Eijaz mengangkat bagasinya dan Damia masuk ke dalam bonet kereta. Damia pula yang baru keluar sedang mengunci pintu rumah. Baru saja Damia ingin melangkah ke kereta, kedengaran motor Hadi memasuki kawasan rumah.
Mamat ni lagi. Bisik hati Eijaz
"Assalamualaikum. Damia nak balik dah ke?" tanya Hadi setelah memberhentikan motornya.
Nak balik la dah. Tak nampak ke bag dalam bonet ni. Buat-buat tanya pula, jawab Eijaz dalam hati.
"Waalaikumsalam. A'ah abang Hadi. Dah lama dah Mia duduk kat sini. Suami Mia datang ni pun sebab nak jemput Mia" jawab Damia tersenyum.
Eijaz hanya menjelingkan matanya melihat kemesraan Damia dan Hadi.
"Ni ada kuih sikit abang beli tadi. Boleh la buat bekal dalam perjalanan nanti". Hadi menghulur satu bungkus plastik yang berisi kuih karipap.
"Terima kasih abang Hadi. Suka sangat bagi Mia makanan". Bungkusan plastik itu diambil dari tangan Hadi.
"Ada rezeki lebih, abang kongsi la dengan Mia" kata Hadi tersenyum sambil melihat Damia yang memakai abaya berwarna ash blue itu
"Mia! Cepat sikit nanti lambat sampai pula" laung Eijaz dari dalam kereta.
Tersentak Damai dengan panggilan Eijaz. "Mia gerak dulu ye abang Hadi. Assalamualaikum"
"Walaikumsalam. Hati-hati Mia"
Hadi memandang kereta Eijaz yang perlahan-lahan meninggalkan kawasan rumah. Satu keluhan kecil dilepaskan. Niatnya untuk memperisterikan Damia terpaksa dilupakan apabila melihat Damia seperti bahagia dengan Eijaz.
"Kenapa muka awak masam je ni?" soal Damia. Sejak keluar dari kawasan rumah tadi Eijaz langsung tak bercakap dengannya. Pagi tadi bukan main happy lagi bila nak balik rumah.
"Kau dah lama kenal ke dengan Hadi tu?" tanya Eijaz. Pandangannya masih lagi tertumpu ke jalan raya.
"Sejak kecil lagi saya dah kenal abang Hadi. Dia la satu-satunya kawan yang saya ada kat kampung". Ingat lagi Damia di mana dia dan Hadi dimarahi ibunya kerana bermain air hujan.
"Budak lain takde yang nak kawan dengan kau ke?"
Damia menggelengkan kepalanya. "Mak Timah hasut budak-budak lain supaya jangan kawan dengan saya. Abang Hadi je yang sudi kawan dengan saya"
"Dah melampau orang tua ni. Kau masih budak lagi kot masa tu sampai nak hasut-hasut macam tu sekali. Kalau dia ada kacau kau lagi bagitahu aku. Biar aku ceramah dia kaw-kaw". Eijaz panas hati mendengar perkara yang dilakukan Mak Timah pada Damia.
"Aku nak tanya sikit ni. Kenapa kau panggil Hadi tu abang?" tanya Eijaz sambil menahan cemburunya.
"Sebab dia tua 4 tahun dari saya"
"Habis aku ni kau tak panggil abang pulak?"
"Awak lain, abang Hadi tu lain"
"Apa yang lainnya? Aku tua dari kau juga?"
Damia menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia tak tau nak cakap macam mana. Dia rasa janggal bila panggil Eijaz abang. Kalau Hadi dia dah menganggap seperti abang kandungnya sendiri.
Apabila melihat Damia diam tidak memberikan jawapan, Eijaz pun turut diam. Dia tak nak bertanya lagi takut jawapan Damia akan melukakan hatinya.
Kenapa aku cemburu sangat bila Damia panggil Hadi dengan panggilan abang? Aku dah mula cinta dia ke?
Tengah Eijaz Dan Damia melayan perasaan masing-masing, kedengaran lagu Jatuh dari Adam sedang berkumandang di radio. Damia yang mendengar lagu itu teringat kembali zaman Akademi Fantasia yang menjadi kegilaan anak remaja dulu.
Di manakah pemandangan terindah
Di dunia puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajah muTiba-tiba Eijaz turut menyanyikan part chorus lagu itu.
Oh kasih oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamuSerentak itu juga Eijaz memalingkan wajahnya ke arah Damia. Damia yang kekok di pandang Eijaz sebegitu segera memalingkan wajahnya. Suhu aircond yang dirasakan sejuk tadi terasa panas membahang.
"Damia" panggil Eijaz lembut.
"Hmmm" balas Damia yang masih lagi memandang ke arah kiri.
"Pandang la sini"
"Cakap je la apa yang awak nak cakap. Saya dengar"
"Aku lapar"
"Nah karipap yang abang Hadi bagi tadi". Damia meletakkan karipap tersebut di atas dashboard
"Tolong la suap. Aku tengah drive ni kang tak pasal-pasal terbabas pulak"
Tiba-tiba nak bermanja pulak dia ni. Tadi elok je drive sebelah tangan.
Damia mengambil karipap itu dan menyuakannya ke mulut Eijaz. Eijaz memegang tangan Damia dan menggigit karipap itu. Tersenyum puas dia dapat bermanja dengan Damia. Senyumannya tak lekang dari bibir sehingga mereka sampai di rumah.
TBC
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...