Chapter 13 | ED

52 1 0
                                    

Akhirnya hari yang di tunggu-tunggu tiba juga dimana hari ini Eijaz akan diumumkan sebagai CEO baru Jaya Holding. Damia juga turut berada di situ apabila disuruh Datuk Marzuki untuk datang walaupun dia telah menolak.

"Dah bersedia ke bro?" soal Zaril yang berdiri di sebelah Eijaz.

"Of course dah" Eijaz membetulkan suitnya sambil berdiri dihadapan bilik mesyuarat. Dia perlu kelihatan kemas di hadapan staff yang hadir. Damia yang turut berada disebelahnya di pandang sekilas.

"Good luck" ucap Damia sebelum Eijaz memasuki bilik mesyuarat itu. Eijaz tersenyum lalu masuk ke dalam.

Majlis itu hanya dihadiri oleh ahli Lembaga Pengarah dan beberapa orang staff Public Relation. Datuk Marzuki dengan bangganya memperkenalkan Eijaz sebagai CEO yang baru kepada yang ahli Lembaga Pengarah yang lain. Semua yang berada disitu bertepuk tangan dan gembira dengan perlantikan tersebut. Semua sedia maklum yang Eijaz mewarisi sifat Datuk Marzuki yang komited dan tegas dalam tugas.

"Tahniah Eijaz. Papa harap lepas ni Eijaz dapat uruskan syarikat ni dengan lebih maju" Datuk Marzuki memeluk Eijaz dan menepuk-nepuk belakangnya.

"Terima kasih papa. Eijaz akan buat yang terbaik" balas Eijaz sambil tersenyum.

Staff Public Relation mula mengambil gambar Eijaz serta Datuk Marzuki untuk merakamkan detik penting itu.

"Dengar kata isteri Encik Eijaz turut hadir juga hari ni. Boleh kami ambil gambar Encik Eijaz dan isteri?" tanya salah seorang staff Public Relation itu.

"Boleh-boleh. Takde masalah" Datuk Marzuki membalas bagi pihak Eijaz. Memang itu tujuan Datuk Marzuki mengajak Damia sekali. Dia ingin memperkenalkan Damia sebagai isteri Eijaz kepada semua staff.

Datuk Marzuki memanggil Damia yang berada di luar. Damia masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan berhati-hati. Dia agak kekok apabila semua mata memandang ke arahnya.

"Puan Damia, boleh kami ambil gambar Puan dengan Encik Eijaz?"

Damia memandang Eijaz. Dia tak tau apa yang harus dibalas. Eijaz menganggukkan kepalanya menandakan dia bersetuju. Damia berdiri disebelah Eijaz apabila jurugambar bersedia untuk merakam kan portrait mereka.

"Encik Eijaz dan Puan Damia boleh rapat sikit tak?" arah jurugambar itu.

Damia merapatkan sedikit badannya ke Eijaz dengan berhati-hati. Takut sekira badannnya berlaga dengan Eijaz. Eijaz menghela nafas melihat aksi Damia itu lalu dia segera merangkul pinggang Damia dan menarik Damia ke badannya. Damia yang tergamam memandang Eijaz dengan reaksi terkejut. Eijaz hanya memberikan reaksi selamba sambil tersenyum ke arah jurugambar.

"Senyum la sikit. Nanti orang ingat kita bergaduh pulak" bisik Eijaz di telinga Damia. Serta merta Damia memberikan senyuman yang manis pada jurugambar.

"Haih boleh melting tengok senyuman Puan Damia ni" kata jurugambar itu dengan spontan. Serta merta itu senyuman Eijaz hilang dan dia menatap wajah jurugambar itu.

"Maaf Encik Eijaz. Saya bergurau je tadi" balas jurugambar itu apabila melihat reaksi Eijaz.

"It's okay" balas Eijaz acuh tak acuh.

Dia mengeratkan lagi rangkulannya di pinggang Damia. Entah mengapa dia berasa panas hati apabila ada lelaki yang tertarik dengan Damia. Eijaz tak melepaskan rangkulannya di pinggang Damia sehingga lah majlis itu selesai.

"Awak boleh lepaskan saya tak?" tanya Damia. Dia agak rimas asyik berkepit je dengan Eijaz ke hulur ke hilir.

Eijaz memandang sekeliling bilik mesyuarat itu. Apabila kebanyakkan staff telah keluar dari bilik itu, dia melepaskan rangkulannya.

"Awak ni kenapa dari tadi asyik peluk saya je?" soal Damia hairan. Tak pernah Eijaz berkelakuan begitu.

"Takkan tak boleh? Kau kan isteri aku. Kena la tunjuk yang kita ni pasangan yang bahagia depan staff yang lain" dalih Eijaz. Padahal dia tak mahu Damia lari dari pandangannya. Nanti ada yang sibuk nak kacau.

"Ye la tapi tak perlu la sampai berpeluk. Pegang tangan pun dah cukup"

"Okay jadi lepas ni boleh la aku pegang tangan kau kan?"

Damia hanya diam tak tau nak balas apa. Kalau tak bagi nanti, nak bagi alasan apa. Kalau bagi nanti, Eijaz ni melebih-lebih pulak.

"Ni aku nak ingatkan. Lain kali jangan senyum depan lelaki lain" warning Eijaz.

"La nak senyum pun tak boleh ke? Senyum tu kan sedekah. Takkan saya nak buat muka masam je?"

"Senyum sikit dah la. Tak perlu la nak senyum beria"

"Senyum yang macam ni eh tak boleh?" soal Damia sambil menayangkan senyuman manisnya pada Eijaz.

"Ye senyuman yang ni. Kau boleh senyum kat aku atau kat perempuan je" Eijaz yang geram melihat senyuman Damia itu segera mencubit pipi Damia.

"Aduh! sakit la awak" Damia menggosok-gosok pipinya.

Eijaz tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Terhibur betul dia melihat telatah Damia itu. Dia tak menyangka yang Damia mempunyai sisi yang comel seperti itu dan dia merasa bangga apabila dia saja yang dapat melihat sisi Damia itu.



Eh Eijaz jealous ke tu?? 🤭

Jangan lupa komen & vote guys

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now