Zaril macam biasa sedang melepak dalam office Eijaz selepas lunch tadi. Tangannya laju menekan skrin telefonnya yang memaparkan game tembak-tembak. Kemudian dipandangnya Eijaz yang sedang termenung di hadapan kertas kerjanya.
"Kau kenapa Eijaz? Projek ada masalah ke?" tanya Zaril. Sekiranya ada masalah dengan projek mereka, Zaril la orang pertama yang diberitahu Eijaz.
"Bukan. Aku tengah fikir pasal Mia ni" kata Eijaz. Tangannya bermain-main dengan pen di atas meja.
"Kenapa dengan Mia? Sarah kacau dia lagi ke?" tanya Zaril lagi. Game yang dimain tadi dihentikan dan diletakkan telefonnya ke tepi.
"Bukan pasal tu. Mia ada cakap pasal cerai semalam"
"Owh ye la. Perkahwinan kau ni kan dah nak masuk 7 bulan jadi ada lebih kurang 5 bulan je lagi kan korang akan bercerai". Zaril sedia maklum tentang perjanjian Eijaz dan Damia sebelum mereka berkahwin.
"Masalahnya aku tak nak cerai". Sebuah keluhan dilepaskan. Necktie nya dilonggarkan dan butang baju kemeja atas sekali dibukanya.
"Hah? Tak nak cerai?". Tercengang Zaril mendengar kata-kata Eijaz.
"Aku sebenarnya... dah cintakan Damia" ucap Eijaz. Kepalanya ditundukkan takut digelakkan kawannya itu. Dulu bukan main lagi dia cakap di tak cintakan Damia siap pakej untuk bercerai lagi lepas setahun. Alih-alih dia pula yang tak nak bercerai.
Sekali lagi Zaril tercengang mendengar pengakuan Eijaz. Kakinya laju melangkah ke arah Eijaz. Kerusi dihadapan Eijaz ditarik dan diduduk.
"Kau serius ke bro?" tanya Zaril yang masih tak percaya dengan apa yang didengar. Belum pernah lagi dia mendengar Eijaz mengucapkan kata cinta pada sesiapa.
"Serius la bro. Aku tak main-main bab perasaan ni. Bila Mia cakap pasal cerai semalam terus aku tergamam sebab aku ingat dia dah lupa". Menyesal pula dia buat perjanjian untuk bercerai itu. Tidak sangka pula dia akan jatuh cinta dengan Damia walaupun dia telah mengenali wanita itu lama.
"Bila kau start cintakan dia?" tanya Zaril dengan perasaan ingin tahu.
"Aku pun tak sure la. Tapi setiap kali ada lelaki yang cuba rapat dengan Mia memang aku cemburu termasuk la kau"
Zaril tersengih mendengar kata Eijaz. Patut la kawannya itu marah bila tahu dia ada contact dengan Damia. Hai la kawan aku sorang ni.
"Lepas tu sekarang ni macam mana? Damia tetap nak cerai juga ke?". Wajah Eijaz yang seakan kusut itu dipandang.
"Dia takde la cakap dia nak cerai. Cuma lepas aku luahkan perasaan aku tu dia bagitahu yang dia tak sure dengan perasaan dia. Jadi aku bagi la masa kat dia. Kalau dalam masa 5 bulan ni dia tak mampu nak cinta aku, aku kena ceraikan dia. Tu buat aku pening sekarang ni macam mana nak bagi dia jatuh cinta dengan aku" terang Eijaz panjang lebar. Dia meraup mukanya. Masalah kerjanya pun tak pening dia memikirkan seperti ini.
"Apa kata kau ikat dia dengan anak? Kalau ada anak confirm dia tak nak bercerai" Zaril memberikan cadangan.
"Aku tak nak paksa dia Ril. Biar la dia buat benda tu dengan rela. Buatnya dia benci aku lagi naya aku".
Tak terlintas difikirannya untuk memaksa Damia memberinya anak. Perkara seperti ini perlukan persetujuan dua belah pihak bukan hanya satu pihak saja. Sekiranya dia memaksa dirinya ke atas Damia, dia rasa seperti telah merogol isterinya sendiri. Biar la perkara itu berlaku atas kerelaan Damia sendiri walaupun dia terpaksa menunggu agak lama.
"Kau goda la dia sampai dia cintakan kau. Aku tengok Damia tu takde la benci kat kau. Kalau kau cuba goda dia sikit mungkin dia akan jatuh cinta dengan kau?" Zaril melontarkan cadangannya lagi.
