Setelah selesai makan malam, Eijaz dan Damia masuk semula ke dalam bilik mereka. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam waktu tempatan. Damia melihat Eijaz yang baring di atas katil sambil memicit-micit kepalanya.
“Awak okay tak?” soal Damia apabila melihat Eijaz seperti menahan kesakitan.
“Tak tau la. Kepala aku tiba-tiba sakit. Waktu dinner tadi okay je” Eijaz masih lagi memicit-micit kepalanya sambil memejamkan matanya.
Damia menghampiri Eijaz dan meletakkan tangannya di dahi Eijaz.
“Eh badan awak panas la. Awak demam ni” Damia mula cemas apabila merasa suhu badan Eijaz yang panas.
“Alamak macam mana ni? Awak nak pergi klinik tak?”
“Tak payah la. Esok kebah la ni” Eijaz tak mahu susahkan Damia. Lagipun hari dah malam ni nak call teksi.
“Tapi badan awak panas sangat ni”
“Lepas makan ubat okay la ni. Kau tolong ambil Panadol dalam beg aku tu” Eijaz menunjukkan ke arah begnya di atas sofa kayu. Eijaz memang selalu bawa Panadol dengannya kerana dia sering sakit kepala.
Damia membuka beg Eijaz dan mengambil sepapan Panadol yang masih belum dibuka. Kemudian dia mengambil segelas air dan menghulurkannya pada Eijaz bersama Panadol tadi. Eijaz meneguk air tersebut setelah menelan sebiji Panadol. Eijaz berbaring semula dan Damia menyelimutkan badan Eijaz.
Damia mencapai satu tuala kecil dan mengisi air paip dalam sebuah bekas. Damia membasahkan tuala itu dan meletakkannya di atas dahi Eijaz.
“Awak dah solat isyak ke?” soal Damia sambil mengelap wajah dan leher Eijaz untuk menurunkan suhu badan Eijaz.
Eijaz mengangguk lemah. Dia dah siap solat isyak sebelum makan malam tadi.
“Awak tidur la. Saya nak solat isyak dulu”
Dalam pukul 3 pagi Eijaz terjaga dari tidur. Dia melihat ke kiri dan kelihatan Damia sedang tertidur sambil tersandar di kepala katil.
“Damia…Damia” kejut Eijaz sambil menepuk perlahan lengan Damia.
Damia bangun terpisat-pisat sambil menenyeh matanya.
“Eh awak dah okay ke? Awak nak air ke? Jap sambil ambilkan” Damia terkocoh-kocoh bangun dari tidurnya.
Eijaz segera memegang tangan Damia untuk menahannya daripada turun dari katil.
“Aku okay. Takpe kalau aku nak minum nanti aku ambil sendiri. Kau kenapa tidur macam ni? Tak sakit badan ke?” soal Eijaz risau.
“Saya jaga awak la. Awak kan tak sihat. Kot-kot awak nak muntah ke, nak minum air ke” balas Damia dalam keadaan matanya masih menahan mengantuk.
“Awak betul ke dah okay ni?” Damia meletakkan tangannya di dahi Eijaz untuk merasa suhu badan Eijaz. Terasa suhu badannya dah kembali normal.
“Ye betul. Dah la kau baring la tidur. Kesian pulak tengok kau tak cukup tidur” Eijaz menarik tangan Damia agar berbaring disebelahnya.
Damia hanya mengangguk. Lepas beberapa minit meletakkan kepalanya di bantal, Damia terus terlena. Eijaz menarik selimut menutup badan Damia.
"Terima kasih jaga aku malam tadi" bisik Eijaz di telinga Damia lalu dia memberikan satu ciuman di pipi Damia. Berbunga hatinya apabila Damia sanggup menjaganya waktu sakit.
***********************
Damia membuka matanya perlahan-lahan apabila terasa sinaran matahari menerangi bilik itu. Damia segera membuka matanya luas-luas apabila melihat hari sudah terang.
“Eh dah pukul berapa ni?” soal Damia cemas sambil cuba mencari telefonnya.
“Dah pukul 11.30 pagi” balas Eijaz yang sedang bersandar di kepala katil disebelahnya sambil bermain telefon.
“Kenapa awak tak kejut kan saya? Dah lewat ni” Nasib baik la dia sempat solat Subuh pagi tadi apabila dikejutkan Eijaz. Tu pun dah hujung-hujung waktu sebab dia mengantuk sangat.
“Saja biarkan kau tidur. Aku tau kau tak cukup tidur malam tadi”
“Tapi dah lewat ni nak pergi jalan-jalan” Damia memuncungkan bibirnya. Sedih kerana terlewat bangun.
“Takpe. Lepas zohor nanti kita keluar la. Kita ada tiga hari lagi kat sini. Jangan sedih-sedih eh” Eijaz menggosok-gosok kepala Damia seperti anak kecil.
Damia hanya menganggukkan kepalanya. Damia segera turun daripada katil untuk membersihkan dirinya.
“Aku ada beli makanan tu. Kau makan la dulu”
“Okay terima kasih. Awak dah makan ke?”
“Aku dah makan tadi”
Damia mengangguk lagi sekali dan berlalu masuk ke dalam bilik mandi.
TBC
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...