"Eijaz bawa isteri kamu naik kat atas. Penat sangat dia papa tengok. Biar dia rehat dulu esok baru kita balik. Tetamu ni biar papa yang layan"Datuk Marzuki berbisik di telinga Eijaz. Mukanya masih lagi tersenyum ke arah tetamu yang hadir.
Eijaz mengerling jam tangannya. Jarum menunjukkan pukul 3.45 petang. "Okay pa. Eijaz naik dulu" Datuk Marzuki mengangguk. Eijaz segera menuju ke arah Damia yang sedang duduk sambil mengurut-ngurut kakinya.
"Woi! Jom naik atas" tersentak Damia dengan panggilan Eijaz.
"Eii awak ni. Panggil la elok-elok. Kalau orang dengar nanti macam mana?" Damia menepuk lembut lengan Eijaz. Dia tak kisah Eijaz nak panggil dia sebegitu tapi jangan la depan orang ramai. Dia ingin menjaga air muka Datuk Marzuki.
"Lantak la kalau diorang dengar . Sekarang ni kau nak naik atas ke tak?"
"Nak la. Kaki saya dah sakit ni" Damia menanggalkan heelsnya. Tak sanggup dah dia nak pakai kasut tu. Habis melecet kakinya. Maklum la dia tak biasa pakai kasut bertumit tinggi.
"Yang kau tanggal kasut tu dah kenapa?" Eijaz bercekak pinggang memandang Damia.
"Kaki saya dah melecet pakai kasut ni. Kalau pakai nanti lagi bertambah teruk"
"Haih! Kau ni" Sekali lagi Eijaz mengendong tubuh Damia.
"Eh saya boleh jalan sendiri la"
"Tak payah. Kau cakap kaki kau sakit kan? Nak tunggu kau berjalan nanti berejam. Kang tak sempat pula nak solat Zohor"
Damia mengangguk. Betul juga. Kejap lagi dah nak masuk waktu asar. Dia nak bersihkan make up dia lagi.
Setelah sampai di bilik, Damia segera menanggalkan tudungnya. Tak sabar dia nak buang make up dia. Rimas rasanya pakai make up tebal-tebal.
"Awak mandi la dulu. Saya nak bersihkan make up dulu" Damia mengambil tisu basah bersama cleansing oil dari beg make upnya.
"Hmm" balas Eijaz dan berlalu masuk ke dalam bilik mandi.
Beberapa minit kemudian Eijaz keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala separas pinggang. Damia segera mengalihkan pandangannya. Tak biasa melihat lelaki tanpa baju. Ceh! Padahal takut tergoda.
"Kau kalau nak tengok, tengok je la. Bukannya berdosa pon" kata Eijaz sambil menguak rambutnya yang basah kebelakang.
"Tak hingin" balas Damia lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.
"Kau nak solat sekali tak?" jerit Eijaz. Tiba-tiba terlintas di hatinya untuk solat berjemaah sekali.
"Nak!" jerit Damia dari dalam bilik mandi.
"Cepat sikit. Nak habis waktu dah ni"
Damia menyalam tangan Eijaz setelah selesai solat Zohor dan Asar. Eijaz melipat sejadah lalu menghempaskan badannya di atas katil. Penat sungguh dia hari ni. Eijaz memandang Damia yang mencari sesuatu dalam begnya. Damia mengeluarkan satu botol minyak gamat dan plaster.
Macam poket Doraemon eh beg dia ni. Macam macam ada.
Tangan Damia terketar-ketar cuba menyapu minyak gamat di tempat lukanya. Eijaz yang memerhati dari tadi segera bangun dari baringnya.
"Sini la aku sapu" Eijaz merampas botol minyak gamat dari tangan Damia.
"Eh saya boleh buat la" Damia cuba mengambil botol itu semula dari tangan Eijaz.
"Kalau kau boleh buat dari tadi lagi dah settle. Lembab betul" Eijaz menarik kaki Damia dan meletakkan di atas pahanya. Minyak gamat itu dituang sedikit lalu disapu pada kaki Damia.
"Ouch! Perlahan lah sikit. Sakit tau tak?" Wajah Damia berkerut menahan sakit.
"Macam ni pun dah sakit. Macam mana nak beranak nanti" Eijaz tak menghirau rengekan Damia.
"Lambat lagi. Nanti-nanti la fikir"
"Mana kau tahu lambat lagi?" Eijaz mengjongketkan keningnya
"Ye la kita kahwin bukan sebab cinta pun. Nak kena tunggu kahwin dengan orang lain dulu baru boleh nak pregnant then beranak"
"Baru sehari kahwin kau dah cakap pasal cerai eh?"
"Eleh awak juga yang kata kita kahwin ni untuk setahun je. Lepas awak dah dapat syarikat tu dan papa dah percaya kan awak, awak nak cerai kan?"
Eijaz hanya mendiamkan diri. Memang itu apa yang dia beritahu Damia sebelum mereka berkahwin tetapi selepas melafazkan akad nikah tadi dia rasa seperti sayangkan perkahwinan ini. Terasa besar tanggungjawabnya selepas melafazkan akad itu.
"Dah siap dah" Eijaz meletakkan botol gamat di atas meja setelah luka itu dibalut dengan plaster.
"Terima kasih" ucap Damia lalu menyimpan semula minyak gamat dalam begnya.
Hello semua! Terima kasih kerana membaca Damia untuk Eijaz
Enjoy your reading 😘
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...