Selepas cutinya habis Eijaz memulakan tugasnya seperti biasa. Sedang dia leka membuat kerja, telefonnya berbunyi menandakan ada Whatsapp masuk. Telefonnya dicapai dan tertera nama Damia. Dia segera membuka Whatsapp itu.
Damia: Assalam awak. Saya nak minta izin nak keluar kejap. Nak bincang pasal assignment dengan classmate saya. Saya mungkin balik lambat sikit.
Eijaz: Berapa orang? Lelaki ke perempuan?
Damia: 3 orang termasuk saya. Sorang perempuan & sorang lelaki.
Eijaz: Okay. Jangan balik lewat sangat
Damia: Okay. Terima kasih awak
Eijaz meletakkan telefonnya semula dan menyambung kerjanya yang tergendala.
*************************
Eijaz sampai dirumah pukul 10 malam kerana banyak kerjanya yang tertangguh selama dia bercuti. Eijaz terus masuk ke dalam biliknya untuk merehatkan diri. Dia membuka pintu biliknya dan melihat biliknya gelap.
Eh dah tidur ke dia ni? Awal lagi ni
"Damia" Eijaz menghidupkan suis lampu dan memanggil Damia tapi tiada sahutan.
Eijaz mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Damia.
"Kau tak balik lagi ke?" soal Eijaz apabila panggilannya disambung.
"Saya tengah tunggu grab ni awak. Masih tak dapat lagi" jawab Damia
"Kenapa tak suruh Pak Samad jemput?"
"Saya tak nak susahkan dia. Lagipun dah lewat ni"
"Tau pun lewat. Kau tu perempuan tau tak. Bahaya malam-malam ni"
"Takpe. Ada kawan saya yang temankan"
"Lelaki ke perempuan?"
"Errr lelaki" jawab Damai takut-takut
"Kau kat mana sekarang? Aku datang ambil" Eijaz gelisah apabila Damia hanya berdua dengan lelaki.
"Eh tak payah la. Susahkan awak pulak" Damia tak mahu susahkan Eijaz kerana dia tau Eijaz sibuk.
"Send location dekat aku sekarang!" Eijaz mencampakkan briefcase nya dan berlalu semula ke bawah. Enjin kereta dihidupkan dan keretanya laju meluncur keluar dari kawasan rumah.
Damia yang takut mendengar suara tegas Eijaz segera menghantar locationnya. Lima belas minit kemudian Eijaz sampai di tempat yang di send Damia. Eijaz keluar dari kereta dan menuju ke arah Damia.
"Syahmi, awak boleh la balik. Suami saya dah sampai tu. Terima kasih teman kan saya" ucap Damia apabila melihat Eijaz telah sampai.
Syahmi hanya mengangguk dan memandang Eijaz yang sedang menuju ke arah mereka. Eijaz turut memandang Syahmi atas bawah. Tiada senyuman yang diberikan.
"Dah jom balik" Eijaz segera menarik tangan Damia.
"Kau tau tak bahaya duduk berdua dengan lelaki malam-malam ni?" bebel Eijaz di dalam kereta.
"Dia classmate saya la. Bukannya orang jahat"
"Memang la dia classmate kau tapi mana kau tau dia baik ke jahat. Cara dia pandang kau pun aku tengok lain macam je"
"Apa yang lain nya? Macam biasa je"
Hish Damia ni. Kau tau tak kau tu cantik? Mana -mana lelaki pun akan terpikat. Terutama bila berdua macam tu mudah sangat lelaki nak ambil kesempatan.
"Kau perempuan apa kau tau" Walaupun baru beberapa minit berjumpa Syahmi, Eijaz dapat melihat yang Syahmi mempunyai perasaan pada Damia.
Selepas itu, Damia hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Dia tak mahu bertengkar dengan Eijaz. Setelah sampai di rumah, Damia terus menonong masuk bilik langsung tak toleh kiri kanan.
Eh merajuk pulak ke dia ni? Baru tegur sikit dah merajuk.
Eijaz menutup pintu dan berlalu ke dalam bilik. Kelihatan Damia sedang duduk di atas katil sambil bermain telefon. Wajah Eijaz langsung tak dipandang.
"Wei kau merajuk ke?" tanya Eijaz di hadapan Damia tapi Damia hanya diam tanpa memberi respond.
"Aku bukan saja-saja nak marah kau. Aku ni suami kau jadi aku berhak nak tegur kau. Kau tu bawah tanggungjawab aku. Kalau jadi apa-apa dekat kau aku yang kena jawab" Eijaz cuba memujuk Damia.
Rasa bersalah menyelebungi diri Damia apabila Eijaz berkata begitu. Damia segera memegang lengan Eijaz apabila Eijaz ingin berlalu.
"Awak saya minta maaf. Saya tau salah duduk berdua dengan lelaki malam-malam ni" kata Damia lembut.
"Okay aku maafkan. Dah la pergi mandi. Busuk" Eijaz mengusap-usap kepala Damia.
"Eleh dia pun busuk jugak"
Eijaz yang ingin berlalu pergi berpatah semula "Hah kalau macam tu jom mandi sama-sama" usik Eijaz.
"Tak nakkk" Damia segera mencapai tualanya dan berlari masuk ke dalam bilik mandi. Eijaz hanya tergelak melihat telatah Damia.
Hello guys, terima kasih kerana membaca Damia untuk Eijaz
Jangan lupa komen & vote
TBC
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...