malu pulak.
“Bila flight ni pa?” soal Eijaz. Melihat Damia yang seperti teruja dia akhirnya bersetuju dengan rancangan Datuk Marzuki.
“Esok” balas Datuk Marzuki selamba.
“Hah? Cepatnya pa. Kenapa baru bagitau hari ni?” Eijaz mula panik kerana belum sedia apa-apa lagi.
“Saja nak bagi kejutan kat kamu berdua”
“Ni betul-betul terkejut ni pa”
“Alaa flight tu esok petang. Sempat lagi kamu nak packing barang malam ni”
Eijaz dan Damia bergegas naik ke atas untuk mengemas pakaian mereka. Kelam kabut jadinya apabila masing-masing mencari pakaian yang bersesuaian untuk dibawa bercuti.
“Eh jap. Kau ada passport tak? Kang tak pasal-pasal terkandas kat airport” Eijaz baru teringat akan hal itu.
“Ada. Saya pernah bercuti dengan kawan dulu dekat Singapura” balas Damia sambil sibuk mengemas barang-barangnya.
Eijaz hanya mengangguk dan dia melihat Damia masih lagi tersenyum sambil mengemas barang-barangnya.
“Kau suka Maldive ke?”
“Suka sangat. Saya dah lama teringin nak pergi tapi tak cukup duit. Saya pernah tengok gambar pantai-pantai dia. Serius cantik sangat. Tak sabar nak tengok depan-depan” jawab Damia dengan teruja.
Eijaz hanya tersenyum melihat keterujaan Damia. Macam budak kecil pula.
“Kau tau mana pasal Maldive?” soal Eijaz ingin tahu. Dia berminat ingin mengenali Damia dengan lebih dalam.
“Ada classmate saya dulu pernah bercuti dengan family dia dekat Maldive. Dia tunjuk la gambar-gambar dia waktu kat sana. Seronok je tengok dia bercuti dengan family dia. Saya sebenarnya cadang nak bawa arwah ibu pergi sana bila saya dah banyak duit nanti tapi tak ke sampaian”ucap Damia sambil menyeka air matanya.
Walaupun dah hampir setahun Damia kehilangan ibunya tapi dia masih tak boleh menahan air matanya apabila teringatkan ibunya.
Eijaz yang menyedari Damia sedang menangis segera pergi ke arah Damia.
“Jangan la nangis Damia. Allah lebih sayangkan arwah ibu. Takpe kali ni aku gantikan arwah ibu. Kat sana nanti kau cakap je kau nak pergi mana aku bawakan” ucap Eijaz sambil menggosok-gosok bahu Damia.
“Betul ni? Janji eh?” Damia yang sedang menangis tadi terus menjadi teruja.
“Ye janji” ucap Eijaz sambil melakukan pinky promise dengan Damia.
“Yeay!” sorak Damia lalu menyambung mengemas barang-barangnya.
Jangan lupa komen & vote guys 🥹
TBC
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomantikEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...