Chapter 23 | ED

44 1 0
                                    

“Mia sihat?” soal Hadi ketika mereka sedang berborak di warung makan di kampung itu.

“Alhamdulillah Mia sihat. Kerja abang Hadi okay?”

“Okay la. Biasa la kerja kampung. Kadang ada untung kadang takde. Tapi apa-apa pun abang bersyukur. Sekurang-kurangnya ada juga la duit poket nak berbelanja” balas Hadi sambil menyedut teh ais nya.

“Mia macam mana sekarang? Maaf la abang tak dapat datang waktu pengebumian ibu Mia hari tu”. Waktu itu dia sedang sibuk dengan final examnya. Dia dapat tau pun setelah emaknya call memberitahu.

“Takpe abang Hadi. Mia faham abang Hadi jauh kalau nak datang. Life Mia sama je macam dulu takde yang berbeza. Mia pun tengah sambung belajar lagi, ada beberapa semester lagi nak habis”

“Mia masih tinggal kat rumah Datuk tu ke?”. Hadi sudah sedia maklum yang arwah ibu Damia bekerja dengan Datuk Marzuki dan tinggal di rumah itu.

“A ah. Datuk Marzuki yang minta Mia tinggal kat situ sebab dia tahu yang Mia takde saudara mara yang lain. Sebenarnya Mia dah kahwin dengan anak Datuk Marzuki” ucap Damia. Dia tak nak berahsia dengan Hadi tentang perkahwinannya.

“Hah? Mia dah kahwin? Mia kahwin bila?” tanya Hadi terkejut. Terhenti minuman yang diminumnya. Teh ais yang diminumnya terasa perit di tekaknya.

Sudah sekian lama Hadi menyimpan perasaan terhadap Damia. Dia bercadang apabila kewangannya sudah kukuh dia ingin melamar Damia. Tidak sangka pula Damia dilamar orang lain terlebih dahulu.

“Ya abang Hadi. Nak dekat 5 bulan dah Mia kahwin. Maaf tak jemput abang Hadi hari tu. Mia kahwin pun sebab pesanan dari arwah ibu Mia yang suruh Datuk Marzuki untuk jaga Mia”. Rasa bersalah pula dia tak bagitau Hadi awal-awal.

“Mia cintakan suami Mia?” tanya Hadi berhati-hati. Sekiranya Damia tidak cintakan suaminya, dia masih ada peluang.

Damia terdiam mendengar soalan Hadi. Dia tak pasti dengan perasaannya sendiri. Tujuan dia pulang ke kampung untuk menenangkan diri adakah sebab dia cemburu dengan hubungan Eijaz dan Sarah?

“Mia tak pasti la tapi Mia selesa dengan dia”

Hadi hanya mengangguk mendengar jawapan Damia. Selepas itu mereka hanya diam melayan perasaan masing-masing.

****************************************

Eijaz mula rasa gelisah apabila Damia tak pulang setelah tiga hari di kampung. Selama tiga hari dikampung, Damia langsung tidak menghubungi Eijaz. Eijaz memandang sekeliling bilik tidurnya. Terasa sunyi bilik tidur yang luas itu tanpa Damia. Eijaz bertekad untuk mencari Damia di kampung esok.

************************************************

“Eijaz nak pergi mana tu? Tak masuk office ke hari ni?” tegur Datuk Marzuki apabila melihat Eijaz yang tergesa-gesa keluar dari rumah.

“Eijaz nak pergi kampung Damia. Risau pula dia sorang-sorang kat sana. Kerja kat office semua Eijaz dah settle kan”

“Ha ye la. Papa pun risau Damia sorang-sorang kat sana”

“Okay pa. Eijaz pergi dulu”

Eijaz menghidupkan enjin keretanya dan bergerak menuju kampung Damia. Pedal minyak ditekan dengan kuat agar cepat sampai.

Sejam setengah kemudian, dia sampai di kampung Damia. Dia cuba mencari rumah Damia seperti yang diberitahu Pak Samad. Eijaz memarkirkan keretanya setelah masuk ke perkarangan rumah Damia.

“Assalamualaikum”. Eijaz memberi salam sambil menjenguk ke arah pintu rumah.

Damia yang sedang berada di dapur, segera mencapai tudung dan berlari ke pintu apabila terdengar ada orang memberi salam.

“Waalaikumsalam”. Langkah Damia terhenti apabila melihat Eijaz di luar rumah.

“Awak buat apa kat sini?” tanya Damia sambil menyilangkan tangannya ke dada.

“Aku nak jemput kau balik”

“Saya tak nak balik”

“Okay kalau kau tak balik aku pun tak balik”

“Ikut awak la”

“Kau tak nak jemput aku masuk ke?” tanya Eijaz dengan riak muka sedih.

“Masuk la”. Kesian pula Damia melihat Eijaz yang kepenatan selepas memandu ke sini.

“Awak tidur sini. Bilik ni je yang ada. Saya tak sempat nak kemas bilik ni. Awak pun datang tak bagitau dulu”. Damia menunjukkan ke arah bilik yang akan diduduki Eijaz. Bilik itu hanya bersebelahan dengan biliknya.

Eijaz melihat ke arah dalam bilik itu. Kelihatan bilik itu agak berabuk kerana sudah lama tidak digunakan.

“Aku tidur dalam bilik kau je la”

“Bilik saya tu ada satu je katil. Takkan awak nak tidur atas lantai?”

“Kita tidur la sama-sama atas katil” Eijaz memberikan cadangan.

“Tak nak!” bantah Damia. Damia memalingkan mukanya sambil memeluk tubuhnya seperti budak kecil merajuk.

“Ala boleh la. Hari tu boleh je kita tidur sama-sama? Kalau aku tidur sini mau sesak nafas aku sedut habuk-habuk ni”

“Kalau tak nak, awak tidur kat ruang tamu tu”. Damia memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah ruang tamu.

Eijaz mengeluh memandang Damia yang berlalu pergi. Haih, tak habis merajuk lagi.



TBC

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now