Eijaz memikirkan cadangan yang diberi Zaril. Ada betul juga apa yang Zaril katakan lagipun tak salah dia goda isteri dia sendiri.
"Thanks bro. Hilang sikit kusut aku ni". Barulah nampak senyuman di wajah Eijaz yang stress je dari tadi.
"No problem, bro" ucap Zaril seraya tersenyum. Gembira dapat menyelesaikan masalah kawannya itu.
***********************
"Sayanggg" ucap Eijaz setelah muka pintu biliknya dibuka. Dia baru saja balik dari kerja.
Damia segera mengangkat mukanya dari novel yang sedang dibacanya. Terkejut dengan panggilan Eijaz.
"Kenapa panggil saya sayang?" tanya Damia seraya memandang Eijaz yang baru melabuhkan punggungnya di birai katil disebelahnya.
"Sebab Mia kesayangan abang. Jadi mulai hari ini abang akan panggil Mia, sayang" ucap Eijaz sambil tersenyum. Sudah mula taktiknya untuk menggoda Damia.
Berkelip-kelip mata Damia memandang Eijaz. Kemudian dia teringat pengakuan Eijaz semalam. Ni mesti salah satu taktik Eijaz untuk buat dia jatuh cinta dengan Eijaz. Damia hanya tergelak lalu mengangguk menandakan dia okay saja Eijaz memanggilnya sayang.
"Abang dah makan ke?" tanya Damia. Jam di dinding menunjukkan pukul 8 malam. Dia baru saja selesai makan malam dengan Datuk Marzuki, Mak Siti serta Pak Samad. Sejak akhir-akhir ni Eijaz jarang balik awal kerana sibuk dengan projek baru.
"Belum lagi. Abang nak mandi dan solat dulu. Lepas solat nanti sayang teman abang makan boleh?"tanya Eijaz sambil mengusap tangan Damia yang masih lagi memegang novel.
Damia mengangguk setuju. "Boleh. Abang pergi la mandi dulu. Mia pergi panas kan lauk kejap"
"Okay sayang" balas Eijaz lalu berlalu ke bilik mandi.
********
"Sayang buat apa je hari ni?" tanya Eijaz yang sedang menyuapkan ayam masak kicap ke mulutnya. Jarang-jarang dia bertanya aktiviti harian Damia tapi kali ini dia ingin menjadi seorang suami yang mengambil tahu tentang isterinya. Salah satu cara untuk dia menjadi lebih rapat dengan Damia.
"Mia tak buat apa sangat pun hari ni. Mia cuma ada satu kelas je hari ni. Lepas habis kelas terus Mia tolong Mak Siti kat dapur". Damia menuangkan air sirap ke dalam gelas dan dihulurkan pada Eijaz.
"Nanti sayang share jadual kelas sayang boleh?". Air yang dihulur Damia tadi diteguk perlahan.
"Boleh je tapi abang nak buat apa?" tanya Damia. Keningnya dijongketkan sedikit.
"Abang nak tahu waktu free sayang. Nanti senang la abang nak call kalau rindu" ucap Eijaz sambil tersenyum. Suapan terakhirnya dihabiskan sebelum dia memandang Damia semula.
Damia hanya tersenyum malu. "Sebelum ni tak rindu pun?"
"Rindu la tapi abang malu nak call sayang. Waktu tu kan abang belum luahkan perasaan abang nanti sayang ingat abang buang tabiat pula"
Damia hanya tergelak mendengar jawapan Eijaz. Pinggan serta cawan Eijaz yang ditolak ke tepi di ambil untuk dibawa ke dapur.
"Takpe sayang. Biar abang je yang basuh". Eijaz cuba mengambil semula pinggan di tangan Damia.
"Takpe Mia basuhkan, sikit je ni"
"Takpe Mia. Alang-alang abang nak basuh tangan ni terus je la abang basuh pinggan ni. Nanti kalau jari sayang luka lagi macam mana?". Kakinya mengikut langkah Damia menuju ke dapur.
"Abang ni lawak la. Takkan la basuh pinggan pun boleh luka". Damia menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum pinggan tadi diserahkan pada Eijaz.
"Mana la tau. Perkara macam tu mana kita boleh jangka" kata Eijaz sambil membasuh pinggannya. Damia hanya duduk ditepi sambil memerhati.
"Okay siap. Jom naik atas". Eijaz menarik tangan Damia menuju ke bilik tidur mereka.
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...