Damia sedang termenung di balkoni biliknya sambil melihat ke arah jalan raya yang disinari dengan lampu jalan. Rambutnya yang dilepaskan beralun ditiup angin malam. Dia pelik memikirkan sikap Eijaz yang semakin sweet sejak kebelakangan ni.
Mula-mula dia fikir mungkin Eijaz ingin menunjukkan pada public yang mereka ini pasangan bahagia tapi layanan Eijaz terhadapnya tetap sama walaupun bukan dihadapan public. Bukan dia tak perasan yang kadang kala Eijaz memanggilnya sayang.
“Mia menung apa tu?” tanya Eijaz yang tiba-tiba muncul di belakang Damia.
Tersentak Damia dengan kemunculan Eijaz. Soalan Eijaz tadi dibiarkan tak berjawab. Eijaz memeluk Damia dari belakang dan meletakkan dagunya di bahu Damia.
“Mia ada masalah ke?” soal Eijaz lagi apabila soalan pertamanya tidak dijawab. Risau juga dia sekiranya dia ada buat Damia terasa hati.
“Mia nak cakap sikit boleh?” tanya Damia dengan muka dipalingkan ke sisi bahunya dimana Eijaz meletakkan dagunya.
“Mia nak cakap pasal apa?” tanya Eijaz. Hatinya dah berdegup kencang risau sekiranya dia ada melukakan hati Damia.
Damia melepaskan pelukan Eijaz dan menarik Eijaz masuk ke dalam bilik. Damia duduk di birai katil dan diikuti oleh Eijaz. Damia menarik nafas sebelum memulakan bicaranya.
“Perkahwinan kita ni kan dah nak masuk 7 bulan jadi ada beberapa bulan lagi sebelum kita akan berpisah. Jadi dalam tempoh beberapa bulan ni boleh abang layan Mia macam biasa je? Macam waktu mula-mula kita kahwin dulu”. Damia menatap mata Eijaz yang seperti terkejut dengan permintaannya.
Dia bukannya apa. Dia takut sekiranya Eijaz terus melayannya dengan kata-kata yang manis, hatinya akan jatuh cinta. Dia tak mahu hatinya kekal menyimpan nama Eijaz setelah mereka berpisah nanti.
Eijaz tak dapat menyembunyikan perasaan terkejutnya dengan apa yang diucap Damia. Eijaz memegang kedua-dua tangan Damia dan merenung mata Damia yang masih memandangnya.
“Damia masih nak berpisah ke?”. Eijaz tak menyangka yang Damia masih ingat kata-katanya dulu. Sebenarnya Eijaz sayangkan perkahwinan ini walaupun pada mulanya dia terpaksa.
Keningnya dikerutkan. “Kan abang yang bagitahu kita akan berpisah selepas setahun?”
“Itu dulu Mia sebelum abang kahwin dengan Mia. Selepas kita dah kahwin dan abang dah kenal peribadi Mia, jujur abang cakap yang abang sayangkan perkahwinan ni. Abang tak nak berpisah. Abang nak hidup dengan Mia sampai bila-bila”. Eijaz menuturkan kata-kata itu dengan ikhlas. Matanya sudah mula merah apabila membayangkan dia akan berpisah dengan Damia.
Damia terkejut mendengar pengakuan Eijaz. Dia tak menyangka yang Eijaz sudah melupakan hasratnya untuk berpisah.
“Abang betul-betul ke ni tak nak berpisah?” tanya Damia untuk kepastian.
“Betul Mia. Sebenarnya abang…dah jatuh cinta dengan Mia. Setiap tutur kata Mia, senyuman Mia, ketawa Mia, marah Mia, rajuk Mia semua buat abang jatuh cinta”. Eijaz menggenggam erat tangan Damia.
Sudah lama dia ingin menyatakan perasaannya tapi dia tengah mencari masa yang sesuai. Dia tak nak terburu-buru. Takut cintanya ditolak. Tapi bila Damia telah bangkitkan isu berpisah, dia harus nyatakan perasaannya sebelum terlambat.
