"Kau nak pergi mana tu?” soal Eijaz apabila melihat Damia lengkap memakai tudung dan abaya serba hitam.
“Saya nak ziarah kubur arwah ibu jap” balas Damia sambil membetulkan tudungnya. Kemudian dia mengambil buku Yassin dalam almarinya.
“Kau tunggu jap. Aku ikut sekali. Alang-alang boleh ziarah kubur mama sekali” Eijaz bingkas bangun dan mencari pakaian yang sesuai.
Damia mengangguk. “Saya tunggu kat bawah eh”
************************
Eijaz memarkingkan keretanya di tempat letak kereta yang disediakan di tapak perkuburan itu. Masing-masing keluar sambil membawa buku Yassin.
“Assalamualaikum” Damia mengucapkan salam apabila tiba di kubur arwah ibunya.
Damia mencangkung disitu dan mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh disitu. Eijaz turut melakukan perkara yang sama. Batu nisan yang tertera nama ibunya diusap perlahan.
Ibu, Mia datang ni. Mia dah kahwin tau ibu dan ni suami Mia. Tercapai juga hasrat ibu nak Mia berkahwin tapi ibu takde waktu hari perkahwinan Mia. Mia rindu ibu.
Damia menyeka air matanya yang mengalir dipipi. Eijaz mengusap-ngusap bahu Damia untuk menenangkannya.
“Jom la kita sedekahkan bacaan Yassin untuk arwah ibu” ucap Eijaz lembut lalu membuka surah Yassin. Damia mengangguk dan mereka pun sama-sama membacakan surah Yassin.
Setelah selesai menziarah kubur ibu Damia, mereka berlalu pula ke kubur arwah mama Eijaz. Kubur arwah mama Eijaz juga terletak di tapak perkuburan yang sama. Eijaz dan Damia turut membersihkan kawasan kubur mama Eijaz dan membacakan surah Yassin.
Assalamualaikum mama. Anak mama datang ni. Sekarang Eijaz dah kahwin dengan Damia. Dulu mama suka matching kan Eijaz dengan Damia dan akhirnya Damia betul-betul jadi isteri Eijaz. Eijaz hanya tersenyum apabila teringatkan kenangan itu.
Setelah hampir sejam mereka berada disitu, Eijaz dan Damia bersiap untuk pulang.
“Kau ada nak pergi mana-mana tak?” soal Eijaz setelah menghidupkan enjin kereta.
“Ermm saya nak singgah pasar raya jap boleh? Nak beli barang”
“Okay” Eijaz terus memandu menuju ke arah pasar raya yang berhampiran.
“Kau nak beli apa?” Mereka berdua melangkah masuk ke dalam pasar raya. Eijaz menolak troli mengikut langkah Damia.
“Saya nak beli bahan untuk masak tengah hari. Kesian Mak Siti setiap hari masak untuk kita. Hari ni saya nak bagi Mak Siti rehat” Damia sambil membelek-belek pelbagai sayuran yang terdapat di situ.
“Kau pandai ke masak?” Eijaz mengjongketkan keningnya.
“Eh tengok kaki la” ucap Damia bangga. Dari kecil lagi dia telah dididik ibunya untuk belajar memasak. Pelbagai jenis masakan telah dipelajari dari arwah ibunya.
Eijaz memandang kaki Damia. “Kau masak pakai kaki ke? “soal Eijaz bersahaja.
Damia segera mencubit lengan Eijaz.
“Aduh sakit la” Eijaz merungut kesakitan sambil menggosok lengannya.
“Takkan la nak masak pakai kaki. Tu ayat penyedap rasa je la”
“Owh” balas Eijaz pura-pura tak tau.
************************
“Kau nak masak apa ni?” tanya Eijaz sambil meletakkan barang-barang yang dibeli tadi di atas kitchen counter.
“Ada la. Awak pergi la naik atas. Dah siap nanti saya panggil” Damia sibuk mengeluarkan barang-barang dari bag plastik. Eijaz hanya mengangguk dan berlalu ke tingkat atas.
Setelah hampir 1 jam ‘bertarung’ di dapur akhirnya Damia siap memasak lauk ikan siakap tiga rasa, telur dadar dan sayur kailan ikan masin. Damia menghidangkan lauk-lauk tersebut di meja makan. Tersenyum puas dia melihat juadah yang terhidang.
“Mak Siti tolong panggil kan papa boleh? Mia nak panggil Eijaz” minta Damia pada Mak Siti yang baru selesai membancuh air sirap.
“Baiklah” Mak Siti segera menuju ke bilik bacaan Datuk Marzuki.
“Awak, jom la makan. Saya dah siap masak” ajak Damia di muka pintu biliknya tapi tiada jawapan daripada Eijaz.
Damia pun masuk ke dalam bilik dan kelihatan Eijaz sedang tidur di atas sofa. Penat sangat kot lepas balik dari kubur tadi.
“Awak…awak jom makan” Damia menggocang perlahan bahu Eijaz. Eijaz yang baru terjaga terkebil-kebil memandang Damia.
“Dah pukul berapa ni?” Eijaz menguap sambil menenyeh-nenyeh matanya.
“Dah pukul 1.30 petang. Jom la turun makan. Saya dah siap masak”
“Kau turun la dulu. Aku nak cuci muka jap”
“Wah! Nampak sedap ni. Damia ke yang masak semua ni?” Datuk Marzuki teruja melihat juadah yang terhidang di atas meja.
“A ah datuk. Kak Siti hanya tengok je. Dia tak bagi Kak Siti tolong” Mak Siti menjawab bagi pihak Damia.
Damia hanya tersengih mendengar jawapan Mak Siti. Datuk Marzuki, Eijaz, Damia serta Mak Siti mengambil tempat masing-masing
“Mia tolong sendukkan nasi untuk suami kamu tu. Dapat pahala” arah Datuk Marzuki.
Damia hanya menurut.”Terima kasih sayang” ucap Eijaz cuba pura-pura romantik depan papanya. Damia terkedu mendengar ucapan sayang itu. Datuk Marzuki dan Mak Siti hanya tersenyum melihat gelagat pengantin baru itu.
“Sedap betul masakan Mia. Ni mesti ibu Mia yang ajar kan?” puji Datuk Marzuki. Berselera sungguh dia makan hari ni.
“Terima kasih papa. A ah ibu Mia yang ajar” Damia tersenyum bangga apabila mendengar pujian Datuk Marzuki.
“Awak, sedap tak masakan saya?” soal Damia pada Eijaz di sebelahnya
“Boleh la” balas Eijaz acuh tak acuh.
Damia memberi jelingan pada Eijaz mendengarkan jawapan itu. Ceh! Dah tambah dua kali pun tak nak mengaku sedap.
Hello guys! Terima kasih kerana membaca Damia untuk Eijaz
Jangan lupa komen & vote
TBC
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...