Chapter 8 | ED

56 3 0
                                    

“Berat betul bag kau ni. Kau letak apa dalam ni? Batu?” Eijaz membelek-belek bag Damia yang baru dikeluarkan dari bonet kereta.

Mereka baru tiba pagi itu di rumah Datuk Marzuki. Datuk Marzuki telah tetapkan untuk mereka tinggal di situ kerana dia hanya bersendirian di rumah itu selain dari pembantu rumah dan pemandu peribadinya.

“Biasalah barang-barang perempuan. Awak apa tahu” Damia segera mengambil bagnya dari tangan Eijaz. Kalau Eijaz buka bagnya nanti tak ke malu kalau Eijaz ternampak baju kecilnya. Dia main sumbat saja pakaiannya tadi kerana ingin cepat.

Damia menolak dua bagasi miliknya ke dalam rumah. Damia membawa satu persatu bagasi itu menaiki tangga. Nak harapkan Eijaz nanti dia membebel lagi. Setelah selesai dia termenung sekejap sebab tak tau mana satu bilik yang harus dimasuki. Seketika kemudian dia melihat Eijaz menaiki tangga.

“Saya nak duduk bilik mana ni?” soal Damia.

“Ikut aku” Eijaz berjalan beberapa langkah dan berhenti di hadapan sebuah bilik. “Ni bilik aku”.

Apabila melihat Eijaz memasuki bilik itu, Damia pun pergi ke bilik sebelah.

“Eh kau nak pergi mana tu?” tegur Eijaz hairan.

“Bilik saya lah. Tu kan bilik awak”

“Memang lah ni bilik aku tapi sekarang dah jadi bilik kita” Eijaz menekan kan perkataan kita.

Damia meneguk air liur. “Kita duduk bilik sekali ke?” soal Damia. Dia fikir mereka akan duduk bilik asing-asing.

“Ye la. Kalau papa nampak nanti dia kata apa pulak? Dah masuk sini cepat”

Damia perlahan-lahan menarik bagasinya memasuki bilik. Boleh tahan luas juga bilik ni. Damia memerhati bilik itu terdapat sebuah katil bersaiz king, sebuah meja study dan sebuah sofa yang terletak berhadapan sebuah televisyen.

“Kita tidur sini ke?” tanya Damia sambil menunding jari ke arah katil.

Eijaz tersenyum nakal. “Of course la. Kita kan suami isteri kena la tidur sama-sama”. Eijaz berjalan perlahan lahan menuju ke Damia.

Damia yang cuak melihat senyuman Eijaz mengundur ke belakang sehingga tubuhnya berlanggar dengan dinding. Eijaz meletakkan kedua dua tangannya di kiri dan kanan Damia untuk memerangkapnya.

“Ta..tapi kita kan kahwin untuk setahun je”

“So apa masalahnya?” Eijaz mengjongketkan keningnya. Muka Damia yang cemas di tatapnya. Comel.

“Ma..macam mana kalau saya termengandung?”

“Hahahah haha” Eijaz hanya tergelak mendengar soalan Damia.

“Baru ajak tidur sama kau dah fikir pasal mengandung eh? Gatal jugak kau ni ye?”

“Mana ada? Awak yang gatal ajak tidur sama-sama” Damia memalingkan wajah. Malas dia memandang Eijaz yang masih lagi tersenyum nakal.

“Kau kan isteri aku. Jadi tak salah kan nak tidur sekali”

“Dah tepi la. Saya nak kemas barang-barang saya” Damia menolak tangan Eijaz dan menuju ke bagasinya.

Eijaz hanya tergelak. Baru ajak tidur sama dah gelabah. Kalau aku ajak buat benda lain mau pengsan agaknya.

“Aku gurau je la tadi. Kau tidur la atas katil, aku tidur dekat sofa”

“Takpe ke awak tidur dekat sofa? Tak sakit badan ke?” soal Damia risau. Lagi pula ni bilik Eijaz, dia hanya menumpang saja.

“Kau nak aku tidur dekat sofa ke atau tidur dengan kau sekali atas katil? Hah pilih”

“Okay-okay awak tidur kat sofa” Damia mula gelabah apabila sekali lagi diajak tidur sekali.

*****************************

Sarah menghempaskan punggungnya diatas sofa. Jam tangan dikerling dan matanya melilau mencari kelibat seseorang.

“Eijaz tak join ke hari ni?” tanya Sarah pada Zaril yang sedang meneguk minuman kerasnya.

“Kau lupa ke dia baru je kahwin. Of course la nak berkepit je dengan bini dia” Zaril meletakkan minumannya dan mencapai telefonnya.

“Eijaz kahwin sebab papa dia suruh kan? Yang sibuk nak berkepit dengan minah kampung dah kenapa?” Sarah mendengus geram sambil menyilangkan tangan ke badannya.

Chill Sarah. Yang kau nak marah-marah ni kenapa? Semalam asal kau tak datang majlis kahwin Eijaz?”

“Buat sakit hati aku je tengok Eijaz kahwin dengan orang lain. Kau tau kan ada dah lama suka Eijaz. Kau pun satu tak nak tolong aku tackle Eijaz tu. Tak pasal-pasal dia kahwin dengan orang lain”

“Aku bukan tak nak tolong kau tapi Eijaz tu kan kawan aku so aku hormat keputusan dia bila dia cakap dia tak suka kau. Lagi pun Eijaz kahwin sebab nak ambil alih syarikat papa dia tu je kan? So, chill la. Kau masih ada peluang”

“Tapi aku tetap tak suka dia kahwin dengan minah kampung tu. Apa yang Datuk Marzuki pandang sangat kat minah tu sampai beria nak suruh jadi menantu. Bajet alim je minah tu”

“Weh! kau tak tengok waktu dia nikah semalam. Cantik giler do lepas make up. Sampai aku pun hampir terpikat. Kalau nak compare dengan kau memang kalah la”.

Zaril memandang Sarah atas bawah. Tak dinafikan Sarah boleh tahan cantiknya tapi disebabkan dia selalu bermake up seri wajahnya kian pudar.

“Kau jangan nak puji lebih-lebih minah tu depan aku. Aku ni sekali je aku petik jari berderet lelaki yang datang”

Zaril hanya mendiamkan diri. Malas dia mahu bertengkar dengan Sarah yang keras kepala tu. Memang berderet lelaki yang akan datang kat dia tapi tu semua sebab nafsu je.


Terima kasih kerana membaca sudi Damia untuk Eijaz 😘
TBC

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now