Damia terdiam mendengar pengakuan Eijaz. Eijaz cintakan dia? Maka terjawab lah semua persoalannya kenapa Eijaz berkelakuan pelik sejak akhir-akhir ni.
“Sejak bila abang cintakan Mia?”. Muka Eijaz yang tertunduk malu setelah menyatakan perasaannya tadi dipandang Damia.
"Abang tak pasti bila. Tapi abang mula rasa cemburu bila ada lelaki lain yang rapat dengan Mia. Perasaan abang ni dikuatkan lagi bila abang tak suka tengok Mia dengan Hadi. Lebih-lebih lagi bila Mia panggil Hadi abang". Damia tersenyum mendengar ucapan Eijaz. Patut la Eijaz suruh panggilnya dengan panggilan abang.
"Mia jangan bercerai dengan abang ya? Mia lupakan saja apa yang abang pernah kata dulu" rayu Eijaz. Sungguh dia tak mahu berpisah dengan Damia. Dia tak pernah mencintai mana-mana perempuan selain dari Damia.
Damia menghelakan nafasnya. Tak dinafikan selama Damia berkahwin dengan Eijaz, dia berasa selesa dan selamat ketika bersama dengan Eijaz. Tapi dia tak pasti dengan perasaannya sendiri. Adakah Eijaz orang yang dia ingin hidup bersama untuk selamanya?
"Mia tak tau la abang. Mia tak pasti dengan perasaan Mia sendiri. Pengakuan abang tadi betul-betul Mia tak sangka"
Eijaz mengeluh mendengar kata Damia. Dia faham yang dia harus beri Damia masa. Tapi dia bertekad untuk buat Damia jatuh cinta dengannya.
"Macam ni la Mia. Dalam tempoh beberapa bulan ni abang akan beri Mia masa untuk Mia fikir. Andai kata dalam tempoh tu Mia tak boleh teruskan dengan perkahwinan ni, abang rela... lepaskan Mia". Sungguh berat dia menuturkan perkataan itu. Tapi dia akan pastikan yang Damia tidak akan sesekali bercakap tentang perpisahan selepas ini.
Damia mengangguk setuju dengan rancangan Eijaz."Terima kasih abang"
"Anything for my wife" kata Eijaz lalu mencuit hidung Damia.
"Okay dah jom tidur. Abang dah mengantuk ni" kata Eijaz lalu menarik Damia ke atas katil.
"Eh jap, abang baring la dulu. Mia nak pakai losyen dulu jap". Tangan Damia yang dipegang Eijaz dilepaskan dan dia berlalu ke meja solek untuk mengambil losyennya.
"Meh abang tolong pakaikan untuk Mia" kata Eijaz cuba mengambil losyen itu dari tangan Damia.
"Eh takpe. Mia boleh pakai sendiri. Abang kata abang mengantuk tadi kan?". Losyen tadi ditarik jauh dari tangan Eijaz.
"Abang boleh tahan lagi ni. Bagi la abang pakaikan untuk Mia. Sesekali tolong isteri apa salahnya"
Damia akhirnya mengalah. Perlahan-lahan botol losyen itu di serahkan pada Eijaz. Eijaz tersenyum sambil membuka penutup losyen itu.
"Mia nak sapu kat mana?" tanya Eijaz sambil memicit losyen itu sedikit ke tapak tangannnya.
"Kat tangan dan kaki"
Eijaz menarik tangan Damia dan mengoleskan losyen itu ke lengan mulus Damia. Diratakan losyen itu keseluruh lengan hingga tangan. Setelah selesai kedua-dua lengannya, Eijaz bergerak ke kaki Damia pula. Terasa geli apabila tangan kasar Eijaz itu menyentuh tapak kakinya.
"Okay done". Eijaz menutup semula botol losyen itu dan diletakkan di meja tepi katil.
"Terima kasih abang". Sekali lagi Damia mengucapkan terima kasih.
"Sama-sama sayang. Dah jom tidur". Eijaz menutup lampu utama dan menarik Damia dalam pelukannya.
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...