Chapter 19 | ED

42 1 0
                                    

“Weh aku dah lama tak nampak Sarah. Dia pergi mana?” soal Zaril pada Eijaz. Dia sedang berbaring di sofa dalam office Eijaz.

“Entah. Kau kan rapat dengan dia takkan dia tak bagitau apa-apa?” balas Eijaz. Matanya masih lagi tertumpu pada kertas kerjanya.

“Sebab tu aku tanya kau. Aku whatsapp dia tak reply, aku call dia tak angkat. Mana la tau dia ada contact kau”

“Malas la aku ambil tau pasal dia. Kalau dia bosan nanti pandai-pandai la dia datang club cari kita. Yang kau ni lepak office aku ni takde kerja ke?”

“Ala rilek la. Nak lepak kejap pun tak kan tak boleh. Waktu kau honeymoon hari tu aku yang settlekan kerja kau. Bagi chance la sikit” Zaril cuba menagih simpati Eijaz.

“Hmmm ye la” balas Eijaz malas. Dia kenal sangat perangai Zaril ni. Buat kerja sikit je nak upah.

“Weh aku dengar ada restaurant baru buka dekat bangunan sebelah. Ada staff lain puji siakap tiga rasa dia sedap. Jom lunch sana nanti” Zaril dah kecur air liur membayang siakap tiga rasa. Dah lama dia tak makan masakan seperti itu.

Tiba-tiba Eijaz teringatkan Damia bila Zaril menyebut pasal siakap tiga rasa. Rindu pula dia pada masakan Damia. “Alright. Aku okay je mana-mana”

**********************************************

Selepas lunch tadi Eijaz menyambung kerjanya yang tergendala. Banyak kertas kerja yang perlu disemak dan ditanda tangan. Manakala Zaril masih lagi melepak di office Eijaz.

“Weh sedap kan siakap tiga rasa dia? Lain kali boleh repeat la” Zaril memuji lauk yang mereka makan tengah hari tadi.

“Boleh la” balas Eijaz acuh tak acuh.

Biasa je aku rasa. Damia masak lagi sedap.

“Sedap macam tu kau kata boleh la? Aku sampai bertambah nasi tadi kau tau tak?”

“Sebab aku pernah rasa yang lagi sedap”

“Weh ada yang lagi sedap ke? Kat mana? Kau tak bawa aku pun” bertalu-talu soalan keluar dari mulut Zaril.

“Ada la. Aku je boleh rasa. Kau tak boleh”

“Kedekut betul la mamat ni. Ni mesti Damia yang masak kan?”

Eijaz tidak membalas. Sebaliknya hanya tersenyum sambil melakukan tugasnya.

“Ceh senyum-senyum tu betul la kan? Takpe nanti aku suruh Damia masakkan untuk aku”

“Kau tak payah mengada-ngada nak suruh Damia masak untuk kau. Dia bukan bini kau” Eijaz mula angin bila Zaril cuba suruh Damia masakkan untuknya.

“Hai jealous ke? Kata tak cintakan Damia hari tu” Zaril mengekek ketawa lihat muka Eijaz yang bengang.

“Diam lah. Kau pergi buat kerja kau sekarang sebelum aku potong gaji kau” Eijaz menghalau Zaril keluar dari officenya.

“Baiklah Tuan Eijaz Mukris” Zaril masih lagi ketawa sambil keluar dari office Eijaz.

*****************************************

“Damia” panggil Eijaz. Dia baru siap mandi lepas balik dari office tadi.

“Hmmm” balas Damia tanpa memandang Eijaz. Matanya masih fokus menyiapkan assignmentnya.

“Esok kau ada kelas ke?”. Eijaz duduk di sebelah Damia sambil melihat assignment yang dilakukan Damia.

“Takde. Kenapa?” Damia berasa hairan kerana Eijaz tak pernah mengambil tahu pasal pelajarannya.

“Okay nice. Esok tolong masakkan siakap tiga rasa untuk lunch aku”

“Eh tiba-tiba pulak nak suruh saya masak? Hari tu kata masakan saya biasa je” Damia mengjelingkan matanya.

“Entah. Tiba-tiba tekak aku ni mengidam nak makan siakap tiga rasa” Eijaz berdalih. Jatuh la air muka dia kalau dia mengaku yang dia rindu masakan Damia. Padahal hari tu dia kata biasa je.

“Macam orang mengandung pulak tiba-tiba mengidam. Macam la tak boleh order masakan tu kat kedai”

“Okay sekarang ni kau boleh masakkan ke tak? Kalau tak boleh aku suruh Mak Siti” Eijaz mula merajuk. Hari tu jual mahal sangat.

“Ye la saya masakkan tapi bahan-bahan takde”

“Takpe. Aku dah beli sebelum balik tadi”

Alright. Dah la saya nak fokus nak buat assignment ni”

“Esok dah siap masak hantar kat office aku”

“Hah? Saya mana tahu office awak kat mana” Damia yang baru nak sambung buat assignmentnya memandang Eijaz semula.

“Nanti aku minta Pak Samad hantar kan kau. Tak payah mengada-ngada nak naik grab

“Okay” balas Damia pendek. Dia malas mahu berbalah dengan Eijaz.

“Aku nak tidur dulu ni. Kau jangan tidur lambat sangat”

“Ye lah. Good night

Good night”



TBC

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now